Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Wednesday, January 12, 2011

Kembara Isyraf & kita para manusia

Sejak kepergian Isyraf kepangkuan Allah S.W.T dengan selamatnya tanpa sebarang halangan, hatiku begitu tenang, lega & bersyukur pada-Nya kerana memudahkan perjalanan anakku itu untuk menuju ke alam sana. Memang hatiku hancur bagai dipukul kuat dengan tukul yang kejam bila saja doktor mengesahkan anakku yang sudah hampir 6 hari koma & mengalami kematian otak. Apakah itu? Yang ku tahu mati otak hanya dari cerita2 tv, tak pernah terpikirkan aku akan sendiri di situasi ini. Kata doktor anakku tak de harapan, mungkin juga sudah lama pergi. Cuma yg ada sekujur tubuh yg dicucuk tiub sana sini untuk bantuan tubuhnya berfungsi dgn bantuan mesin semata. Jika dicabut semua mesin bantuan itu, tinggallah sekujur tubuh yg sudah lama tak bernyawa. Walau itu yg doktor telah nyatakan, aku cuba lagi bertanya untuk sedikit pengharapan jika anakku masih akan sedar, aku bertanya jika aku tak mahu cabut mesin bantuan itu bagaimana, mnalah tahu anakku masih ada, siapa yg tahu, itu semua kuasa Allah. Tapi kata doktor, mereka boleh biarkan mesin terus berfungsi, tapi sekujur tubuh anakku itu lama kelamaan akan mengalami proses pereputan seperti mayat hidup, masyaAllah...begitu lukanya hatiku dengan ayat2 pedih itu. Itu memberi aku makna yang anakku kini semakin pergi dariku. Berjurai airmataku menggila bersama dengan perasaanku yang tidak tahu apa yang harus kuceritakan. Isyraf...Isyraf...itu saja perkataan yang terkeluar dalam tangisanku yang tiada lagunya lagi. Papa pula tabah dengan berita itu seakan sudah redha dengan apa yang terjadi, waktu itu papa sajalah yang mampu menenangkanku. Syukurlah Allah berikan suami yang lebih tabah dari diriku sendiri untuk menemaniku di sepanjang jalan hidupku ini. Abis airmataku untuk menangisi lagi, aku kembali pada yang berkuasa yang telah menentukan ini semua, pohonkan kekuatan dariNya untukku meredhai ketentuan ini. Alhamdulillah, entah dari mana pun ku sendiri tidak sedar kekuatan itu datang...aku berbalik pada kenyataan, lalu kubuat keputusan untuk lepaskan anakku padaNya buat selama-lamanya. Esoknya, dengan tenang kami semua membuat keputusan untuk mencabut mesin hayat Isyraf & ingin membiarkan dia pergi dengan tenang tanpa sebarang seksa di muka bumi ini. Dipangkuanku akhirnya Isyraf menghembuskan nafasnya yg terakhir pada 6 Januari 2011 pada pukul 11.20pg. Doktor sebelum itu ada menasihatiku supaya tidak terkejut jika tangan & badan Isyraf akan sedikit menggelupar bila nafasnya makin berkahir, tapi tanda itu tiada langsung pada Isyraf. Anakku pergi dengan begitu tenang, berbaring tenang dalam pangkuanku...wajahnya putih bersih, tiada lagi lebam & mata yang bengkak seperti ketika koma. Wajahnya ketika itu mula mengingatkanku akan wajahnya ketika pertama kali kulihat ketika dia datang ke dunia ini. Maha hebat kuasa Allah menjadikan kejadiaanNya. Terpaku seketika aku dengan kebesaranNya. Airmataku langsung tidak jatuh hasil usahaku menabahkan diri demi mendapatkan keredhaan Allah yg sempurna, demi sayangnya ku pada anakku. Aku tidak mahu lemah untuknya. Tiada pe lagi yang mampu kuberi di saat terakhir ini selain menguatkan diriku untuk anakku, itulah tanda sayangku padanya yang tak pernah putus. Dari hospital, aku pangku jenazah anakku menuju ke masjid untuk disembahyangkan. Tak putus kusedekahkan Al-fatihah disepanjang perjalanan. Wajahnya kutatap tanpa henti. Tenang sekali. Alhamdulillah...perjalanan kami yang membawa pulang jenazahnya dengan kenderaan sendiri juga lancar. Tak sedarpun lamanya perjalanan tatkala dah sampai di perkarangan masjid. Sesudahnya...jenazah anakku selamat juga dikebumikan tanpa sebarang halangan...alhamdulillah syukur padamu ya Allah. Bacaan talkin bercampur sayu & syukur bilasaja terdengar akanku bahawa anak2 yang belum baligh pastinya akan memberi shafaat pada kedua ibapanya di akhirat kelak. Besar sekali hikmah & kurniaan Allah padaku & suami yang kurasa tak selayaknya kuterima. Tak kusangka kami menjadi kalangan orang yang terpilih. Tak kusangka begitu istimewa istimewa sekali pandangan Allah padaku. Hikmah yang diberi alhamdulillah sudah dapat kurasa dalam hidupku kini. Aku semakin mendekati & mendampingi Allah S.W.T.....keimananku padaNya dari hari ke hari semakin membara, aku disedarkan akan hakikat kematian & alam akhirat. Aku masih mencari redha Allah..yang kutahu, sekiranya redhaku sempurna pada Allah, maka Dia akan memberikan 70 kali redhaNya padaku. Itu yang ku masih kuushakan & kucari2 pada masa ini. Aku percaya pada janjiNya. Rindu pada Isyraf tetap ada, pulang ke rumah, setiap sudut ada saja kenangannya, keluar rumah pun tetap ada kenangannya sebab semua tempat pernah aku bawa dia bersama..sebut saja..tesco,jusco,taman,kedai2 makan...mana lagi dapat kuelak tuk melupakan kesedihan itu. Apetah lagi barang2 mainan & pakaiannya banyak ada di rumah. Gambar pun melambak2 dekat laptop...facebook..blog ni sendiri. Tapi aku tak boleh selamanya lari dari kesedihan & ketakutan..itu juga mungkin menimbulkan ragu redha yang kucari dari Allah S.W.T. Dari hari ke hari alhamdulillah, aku semakin kuat yang kutahu ini pastinya dari Allah, tuhanku yang kusayangi & cintai saat ini. Sampailah aku mampu menceritakan kisah ini di blog...kuatnya aku demi tuhanku Allah S.W.T...kuatnya aku demi anakku Muhammad Faris Isyraf..kuatnya aku demi suamiku Fahmi Halid...kuatnya demi keluarga & kawan2. Terima kasih semua. Moga kisahku ini mampu membawa hikmah & panduan untuk orang2 mengalami ujian hebat sepertiku ini. Ingatlah..dikala kita lemah, tujulah pada Allah...sesungguhNya dia maha memberi & maha pengampun..kelemahan harus dilawan dengan kekuatan bukannya dengan kelemahan. Percaya & bersangka baiklah pada Allah S.W.T yang lebih mengetahui apa yang telah Dia rencanakan untuk perjalanan hidup kita. Amin.

Penjelasan kembara manusia di bawah ni membuatkan hatiku tenang & faham akan fitrah kehidupan kita yang bersifat sementara ini. Harapnya ku mampu mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan kembaraku yang seterusnya.

Hidup mesti dilihat mengikut ketetapan Penciptanya. Hanya dengan itu kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi dapat dimiliki. What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling tepat dan jelas melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.

Mereka yang dapat mengikut ketetapan Allah itulah yang dikatakan celik mata hati – melihat hidup dengan penuh kesedaran. Untuk jadi sedar (celik mata hati) kita perlu memahami skrip kehidupan seperti yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita tidak minta untuk dihidupkan tetapi hidup ini adalah kurniaan daripada Allah.

Untuk hidup selamat, tenang, dan bahagia, hiduplah mengikut “skrip” Pencipta. Jadilah hamba yang sebenarnya kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat hidup ini. Who you are determines how you see – siapa anda menentukan bagaimana anda melihat (memandang). Jadi, apabila kita merasakan diri kita hamba Allah, maka kita akan melihat hidup ini dari kaca mata Penciptanya (Allah)!

Skrip Kehidupan

Skrip kehidupan inilah jika dilalui dengan penuh iltizam dan istiqamah, akan menghasilkan kemenangan yang bersepadu antara diri dan masyarakat, material dan spiritual, dunia, dan akhirat. Kita akan mendapat apa yang sepatutnya dan sewajarnya yang kita dapat. Sebaliknya, jika apa yang kita lihat tersalah ataupun tersasar, maka apa yang kita dapat juga akan tersasar. Kita akan menyesal di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita dapat apa yang sepatutnya “tidak kita dapat”. Terasa benarlah hidup di dunia hanya sia-sia.

Inilah yang digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).” (Surah al-Naba’ 78: 40).

Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur, barulah kita akan tersentak (tersedar) dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang apa tujuan kita dihidupkan di dunia. Dan di situ jualah baru kita sedar apa yang paling bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam hidup. Pendek kata sewaktu itulah pandangan kita tentang hidup (worldview) akan tepat dan jelas.

Namun sayang sekali, di sana segala-gala yang tepat dan jelas itu sudah tidak berguna lagi.

Kata Hukama: “Beramallah ketika berada di tempat yang tidak ada ganjaran tetapi ada peluang beramal (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada peluang beramal (akhirat).”

Oleh itu adalah lebih baik kita terlebih dahulu sedar ketika hidup di dunia (kerana kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan), daripada kita tersedar ketika berada di alam kubur, yang pada ketika itu segala-galanya sudah tidak berguna lagi.

Umar Ibnu Abd. Aziz pernah berkata, manusia diciptakan untuk selamanya. Mengapa Umar berkata begitu? Maksudnya, bermula manusia diciptakan buat kali pertama, diri manusia akan terus hidup dan mengembara dari satu alam ke satu alam. Kembara ini hanya akan berakhir sama ada di syurga atau di neraka. Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan, sama ada dengan limpahan nikmat, atau mendapat azab buat selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara.

Ada kalanya bersama jasad, ada masanya hanya dengan roh sahaja. Setiap alam berbeza daripada alam sebelumnya. Kembara itu adalah satu perjalanan yang panjang. Penuh ujian dan cabaran. Dan perbezaan alam itu menuntut peranan dan respons yang berbeza pula. Apakah alam-alam itu?

Takah Hidup Insan

Kembara manusia bermula dari alam roh. Di sana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina, lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada waktu itu? Sangat sedikit yang kita ketahui tentang alam itu. Firman Allah: “Jika kamu bertanya tentang roh, katakan yang roh itu urusan Tuhanmu. Dan tidaklah kamu mengetahui daripada ilmu Allah melainkan sedikit sekali.”

• Alam Roh

Tetapi apa yang pasti di alam itu manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehingga pengakuan ini dicatat dalam al-Quran:

“Tidakkah Aku ini Tuhanmu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudan-Mu).”

Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai Rabb (Penciptanya). Pada ketika itu juga roh berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai antara manusia dengan Allah sehingga dengan itu manusia telah sanggup untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun semua makhluk lain menolak amanah ini, manusia sebaliknya, telah menyatakan kesanggupannya.

Dan kesediaan ini menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar kesannya kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-ahzab 33: 72).

Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya setiap manusia mengambil gilirannya untuk “diturunkan” ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi generasi demi generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa kita boleh lupa? Memang logik kita lupa kerana alam itu telah begitu lama kita tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku seminggu yang lalu pun kita boleh ‘terlupa’, inikan pula entah berapa ratus ribu tahun sudah kita membuat perjanjian itu?

• Alam Rahim

Sebelum dilahirkan ke alam dunia, manusia terlebih dahulu “transit” di alam rahim. Alam rahim terletak di dalam perut ibu. Indah sekali namanya; rahim (nama Allah Al-Rahim). Sekali gus melambangkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, yang hakikatnya berasal daripada kasih sayang Allah. Di sini janin dilindungi untuk menjadi seorang bayi.

Bayi akan tinggal di alam yang kukuh dan penuh kasih sayang ini selama lebih kurang 9 bulan 10 hari (mengikut kebiasaannya). Dalam tempoh yang itu ada beberapa proses biologi dan rohani yang berlaku. Daripada sari pati tanah, menjadi nutfah, kemudian menjadi alaqah dan diikuti pembentukan mudghah. Kemudian menjadi tulang dan selepas itu mula diliputi dengan daging, dan dibungkus dengan kulit. Akhirnya terbentuklah bayi yang lengkap sifatnya.

Di alam rahim ada beberapa perkara telah ditentukan. Antaranya rezeki, tempoh kehidupan, celaka atau bahagianya.

Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. seorang yang benar serta dipercayai pernah bersabda: “Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t. mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t. di mana tiada tuhan selain-Nya, seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir, nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni neraka sehingga dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah dia memasukinya.”

Tegasnya, segala persediaan dan kelengkapan untuk menuju alam dunia telah dipersiapkan di sini. Jasadnya mula dilengkapi oleh komponen pancaindera (pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan lain-lain). Sepertimana penyelam yang perlu memakai pakaian khas untuk menyelam, lengkap dengan bekalan oksigennya, maka begitulah manusia yang berpindah ke alam dunia, pakaian khasnya ialah jasad dan kelengkapannya ialah pancaindera.

• Alam Dunia

Tiba masanya, butang hidup pun di“on”kan. Manusia pun lahir ke alam dunia dengan diiringi tangisan. Tangisan ini ada maknanya yang tersendiri. Dalam kalangan ahli kerohanian ada yang mentafsirkan tangisan ini sebagai tanda protes bayi tersebut terhadap syaitan yang sejak lahir sahaja manusia ke dunia sudah diajak kepada kejahatan. Begitulah erti tangisan itu.

Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan itu diperlukan untuk si bayi mula mengepam oksigen ke paru-parunya yang baru berfungsi.

Apa pun makna dan tafsirannya, hidup memang dimulakan dengan tangisan, dicelah-celah kehidupan ada tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa!

Di alam dunia inilah bermulanya ujian kerana memang manusia hidup untuk diuji. Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya.”

Lazimnya hidup manusia ini sekitar 60 hingga 70 tahun, namun perlu diingat hidup di dunia inilah yang paling kritikal, kerana ia menentukan sama ada kita bahagia atau derita selama-lamanya. Dunia ini penuh dengan ujian. Dunia umpama “dewan peperiksaan”. Manusia mesti menjawab beberapa “soalan peperiksaan” yang sebenarnya telah pun “bocor”. Saya katakan demikian kerana soalan-soalan yang akan ditanyakan di alam kubur dan alam Mahsyar itu telah pun dimaklumkan kepada manusia di dunia lagi. Berikut adalah soalan-soalan itu:

Soalan di dalam kubur:

• Siapa Tuhan kamu?

• Siapa Imam kamu?

• Siapa saudara kamu?

• Apakah kiblat kamu?

Soalan di Alam Mahsyar:

• Ke mana hartamu kamu belanjakan?

• Ke mana ilmumu kamu gunakan?

• Ke mana umurmu kamu gunakan?

• Bagaimana umur muda kamu habiskan?

Namun, harus diingat soalan-soalan itu bukan dijawab secara lisan berdasarkan pemikiran. Tetapi perbuatan dan amalan kita di alam dunia itulah yang membantu memberi ‘jawapan’ kepada soalan-soalan itu. Jika kita melakukan sesuatu yang selaras dengan kehendak Allah, maka itu jawapan kepada soalan “Siapa Tuhan kamu?”. Jika kita benar-benar mengikut panduan sunnah Rasulullah, maka itulah jawapan kepada soalan “Siapa imam kamu?”

• Alam Barzakh (Alam Kubur)

Hidup di dunia akan berakhir melalui proses kematian. Jika kelahiran adalah proses yang membawa kita pindah dari alam rahim ke alam dunia, maka mati pula adalah proses yang membawa kita pindah dari alam dunia ke alam barzakh. Hakikatnya, kelahiran dan kematian adalah sama – satu proses yang mesti dilalui sebelum berpindah ke alam selepas dari alam sebelumnya. Sayangnya, ramai manusia yang hanya membuat persediaan untuk menghadapi kelahiran berbanding kematian. Kain lampin lebih popular daripada kain kapan!

Alam barzakh (ertinya pemisah) ialah sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya. Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat (bagi yang soleh) dan mukadimah azab (bagi yang toleh) sudah ketara dan dirasai. Di sini manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di Padang Mahsyar.

• Alam Mahsyar

Dua tiupan (bumi dilipatkan semula dengan sistem aturannya diterbalikkan. Dan berlakulah letupan kuat). Sangkakala dikumandangkan oleh Israfil – kali pertama untuk mematikan mereka yang masih hidup di saat itu dan kali kedua untuk menghidupkan semula semua yang sudah mati. Manusia pun dibangkitkan semula dari alam kubur menuju Mahsyar. Pelbagai rupa dan cara manusia ke sana ditentukan oleh amalan masing-masing. Visualnya, digambarkan dengan jelas dalam peristiwa Israk Mikraj.

Di sanalah keadilan yang mutlak dan muktamad ditegakkan. Jika di dunia yang benar tidak selalu dimenangkan, dan yang salah tidak selalu dikalahkan, tetapi di akhirat yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu hukuman.

Walaupun Dia Hakim yang Maha Mengetahui, namun Dia masih mahu pengadilan itu dibuktikan oleh para saksi. Sedangkan apa perlunya saksi jika segala-galanya sudah diketahui? Ketika itu anggota badan kitalah yang menjadi saksi – segalanya dibenarkan bersuara malah mendakwa.

• Alam Syurga atau Neraka

Setelah menerima catatan amal (lengkap dengan fakta dan data yang terperinci), yang bukan hanya mencatat setiap langkahan kaki tetapi juga lintasan hati, maka “keputusan” peperiksaan itu melayakkan manusia ke alam syurga jika berjaya dan ke alam neraka jika gagal. Di sanalah kembara yang panjang itu berakhir. Ada yang “happy ending”. Ada pula yang berakhir dengan sengsara. Sampai bila? Sampai bila-bila. Tidak ada kembara lagi selepas itu! Itulah hidup yang hakiki dan di sanalah perhentian yang abadi.

Sehingga di sini istirahatkan minda anda kerana lelah juga menyusuri perjalanan hidup kita. Itu baru menerusi perantaraan minda atau pemikiran. Perjalanan sebenarnya tentu menuntut kelelahan yang berganda. Kembara ini penuh liku, cabaran dan kesusahan. Jika kembara di satu alam (dunia) ini pun kita boleh tersesat dan melarat, apatah lagi kembara yang melalui di lima alam yang serba unik itu.

Dan yang paling penting ialah bagaimana hendak menjalani kehidupan yang sebaik-baiknya di alam dunia – alam yang sedang kita hidup sekarang. Masa lalu tidak dapat diputar kembali. Kita tidak boleh merayu untuk tidak dijadikan, menerima amanah dan dihantar ke dunia.

Manakala masa depan, tidak boleh dijangkau. Apa yang penting ialah kita boleh menentukan masa depan (di Alam Barzakh, Mahsyar, Syurga atau Neraka) dengan bekerja kuat pada hari ini (di dunia) dengan input dan peringatan yang kita dapat daripada masa lampau (di alam roh). Insya-Allah.




Satu ISYRAF di hatiku



Kenangan bahagia keluarga kita. Semoga arwah Isyraf lebih berbahagia di alam sana.


4.1.2011 16.48pm,PPUM

Perasaan syukur kupanjatkn pd Allah tatkala aku disahkn menganndung. Setiap ketika ku belai & kusayangi zuriatku yg hidup di dlm rahimku.Kubacakn surah yusuf pada nya dengan hrpn dirinya kelak akn setabah nabi yusuf dalam menghadapi apa jua cabaran yg dtg, agar dia sentiasa di senangi setiap org di sekelilingnya & menjadi insan yg beriman. 31 oktober 2009 kira2 pukul 4.08pm, aku selamt melahirkan seorang bayi lelaki yg kunamakn Muhammad faris isyraf,penuh dgn makna indah sebagai pahlawan tertinggi.24jam aku dipisahkn darinya memandangkan aku di bawah pemntauan lagi disebabkan masalah tekanan darah tinggi.Isyraf pula lahir hanya sebbrat 1.96kg & awal sebulan.sakit melahirkn hanya Allah saja yang tau.tapi aku tetap bersyukr isyraf lahir sihat.nikmtnya perasaan menjadi ibu,melihat isyraf pertama kali menyusu dari badanku.wajahnya kuusap & kuamati stiap saat tnpe jemu. kali ke 2 ak dpishkn lg dgn isyraf apbla plg ke rumah,isyraf dpt kuning,3hr die d wad.ak hnye mmpu mnngis & bertabah hti srta mndoakn isyraf.alhmdulillah, isyraf kmbli sht spt sdiakala & mmbesar sihat & ceria.isyraf seorang ank yg aktif,murah dgn snyuman,mndgr kte,cpt blajar. Kusdar mungkn berkat surah yusuf, Allah kni tlh jdkn die seorg byi yg mudh dsnangi olh ssiapa sj mmndgnye.bwa lah die k mn sj,ke suprmkt ke,ke tmn ke,ke tmpt mkn ke,ad sj org mndkti & mengagahnye,tak kira cina,melayu,india sme trtwn dgn krmahan isyraf yg sng mmblas snyuman pd mreka.isyraf tak spt bayi lain yg akn mnngis ble ddkti org x dknali.malah isyraf akn prgi n mnymbt tgn ssiapa sj yg mnyukainye.pdku isyraf mmg ank istmwa n tdk byk karenah.smkn die mmbsr,smkn die mnunjkkn kmatngnnye.die smkn sng utk tdo mlm,die sdh pndi bmain sorg dri bla ak mmbuat kerja rumah seolah2 die mengerti ap yg ak ingnkn drnye.ad ktika,ak jg prnh tlpas utk bsbr ble mnjgenye.ak akui mmg tegas dlm mdidiknye.die jth,ak biarkn sj die mnngis,hrpnku ingn die blajr bgun sdri n brdkari.ak ingnkn isyraf mjd lelaki yg kuat.mmg isyraf terlalu istmwa sgt pdku.die la mjd pnyri alm rumhtgge kami.ak brasa sgt brtuah dkurniakn Allah ank yg seindah ini.tp mgkn sme 2 hnye skdr pnjmn Allah buatku.ssuatu yg indah itu x smstnya akn kekal.itu smua adlh milik yg bkuasa.ak kni diuji hebt dgn dugaan.kini stlh isyraf berusia 1thn 2 bln,isyraf yg kusyngi skli lg drampas dr ku.kini die kritikal, koma sudh 5hr d icu ppum. Pncnye sawn n kuman yg x dkthui brd d otknye.smpi kni dktr x mnmui jln utk mrwtnye.hti ku luluh,kcwa,sedih bgai dah tak terkata.hri ptame isyraf d sahkn koma,ak bgai nk gila.hri ke 2 ak mnuju pd Allah mcri sdkt kkuatn.hri ke 3,ak mnrma hkikat & mnjtkn doa tnpe pts pd Allah.hr ke 4,htku msh sdih,hnye pd Allah jua ak mmpu tuju & kmbli kuat mghdpi ujian ini.hr ke 5 ak msh kuat,syukr pd Allah msh brikn ak kkuatn utk mndampinginye n mmohn keajaibnnye d ktika ini.inilah ms plg lme ak bpisah drnye.d saat ini,doaku sbg ibu x prnh pts utk anakku isyraf.ak hrus kuat utk isyraf.ku msh mghrapkn isyraf akn kmbli sdr n mmggil ku mama lg. Tp jika tkdr Allah die pergi,ak ttp mnrmanye krna ku tahu,die milik Allah krn dr Allah die dtg.xkn pernah kusesali sdktpn krn ku tahu isyraf akn mnugguku d pntu syurga,& pd saat itu ku jg pasti akulah ibu plg btuah n insan yg terpilih oleh Allah utk mnrma kurnia sbsr itu.wlaupepn,ak xkn prnh pts brhrap slg isyraf tak mghmbuskn nfsnye.ak ttp akn stiasa sbr mnuggu kpulgnnye wlau brape lme pn.ak akn brdoa smpai ke nktah trakhr.ak tramat mnyanginye mlebihi dr nyawaku sdri.ak sggp mrasa sksa sakit bsalin 1000x gnde dr prnh ak lalui jk Allah plgkn isyraf pdku saat ini.ak sggup.tp apalah dayaku.yg kuharapkn kini cume doaku n org2 yg mnyaygnye.ku hrpkm ad insn2 d luar sn sudi brdoa utknye,mmbcaknnye ayt2 suci al quran,brsmbhyg hjat utknye dgn pnuh ikhlas.mga2 dgn brkt doa kalian,isyraf akn pulih.ak dgn pnh rndh dri mmnta sgt bntuan dr klian sme yg mbce cretnku ini smada mngnaliku atau tdk,doakanlah yg trbaik utk die.hrapnye akn ad doa dr kalian yg Allah dgari & kabulknnye.amin.terima kash buat smua yg brkgsi ksdhn dgnku ,yg mmbrkn smgt n yg mndoakn.hya Allah mmpu mblsnye.trma ksh smua.

Ikhlas,

Mama Isyraf, Xaryna


Catatanku : 6 Januari 2011 pukul 11.20 pagi, arwah Isyraf selamat pulang ke pangkuan Allah S.W.T di PPUM dalam pangkuanku dengan penuh ketenangan. Wajahnya tenang seperti sedang lena tidur di pangkuanku. Wajahnya ketika itu mengingatkanku pada wajahnya ketika mula2 kulihat apabila dia mula2 lahir ke dunia. Maha hebat & berkuasanya kejadian Allah S.W.T. Aku bersyukur dikurniakan hikmah yg maha besar ini yg kurasa tak selayaknya kuteruma, alhamdulillah...Al-fatihah