Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Saturday, May 29, 2010

Isyraf before & after

Entry kali ni mama nak mengimbas kembali kisah di awal kelahiran Isyraf. Bile mama tengok balik gmbar2 Isyraf yang diambil bila Isyraf lahir je, hati mama tiba2 rasa sayu tengok wajah kecil Isyraf. Tubuh badan Isyraf kurus melidi..tak de isi tembam2 seperti baby normal lain ketika lahir.Berat lahir Isyraf pun hanya 1.96kg berbanding normal baby 2.5kg ke atas.Kesian mama tengok anak mama dengan muka yang cengkung, tangan tak de isi. Semua pakaian yang mama pakaikan pada Isyraf that time semua besar pada Isyraf. Sarung tangan pun longgar..berkali-kali tercabut dari pergelangan tangan Isyraf.


Pampers untuk newborn baby pun masih longgar pada Isyraf. Bila mama pangku Isyraf, ringan sangat.. seperti pangku sehelai kain je. Kadang2 mama pun risau bila nak angkat & mandikan Isyraf. Polos sangat pada pandangan mama. Tida malam pun mama tak lena, takut mengiring ke kiri atau ke kanan mama terpijak badan kecil Isyraf. Maca-macam kemungkinan bersarang di benak mama.Paling mama sedih sangat bila Isyraf terkena jaundis. Risau dan bimbang hanya Allah saja yang tahu. Doa mama & papa ketika itu tidak putus2 untuk terus melihat Isyraf sihat. Alhadulillah, semua itu sudah berlalu. Sekarang mama dah gembira melihat perkembangan Isyraf. Dari sebulan ke sebulan, berat badan Isyraf bertambah dengan seimbang. Sekarang, berat Isyraf dah pun mencapai 8.5kg. Wajah Isyraf pun dah tembam. Badan dan tangan Isyraf pun dah berisi. Mama suka tengok anak mama sihat dan ceria seperti sekarang. Moga kebahagiaan dan kesihatan Isyraf berkekalan sampai bila-bila.Amin.

Isyraf menginjak ke usia 7 bulan

Walaupun dah jarang sangat mama update blog Isyraf ni, tapi rasanya masih tak banyak kisah2 hidup Isyraf yang ketinggalan untuk mama ceritakan di sini. Sekarang usia Isyraf dah pun memasuki 7 bulan. Isyraf dah pun mula ambil makanan pejal iaitu nestum & rusk biscuit. Mula2 dulu Isyraf laju juga makan makanan baru tu, tapi lama2 mcm dah jemu pulak. Sampai nangis2 & ngamuk2 bile tibe time makan. Terpaksa mama paksa2 jugak masuk mulut Isyraf tu, kadang2 papa pun buat2 blakon mkn jugak nestum tu & cakap nyum2..sedap. Isyraf makan la 2 3 mulut, tapi pastu start kuo kan balik makanan tu. Nape sayang? Nanti Isyraf kurus kering tak makan. Nanti kena macam2 penyakit. Sape yang susah?? Takpela..nanti pelan2 mama pelbagaikan lagi makanan Isyraf. Tu pun nak kena tunggu Isyraf beso lg sikit. Mama nak letak gambar2 Isyraf yang latest sambil cerita sikit tentang kisah di sebalik gambar tu.Time ni Isyraf dah pandai pegang botol sendiri.. tapi bukan makin senang keje mama,tapi makin susah pulak sebab Isyraf bukannya nak pegang botol tu sangat tapi main2 je lebey. Susu pun bukan isap sangat. Jadi terpaksa mama pegangkan botol tu sampai Isyraf isap susu betul2.
Ni pula baru betul2 Isyraf dah pandai pegang & capai barang2 yang ade depan mata. Tapi banyaknya terus masuk mulut. Kalau tak de barang, tangan atau kaki Isyraf sendiri la yang masuk mulut. Lepas tu, terus muntah melambak2. Mama rasa macam nak ikat2 je tangan Isyraf tuPerasan baju ni dah sendat? Isyraf dah makin membesar. Semua baju yang newborn dah tak boley pakai tapi entah nape mama pakaikan jugak. Sebab kaler pink kot.hehe.Tapi cute je mama tengok.Very sexy.
Ni saje2 mama ambil gambor Isyraf pakai baju Kak Jess belikan. Nampak sweet je...tu pun kalau Isyraf tak nangis2 & ngamuk2 ler...
Ni gambar time papa bawak mama, Isyraf & family mama jalan2 kat Alam Sentral masa family mama datang melawat Isyraf kat Shah Alam. Makcik Pia beria-ia nak tolak stroller Isyraf pusing satu Alam Sentral. Isyraf pula syok je dapat jalan2..

Ni Isyraf dengan papa get ready nak kuo jalan2 window shopping. Mama rasa dua2 hensem la. Love both of u so much.


Ni la aktiviti Isyraf.. duk dalam car seat ikut je mama & papa jalan2. Kadang2 Isyraf sampai tertido sendiri dalam car seat tu. Suka sangat jalan2 naik kereta.


Dah penat jalan2..balik rumah Isyraf tido sesungguh hati dengan gaya camni. Adakah sedang bermimpi di awangan bersama sang puteri?? Mama pun tak tau... hehe.

Papa ayat mama suh belanja Isyraf walker. Nak Isyraf cepat2 belajo berjalan. Betul ke? Tak kisahlah. Isyraf pun boleh belajar benda baru.

Rasanya...ini sajalah dulu cerita terbaru perkembangan Isyraf. Nanti di kesempatan lain, mama akan ceritakan lagi. Masih banyak lagi gambar2 aksi Isyraf dalam simpanan mama. Cuma tak sempat nak masukkan dalam blog ni.