Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Saturday, February 26, 2011

Dah mula geram tengok baju baby, cute sangat!




Assalamualaikum w.b.t



Baru 6 minggu je pun pregnant ni, mama dah mula dapat sindrom geram bila tgk baju baby yang cute2 tu. Memanglah awal lagi nak prepare barang2 baby, nak beli baju2, lagipun baju2 arwah Isyraf dulu pun banyak mama masih simpan untuk adiknya pula..tapi bile je pegi supermarket ke, mesti mama jeling2 gak tempat barangan baby. Tadi dah alang2 pegi GM, Klang temankan Kak Jess cari barang kat situ, mama grab la 2 rompers for newborn, kecik tinonet & comei sangat. Harga murah lak tu 2 helai RM 10 je tuk brand carters & kaboo. Ok lah, dari tak beli lasung, nnt teringat2 pulak. Nanti bila dah msuk 6 7 bulan mengandung, boleyla ajak papa shopping baju baby kat GM lagi sebab banyak juga pakaian baby yg cute2 & murah, beli je borong terus sekali harung.. kan senang. hehe...

Inilah rompers yg cute itteww...hehe

Nak kumpul rompers la pulak banyak2 wat collection, sebab macam cute sangat, pastu nak beli busha pulak, tapi nak kena tunggu la baby mama ni boy ke girl, ley la target kaler nye..hehe. Tak sabo, teringat lak masa ngandung pertama kali dulu...sukenya...alhamdulillah.

Thursday, February 24, 2011

Ragam Mengandung




Assalamualaikum w.b.t

Ermm..terasa nak citer ragam mengandung kali ke-2 ni pulak ape ceritanya. Dulu masa mama pregnantkan arwah Isyraf, memang tak banyak alahan, mudah saja & tak berapa banyak ragam la. Cuma alahan yang paling mengada sekali mama tak boleh nak makan masakan mama sendiri. Masak memang rajin, bila nampak je kat TV iklan makanan atau rancangan memasak macam nasi ayam ke, nasi minyak ke, tomyam, terus kecur air liur. cepat2 pegi dapur masak tong tang tong tang..dah siap hidang sume, time nak makan je, terasa nak terkeluar balik, uwek. Pernahlah bulan puasa paksa juga berbuka dengan masakan sendiri alang2 dah masak macam2, last2 bila separuh jalan je, abis terkeluar seketul2 makanan yang fresh baru makan tadi,huha. Gitulah masalahnya. Nak kata mengidam..sume benda mama mengidam bila pantang nampak depan mata, tapi pernahlah sekali tu mengidam nak makan nasi dagang, mujur masa tu time bulan puasa ada bazar jual nasi dagang, terus bapak mentua belikan nasi dagang. Pendek kata, sume benda mama nak makan, dapat lah. Alhamdulillah.

Untu ragam mengandung kali ke-2 ni...awal2 aritu takdelah sangat alahan apa2, cuma yang mama ingat sebelum mama tau mengandung aritu, mama tiba-tiba teringin nak makan ayam crispy McD, tengah main internet malam pulak masa tu tiba2 je terbayang ayam crispy McD yg pedas & rangup tu. Terus mama ajak Chek Toq (adik mama) teman mama pegi McD malam tu jugak. Mujur dekat je ngan umah, dekat kota kemuning tu je. Puaslah bila dapat makan. Tu masa belum tau dah pregnangt. Sekarang bila dah tau pregnant ni, macam2 lah perangai ngada2 datang, emosi tak stabil, sensitip kalau orang tak layan terutamanya papa tu, pastu tetiba rasa nak marah. Tentang makan pun still sama ngan 1st pregnant dulu, dah nak masuk 6 minggu pregnant ni dah start dah tak ley nak makan masakan sendiri...rasa cam loya & mual. Bila tengok rancangan kat TV ada makan ikan besar, rasa nak makan ikan, bila masak ayam, rasa nak makan ayam, bila tengok daging nak makan daging, hampeh! Alahan lain takdela cuma kadang2 rasa mual & loya tetiba tapi takdelah sampai uwek2..pastu tak suka bau orang lain selain orang dalam umah mama je k. Ngada2 kan? Ke baby gegirl?? Huha.

Arini teringin nak makan ayam panggang kenny rogers, kul 9.30 pagi dah ajak papa kuo umah gi kenny rogers kat alam sentral. Sampai sana tak bukak lagi, tunggu punya tunggu tak jugak bukak..bikin panas je derang ni. Tataula sebab kiteorang yg terlalu awal atau derang ni memang lembap bukak kedai. Last2 cancel ajak papa pegi Nandos kat SACC jela. Dapat makan ayam Nandos pun jadilah cumanya sos dia memang tak sedap. Taknak dah pergi Nandos pasni. Sedap lagi Kenny Rogers k. So, layan jela piccas ni...


Tunggu order sampai.

Orang darah tinggi takley makan kentang goreng, so mama tak makan k,haha. Tlgla percaya.

Oklah, itu ajela nak cerita2..nanti lau ade lg perangai ngada2 tambahan yang menyusul, mama bukak entry baru k, haha. Sekian.

Manisnya ujian dari-Nya




Assalamualaikum w.b.t



Isnin, 14 Feb - seperti dirancang mama pergi ke klinik desa untuk register buku merah pertama kali, tapi untuk kali ke-2 pregnant la. Benda lain mama tak suspen sangat nak tau sebab dah tau cmna procedurenya dari pengalaman mengandungkan arwah Isyraf (rindu dia sangat2) yang lepas. Cuma mama risaukan tekanan darah mama je, tinggi ke rendah ni. Kalau tinggi, jawabnya ambulans datang, terus kena masuk Hospital la. Akhirnya terjawab sudah, bacaan tekanan darah mama 140/110. Dah 3 kali ambil, bacaan tetap sama. Doktor bagi adelat, nak kurangkan tekanan darah. Lepas sejam, turunlah sikit 136/90, tapi still kena refer ke hospital yang paling mama taknak pergi sebab pernah dengar pelbagai versi cerita dari orang ramai iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Akhirnya, mama redha, fikir positif demi kesihatan anak mama dalam perut ni. Apa salahnya mama pergi kenal cmna rupanya HTAR seperti yang digemburkan ni. Tapi mama harap tak perlu masuk wadla..doa mama penuh harap. Kat emergency, terpaksa tunggu 2 jam lebih pulak tunggu doktor periksa sekali lagi. Dah penat tunggu, ofcourselah tekanan darah mama naik balik..jadi 145/110 semula. Tapi, memang terbukti lah teruk dia punya pengurusan sampai 2 jam tunggu. Doktor tu sendiri pun dah ngaku depan mama dia pun tak dapat nak handle sebab hospital ni terlalu ramai pesakit. So, dengan result mama camtu, terpaksalah ditahan wad 2A (wad sakit puan) untuk pemantauan. Dugaan..


Drip kat lengan ni memang menyusahkan.


Semalan di wad, tekanan darah mama pun dah normal je, tu pun doktor bagi labetolol 2bj, tu pun sekali je. Lepas tu, semua kembali normal sampailah esoknya doktor cakap mama dah boleh discharge. Suka nye sebab 1 hari je kat HTAR yang tak best tu. Tapi nurse kat situ semua baik & mesra. Cuma suasana sajela tak selesa campur bosan. Tapi sebelum nak discharge, doktor nak scan kandungan mama dulu. Bila dah scan, doktor cakap tak nampak pape, so tak boleh discharge. Geram hati mama. Ofcourselah tak nampak sebab ikut perkiraan mama, usia baby ni baru 4 minggu..tapi disebabkan buku merah klinik desa ni tulis usia baby dah 12minggu, tu pun sebab ikut last tarikh period mama. Dah banyak kali mama cakap kat doktor & misi yang last period mama memangla 2 bulan lepas sebab mama punya period memang 2 bulan sekali je. 2minggu lepas pun mama check upt negative lagi, seminggu yang lepas baru positive. Tapi mereka semua ni taknak amik pusing cakap patient, nak juga refer tarikh last period yang tu. Last2 mama dah jadi hamil 12 minggu lak..mereka ni pulak lebih tau dari mama sendiri bila mama mengandung...adoyai. Last2 mama yang dapat susah kena tahan wad lagi kononya sesedap mulut doktor tu je cakap mama mengandung luar rahim sebab mengandung 12minggu tapi tak nampak apa2. So kene stay wad, kena ambil darah untuk buat beta HCG untuk kesan level hormon mengandung untuk pastikan dua kemungkinan iaitu samada mama mengandung luar rahim atau mama sebenarnya tak mengandung. Whutever la korang, yang penting naluri mama cakap mama mengandung 4 minggu, mama tak hamil luar rahim & baby mama sihat je. korang nak buat pe, buatlah sebab korang lebih tau sebab mama ni bukan doktor kan.


Boring makan tido makan tak sedap.

Result BHCG dah keluar & beritahu yang hormon mengandung mama agak tinggi bacaanya iaitu 2417..ofcourselah dapat bacaan camtu sebab mama mengandung, apelagi yang merekan nak ni. Tak puas hati dengan bacaan camtu & doktor tak nak ambil kira apa yang mama bagitau, doktor nak repeat scan lagi, kali ni nak scan yang pakai scan pakai transvaginal ultrasound scan, fuhh sakit jugak..teringat masa nak melahirkan arwah Isyraf yang misi seluk tangan cek bukaan rahim, macam tulah sakitnya. Tak nampak juga bila dah scan. Jawabnya tak dapt keluar wad lagi, dah masuk hari ke-2 di wad. Doktor suruh repeat BHCG lagi lepas 48jam, maknanya lusa la. Gila kena stay lagi 2 hari kat hospital tanpa sebab. Sekarang masalah darah tinggi dah takde, doktor cari pasal tentang ectopic pregnancy pulak. Tu la taknak dengar cakap patient lagi. Geram je. Tapi pikir sabor je taknak darah tinggi naik.

2 hari lepas tu, dah buat BHCG kali ke-2, kata doktor kalau result makin tinggi, mama tak boleh discharge. Dalam hati mama cakap, ofcourselah korang semua akan dapat result yang tinggi sebab mama memang tengah mengandung & very early pregnancy. Hai..doktor2...awak semua ni tak belajar ke..& taknak pulak dengar cakap kite..sapela kite ni..agaknya awak semua pandang patient macam orang kampung yang tak sekolah ke??? Pagi tu, doktor yang handle kes mama ni yang tak bape nak pakar ni berdepan dengan doktor yang pakar lagi dari dia masa buat round, mama dengar dia berbalas2 pendapat bila dia disoal kenapa sesuka hati suspek mama alami ectopic pregnancy tanpa pastikan dengan patient sendiri masalah period & tarikh sebenar mengandung & tanpa sebab suruh patient stay wad 48jam semata2 nak tunggu ambil BHCG, sedangkan dia boleh suruh patient balik & buat another appointment untuk datang buat BHCG. Ini akan melibatkan emosi pesakit & kos yang terpaksa ditanggung pesakit & doktor yang tak berapa nak pakar tu kena tegur sebab belum dapat lagi keputusan yang sah, sudah ,memandai bagitau pesakit tengah alami ectopic pregnancy. Apa perasaan pesakit macam mama ni rasa bila tau mengandung luar rahim yang memang betul nakkan anak memandang anak mama yang lepas telah pergi selama-lamanya. Dia kena pikir dari segala sudut. Puas hati mama doktor2 tu semua kena tegur dengan bos mereka. Itulah, wad ni rata-rata semua doktor pelatih lagi. Tak kreaitif & inovatif langsung. Kalau A..A la...buku semata-matam padahal Allah tu lagi mengetahui. Akibat dari handling doktor pelatih tu, terpaksalah mama teruskan duk wad sementara tunggu result BHCG ke-2.

Petang tu papa datang, mama mengamuk2 kat papa suruh keluarkan mama dari wad. Mama dah tertekan dengan permainan doktor2 ni semua. Tak kiralah result BHCG tu tinggi ke rendah, mama tetap nak keluar wad. Mama tak percayakan mereka ni semua. Mama lebih percayakan Allah & naluri mama sendiri. Result keluar bagitau level BHCG mama yg ke-2 adalah 5,000. Dah berganda. Ofcourselah bacaan tu akan berganda because im pregnant. Mama berkeras nak keluar. Doktor lelaki tu dengan eksyen tunjuk result tu kat mama sambil bagitau " Result puan sekarang 5,000 , so puan memang tak boleh discharge lagi hari ni". Mama balas sebab dah tak tahan sabor je selama ni dengar & angguk je. " Memanglah tinggi doktor sebab saya ni tengah mengandung & awal lagi mengandung ni, baru 4 minggu..hari ke hari berganda la.." Mama cuba tunjuk pandai sebab mama awal2 lagi dah suruh papa search kat internet pasal BHCG tu, hehe. Dengar mama cakap camtu, doktor yang eksyen tu terdiam & tercengang kejap. Then baru dia bersuara balik. " Itu, saya tak tau but base on this report, saya memang tak boleh nak bagi awak discharge lagi" sambil dia lempar result tu atas meja report tu. ESKYENNYA. Mama balas balik & cakap mama tetap nak keluar jugak, mama bagitau cara elok la yang mama dah stress duduk situ. Dia pun cakap " k, fine kalau awak nak keluar juga, sign surat tanggung risiko". " Ok, saya tanggung risiko" dengan yakin je mama balas sebab mama memang yakin mama tak alami ectopic pregnancy. "Ok, tunggu MO saya datang", doktor tu balas sambil berlalu pergi dengan muka tak puas hati.


Sebelum mereka nak lepaskan mama keluar dari wad, doktor tu sekali lagi nak scan mama wat kali terakhir. Scan punya scan tak sampai sesaaat pun terus mereka tu jumpa apa yang dicari selama ni...akhirnya nampaklah kantung & baby nye yang masih2 kecik...haaaaaaaaa...nampak dah..gitulah excitednya doktor perempuan yang scan mama tu mengomel." Baru 4 minggu ni ". tambahnya lagi.Mama pun balas dengan sikit eksyenlah. " kan saya dah bagitau banyak kali yang kandungan saya baru 4 minggu, saya tau lah bila saya bersama suami saya"haha. puas hati mama dapat cakap macam tu. Doktor perempuan tu pun senyum jela. Alhamdulillah. Tu je terpacul dari mulut mama, termasuklah doktor & nurse yang duk layan kerenah mama dari tadi duk desak dia keluarkan mama dari hospital. " Lega saya, akhirnya saya dapat sign surat pelepasan awak ni dengan selamat " kata doktor tu. Maknanya...mama keluar wad juga hari tu. Jam dah 8malam masa tu. Papa cepat2 setelkan bil hospital & akhirnya mama dapat keluar dengan bebas setelah 4 hari kat wad. Syukur sangat pada Allah yang mama tengah mengandung dengan selamat, anak mama kini berusia 4 minggu....


Inilah 'little miracle' mama..baru 4 weeks old day. Luv u baby ;-*

Walaupun perit & pedih hadapi macam2 dugaan, tapi mama & papa happy selepas tau anak mama selamat & kini sedang membesar dalam rahim mama, alhamdulillah.

Nota kaki :-

Mama pergi HTAR tanpa kerelaan k..pertama kali register kat klinik desa Jln Kebun, terus kena pegang, mereka tak kasi mama balik umah, terus mereka panggil ambulans HTAR antar mama pergi HTAR. Akhirnya gitulah jodoh mama dengan HTAR. Sumpah lepas ni tanak pegi HTAR lagi, uhuhuuhu. Mungkin nak ayat papa anto mama beranak kat Pusat Perubatan Umra la kali ini. Boleh kan pa?? ( Sambil senyum gatai kat papa, haha )


Tuesday, February 8, 2011

Dugaan itu Indah




Salam,

Hari ni papa temankan mama pergi klinik desa jalan kebun. Sampai je, tengok jadual rupanya register untuk mengandung setiap hari isnin, terlepas la semalam. So, terpaksa lah mama balik & tunggu isnin ni je. At least, dah taulah apa nak kene bawak untuk kali ke-2 mengandung ni, cuma buku merah yang 1st pregnant & kad pengenalan je. Kalau 1st pregnant dulu, banyak bende nak kena bawa spt IC mama & papa, sijil nikah, bil air/ api tempat tinggal. Lepas ni, bermulalah rutin checkup mama mcm biasa...tak sabor rasanya nak merasakan pengalaman indah tu lagi. Walaupun leceh, kena penat menunggu, mama tak kisah dah demi kesihatan diri & anak mama nanti. Bersusah dulu, bersenanglah di kemudiannya nanti. Yang penting mama akan follow smua procedure & sanggup buat apa saja.

Asid folic ni penting tuk ibu mengandung untuk pembentukan hemoglobin iaitu pigmen yg angkut oksigen ke sel2 tubuh & boleh cegah kecacatan tiub saraf(NTD). Sepatutnya asid folic ni perlu diambil ketika belum pregnant lagi, iaitu langkah persediaan utnuk mengandung. Biasanya klinik desa akan bekalkan asid folic ni bila dah pergi buat rutin checkup tapi kalau nak beli kat farmasi pun murah je lebih kurang RM 8 untuk 100 tablets depends pada brand la.



Tapi wat masa ni, mama dah kena mula jaga pemakanan, mama dah elak makanan berminyak & masin. Hari-hari mama makan ikan panggang & rebus, sayur & buah2. Pagi2 pulak daripada breakfast nasi lemak, mama tukar pada roti & milo je, pun kenyang, alhamdulillah. Mama pun dah start ambil asid folic & minum susu low fat setiap hari. Waktu tidur & rehat pun kena cukupkan. Sambil2 tu, bolehlah lakukan senaman ringan kat rumah, tak susah pun. Hari ni pun mama dah rasa sihat sikit, jiwa pun tenang, kepala lapang, alhamdulillah.

Susu rendah lemak segelas sehari, bagus untuk kalsium. Boleh beli yang kotak atau yang tepung. Tak semestinya susu anmum, susu biasa yg lain pon boley. Tapi mama suka minum susu kotak biasa je, takdela mual sangat.

Okla..nanti mama update lagi di lain masa. Papai... XOXO

Monday, February 7, 2011

Gantian dari ALLAH, Alhamdulillah






Salam,

Semalam 6 Feb genaplah sebulan arwah Isyraf, anak comel mama pulang ke rahmatullah. Rindu, sayang, cinta mama pada Isyraf tak pernah hilang, walaupun emosi mama sudah kembali stabil, mampu juga kadangkala bergelak tawa. Sebenarnya, itu bukan tandanya rindu mama sudah hilang, tapi rindu berada di satu tempat buat seketika...seketika ia akan kembali menyinggah semula di hati mama. Memori tu sentiasa segar & indah. Hanya mengingati Allah, rindu itu terubat. Bila rindukan Isyraf..mama cari Allah..mama cari Al-quran..dan itulah penawar rindu. Syukur, Alhamdulillah.


Positive =)

Hari ni 6.30am mama buat pregnancy test, alhamdulillah akhirnya positive setelah hampir 3 minggu naluri mama kuat berkata yang mama sedang hamil, tapi bila dah 3 4 kali buat test masih juga -ve, papa & cektoq (adik mama) semua cakap mama mungkin stress & mungkin sebab itu mama just feeling pregnant. Camna pun, mama percaya pada naluri ni, mama tak pernah putus berharap & mintak petunjuk dari Allah & akhirnya hari ni mama dapat jawpan yg menggembirakan. Syukur pada mu ya Allah memberikanku rezeki secepat ini. Setelah kau kurniakanku kebahagiaan, kau datangkan lg kebahagiaan.Alhamdulillah..

Alhamdulillah, aku diberi peluang menjadi mama sekali lagi

UjianNya tetap ada walaupun mama telah mengandung. Kesihatan mama terjejas..tekanan darh mama mula tinggi, kata doktor kalau kandungan dulu mama pernah alami hypertension, kemungkinan besar kandungan seterusnya juga akan ada. Now bru almost 3 weeks pregnant tekanan darah terus tinggi. 2 minggu lepas sebenarnya lagi tekanan darah naik mendadak, mama dirujuk ke PPUM, ditahan wad pemerhatian setengah hari. Masa tu mama dah feeling pregnant, tapi bila doktor check semua -ve, so pihak hospital macam2 lah buat kat mama x-ray lah..walaupun dalam hati bimbang akan efffect kandungan mama sekiranya ada. Tapi mama tak boleh nak buat apa la sebab bukti nya tiada. Doktor bagi pulak ubat darah tinggi dos paling sikit untuk mama ambil selama 2 minggu sampaila hari ni mama baru tau mama mengandung, then terus mama stop atas nasihat doktor. Esok papa nak temankan mama mulakan rutin checkup kat klinik desa je. Itu je jalan terbaik. Mama & papa sanggup buat apa sahaja agar bakal adik Isyraf dilahirkan selamat ke dunia. Isyraf pun dah jadi abang sekarang =)

Tanda bakal bapa =)

Jika semuanya selamat & diizinkan Allah, bulan 8@9 tahun ni mama & papa tak sunyi lagi. Adik Isyraf akan menemani mama & papa setiap ketika. Hebatnya kuasa Allah..inilah gantian yang tak ternilai dari Allah buat mama & papa. Sesungguhnya Dialah lebih mengetahui... Al-fatihah buat sayangku Isyraf.

Blog ini mama akan teruskan untuk tatapan adik2 Isyraf akan datang. Moga kenangan suka duka kita sekeluarga dapat menjadi renungan & iktibar buat kita setiap masa. Amin.