Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Thursday, October 1, 2009

Baby Stuff


Akhirnya mama dgn papa dpt juga pegi beli barang2 untuk anak mama ni walaupun takla banyak sangat.Pilih mana yang berkenan je.Nanti ade masa, mama dgn papa boleyla abiskan masa lagi pegi beli barang2 untuk baby.Kali ni, mama just beli 2 pasang baju, satu baju lubang2, kata kak jess penting baju tu ade banyak sebab bole elakkan ruam kt badan anak mama.Lagi satu mama beli baju lengan panjang untuk malam & waktu sejuk.Lain-lain nanti mama akan cari lagi seumpamanya.Kak Jess pun ade belikan anak mama snow cap kaler biru.Cute sangat..tak sabo mama nak pakaikan untuk anak mama nanti.....

Raya Celebration 2009


Akhir-akhir ini, mama dah jarang jg update blog baby ni.Dengan kedatangan sambutan syawal, banyak perkara yang perlu mama lakukan.Persediaan baju raya, kuih raya, persediaan nak balik kg & macam2 lagi.Hari ni pun dah hampir 2 minggu selepas raya, baru la mama dapat meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan sedikit bingkisan yang sudah lepas.Takpela, janji anak mama dapat juga mengikutinya nanti.Untuk entri kali ni, mama cuma nak berkongsi keindahan raya tahun ni bersama baby walaupun pada ketika itu, anak mama masih lagi belum lahir.Alhamdulillah, raya tahun ni begitu bermakna sekali bagi mama.Untuk raya pertama mama sebagai isteri, papa dengan rela hati bertolak ansur untuk beraya bersama keluarga mama di Dungun, Terengganu.Selain itu, mama syukur sangat dapat menjalani ibadah puasa selama sebulan pada tahun ni.So, tak perlu dah mama risau pasal ganti puasa.Mama dengan papa bertolak balik ke Dungun sehari sebelum raya.Jadi sempatlah kami merasa untuk berbuka bersama family mama di sana pada puasa terakhir tu.Pada pagi raya, mama dengan papa sama-sama pergi solat sunat aidilfitri, mama dah berniat dari bulan puasa lagi, walaucamnapun, mama tetap nak hadirkan diri mengerjakan solat sunat aidilfitri tahun ni sebab mama nak baby mama yang masih dalam kandungan sama-sama turut merasa keindahan & kesyukuran mengerjakan solat sunat aidilfitri.Lepas tu, kami bertolak ke rumah ibu saudara mama di kuala terengganu.Tahun ini, atuk mama dah tak bersama mama lagi untuk menyambut aidilfitri kerana telah pulang ke rahmatullah pada tahun lepas.Walaucamnapun, kami semua tetap menyambut hari raya penuh keceriaan.Mama juga sempat jumpa anak kepada sepupu mama & namanya Tengku Fairuz.Fairuz tu cute sangat.Mama harap anak mama pun cute juga.Hehe.Kat gambo tu baby ley tengokla rupa Fairuz masa baby.Umurnye pun baru 11 bulan.Beza setahun je dengan anak mama nanti.