Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Tuesday, December 28, 2010

Isyraf di Tasik Kemuning

Hari tu mama ajak makcik Isyraf, cektoq teman mama konon2 g jalan kaki nak bakar lemak sekitar tasik kemuning. Lagipun mama tak penah lagi duk melepak kat tasik tu even umah kita dekat je dari tempat tu. Tak sangka pulak tempat tu cnateq sangat..nyaman..redup lagi. Ramai jugak orang jogging kat situ. Mama bile la dapat jogging kalau Isyraf de ni. Takat jalan kaki je boley la. Tapi tu pun dah berpeluh2 jugak la. Jom layan pic tasek chanteq tu.













Blink Note : Sekarang dah musim hujan kat shah alam. Hampir setiap hari hujan..sejuk. Best jugak duk umah tido same2 ngan Isyraf, hoho.

Mama & Papa are in LOVE again



25 Dec 2010 yang memangnya jatuh pada perayaan krismas genap 2 tahun la mama & papa menjadi pasangan suami isteri. Entry lepas mama hint papa kononya dengar2 papa nak ajak kite pi makan korean punye restaurant & nak bawak kite pi hanimun. Tapi planningnya jadi lain plak, bukannya tak jadi tapi Isyraf je tak join mama & papa celebrate sebab maktok Isyraf nak pinjam Isyraf sehari, mungkin nak bagi mama & papa chance dating la tu. So, malam sebelum tu papa bawak Isyraf keluar bersama-sama makan pizza dulu. Esoknya, papa & mama pegi Jusco Bkt Tinggi, nak cari korean food, sampai depan2 restaurant, tak yakin pulak nak masuk sebab takut makanan tak berapa nak halal. Last2 makan kat black canyon coffee, best jugak, memang sedap makanan die. Nanti boleh bawak Isyraf pegi situ lain kali k. Pastu, papa belanja karoeke. Dah lame tak huha2, geding2 gale...muehehe. Pastu sambung lepak2 kat dataran shah alam, sebab dataran merdeka pulak hujan nak pegi time tu. So snap snip gambo sini sana sebagai kenangan cerita kita. Yang penting, papa buat mama happy on dat special day. Thanks pa..love u so much.

Gambo pengenalan =)

Gambo dalam mode konon malu-malu =p


Hari tu cuti krismas.

Lakonan semata-mata..muehehe.


Lepak-lepas sambil borak perancangan untuk masa depan Isyraf.


Hari ke-2 celebrate, karoeke lagi. Naik mabuk jap *(&*^%&^$


Try amek gambo dari posisi camni konon2 mcm pasangan yg HOT berchenta, haha.

Blink* - Semoga hubungan suka duka kita berpanjangan hingga hujung nyawa bersama keredhaanNya, amin.

Friday, December 24, 2010

Esok 2nd Anniversary Papa & Mama

Papa & Mama diijabkabul pada tarikh 25 Dec 2008 pada pukul 9.30 pm. Esok 25 Dec 2010, maka genaplah 2 tahun mama & papa menjadi pasangan suami isteri. Doakan kebahagian & hubungan kami berkekalan, amin. We love u, Isyraf.



To papa : Mama always love you the way you are.

* Dengar-dengar papa nak bawak makan2 kat korean restaurant besok.
* Dengar-dengar jugak papa nak bawak kita hanimunan.
* Papa...sila beri kepastian. tak yah surprise2...grrrr...

Isyraf Pertama Kali di Pantai

Sepanjang di kampung aritu, tak terupdate mama blog chanteq Isyraf ni, hoho. Sibuk menjaga Isyraf 24 jam, sebabnya sebulan Isyraf demam. Mungkin sebab terkenan kejutan cuaca musim tengkujuh di pantai timur ketika tu. Mama pulak gatai pegi bawak Isyraf main pantai kat bukit keluang , besut. Benonya, mama taknakla Isyraf 'peghak' nanti bila tak pernah ke pantai. Lagipun, pantai tu cantik jugak, tu yang nak kene pegi tengok camna cantiknya tu. Tapi, mama lagi suka pantai teluk lipat dungun lagi la....luas...bersih & lapang. Sampai je kt pantai, mama rendamkan kaki Isyraf kat air...Isyraf terus..uwaaaaaaaaaaaaaa...seperti biasa bila kena air bila mandi...nangis, menjerit, menggelupar takmo kena air, isk3.... Mama paksa2 jugak dekat 10 minit, akhirnya Isyraf taknak juga main air pantai. Yang pasti, Isyraf hanya suka tengok ombak yang dattang menghempas pantai je. Tu pun dari jauh. Esoknya terus Isyraf terus demam.. Ni kira boleh bawak ke pantai lagi tak lepas ni???


With Makcik su Piya, olwez setia menemani Isyraf.


Inilah muka budak kuat nangis bila kena air.


Percubaan melepaskan diri.


Makcik Piya yg sayang kt Isyraf sesangat. Suka dia melayan Isyraf 24 jam. Dah lulus dah ni kalau makcik Isyraf ni nak jaga anak.



Thursday, December 23, 2010

Our Family photoshooting by Kak Jess



Lokasi kejadian : Taman Pinggiran USJ, Subang Jaya

Masa : Around 5.00 ptg
Tarikh : Entah..lupa plak
Photographer : Kak Jesss
Edited by : Mama Isyraf




Wajah kesayangan mama & papa.


Gula-gula dalam hidup mama.


Cinta kita celik & sedar.


Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya 1431H


Yeaayyy..esok kite nak bertolak balik kampung mama kat Ganu dah..nak sambut raya haji kat sana. Walaupun tokma & tokki Isyraf takde kerana beraya di Mekah, mama tetap gembira nak balik jenguk adik2 mama, nampaknya mama beraya dengan adik beradik jela tahun ni. Yang penting Isyraf & papa ada disisi mama. Pape pun, kita doakan kesejahteraan tokma & tokki Isyraf di Mekah, semoga mereka tenang & damai merayakan hari raya haji di sana. Buat semua, kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil adha.

Sunday, November 14, 2010

Khas Untuk 2 lelaki kesayangan mama

Buat sayangku Faris Isyraf & Fahmi,



Mama tujukan khas entry ini untuk 2 orang lelaki kesayangan yang ade di hati mama kini & selamanya, Isyraf & papa.

Papa,

Mama sayang papa seadanya papa. Mama tau papa dah banyak berkorban & berusaha untuk apa saja demi mama & Isyraf, cuma mama saja yang tidak pandai sangat nak tunjuk rasa penghargaan mama pada papa. Tapi jauh kt sudut hati mama, mama nampak & sedar akan semua tu. Mama akan lebih berusaha ke arah itu. Sekarang mama masih lagi bahagia hidup dgn papa yang penuh tanggungjawab pada kita sekeluarga. Papa juga tak pernah jemu layan permintaan & karenah mama walaupun kadang2 papa tak mampu nak penuhi kesemuanya. Tapi pa, mama sudah berterima kasih pada papa dalam cuba untuk memenuhinya, dapat atau tak, itu belakang cerita, yang penting mama suka tengok papa sanggup berusaha. 25 Dec nanti genaplah 2 tahun kita berumahtangga & mama sentiasa inginkan kehidupan bersama papa walaupun 40..50 tahun akan datang. Semoga kehidupan kita semakin bahagia & membahagiakan. Love u, papa.

Isyraf,

Anak mama sayang ni dah besar skarang. Sayang mama pada Isyraf juga semakin besar. Mama tak dapat bayangkan bagaimana hidup mama tanpa Isyraf, tak sanggup mama lalui semua tu walaupun sekadar dalam mimpi. Yang pasti, mama tak boleh kehilangan Isyraf. Bila berjauhan walaupun sekejap, hati mama jadi sayu sangat bila Isyraf terlepas dari pandangan, bila bau Isyraf jauh menghilang, bila suara Isyraf tidak kedengaran..rindu sangat...rindunya mengatasi rindu mama pada papa Isyraf sendiri. Biar besar mana sekalipun dugaan membesarkan Isyraf, mama & papa akan terus berjuang membesarka Isyraf sampai berjaya & semoga Isyraf menjadi insan yang terbaik dari segenap sisi.

Mama always love Papa & Isyraf, xoxo


Weekend with Isyraf




Dear My baby Isyraf,

Arini boley la mama jenguk2 & hapdet sikit entry coz today Isyraf duduk dgn maktok. Saje tinggal Isyraf kt sana sbb maktok nk bersayang2 dgn Isyraf, lagipun lepas raya haji nanti, Isyraf dgn mama akn stay kt umah tok ma kt Jerteh pulak sampai ujung tahun. Mama nak habiskan masa kt sana semntara tunggu tokma & tokki Isyraf pulang dari Mekah. Alang2, papa cakap nak datang amek kita hujung tahun terusla tunggu cuti panjang.

Cerita sal weekend lepas, mama ajak papa bawak Isyraf jalan2 kt IKEA damansara. Sesaje nak membuka mata mama barang ape sebenarnya yg ada kat IKEA ni suka sangat orang pegi ke sana. Dah sampai sana, beso tempatnya..blur jap mama & papa kat area mne dulu nak terjah. Isyraf pulak jap2 buat2 nak muntah..kalut mama & papa melilau cari toilet. Kan tak pasal2 Isyraf muntah atas perabot2 kt situ. Sape yg susah..

Kata papa, orang ramai..tak selesa nak jalan2 sambil cuci mata tengok dekorasi & perabot IKEA. Mama & papa terpaksa gilir2 dukung Isyraf yg dah berat kira2 13kg dah tuh. Nak biorkan Isyraf berjalan, Isyraf nak tarik semua orang yg dekat2 dgn Isyraf tu...isk3. Penat k...tapi sempatlah snap bebrapa pic kt situ...

Paksa papa snap gambo kite berdua k


Sombong taknak tengok kamera, huh! Date kt pic tersalah letak bln 10 daa..mama dah blurrrrr



Minat katil pinky pulak dah...


Papa always pretend to be a serious daddy k, juz pretend k..


Papa ckp mcm amek gmbo kt bilik tido sdiri da..berangan je!


Dah penat berputaran di IKEA, papa ajak mamam kat tempat luar dari IKEA..yg privacy, sedap & selesa. So, mama suggest pegi JUSCO bukit tinggi Klang, besar, orang tak ramai, parking senang. Last2 masa lalu Subang Parade, tengok macam lapang pula dari luar. Pelik pulak macam tak ramai orang, selalu sesak jugak. Mungkin orang dah bertumpu kt EMPIRE pulak kot. Kite pon tak pernah lagi pegi Empire tu, nanti lain kali kita ajak papa ke sana pulak. Then, kite pon lepakla kat Uncle LIM'S Kopitiam Subang Parade jela, tempat biasa. Order nasi lemak & fish porridge sbb Isyraf pon ley mamam skali.



Termenung je dua beranak nih.isk3


Gigih nak keluar dari kusi..


Rehat lepas makan..kan men lg yer


Muke hepi ye..enjoi kan dapat jalan2 dgn mama & papa

Itulah sedikit story kita di hujung minggu yang membahagiakan. Lain kali kite plan pegi another port plak ye..new port..but still the same activity..shopink..mamam...jalan2...ok tak?..hehehe

Mama Love You, XOXO

Tuesday, November 2, 2010

Jenjalan sekitar rumah waktu petang

Dear Isyraf,

Hari ni, Isyraf asyik ngamuk je, tataw nak pe. Nak cakap demam, demamnye dah reda. Cuma selsema je skit tak ilang lagi. Puas mama buat macam2..Isyraf merengek2 gak. So, mama bawak jela Isyraf kuo jenjalan sekitar umah, lagipun Isyraf pon dah bley jalan. So, bley test tengok pe Isyraf nak buat bile kat luar umah pulak. Jom tengok pe jadi dengan Isyraf ye...


Memula pergi belakang umah, jumpe kucing, tengok2 je dr jauh. Bile mama tarik Isyraf nak pegi main kat depan umah lak, Isyraf tepis2 tangan mama takmo. Terpaksa mama angkat sebab kat belakang umah banyak nyamuk la cayunk...


Kat laman depan umah pulak, Isyraf toleh sana sini tataw mane nak pegi. Jap tengok bunge berhenti, tengok burung berhenti. Bile na sampai destinasinya cayunk. Isk3...

Bile nampak mama nak lari, terus sungguh2 kejor mama.


Berhenti rehat lagi, tapi jari kat mulut. Geram mama tengok, tak buang2 lagi perangai buruk tu eh..

Jumpe jambatan kecik, boley lak termenung panjang tataw tengok pe. Nak kate tengok ikan, ikan pon takde dalam parit tu..semak banyak la. Jom la kita masuk umah sayang..dah petang nih. Esok kite jenjalan lagi..

Byebye..

Muahhhssss.

Monday, November 1, 2010

Isyraf & Mainan Baru

Dear Isyraf,

Semalam Isyraf dapat hadiah besdei kereta daripada auty Jess & Qistina. Malamnya sakan Isyraf tak tido sibuk duk men kereta tunggang tu. Memula lame jugak Isyraf duduk atas kereta tu. Yang mama kelakar, Isyraf bukan pandu ke depan tapi asyik reverse ke belakang je. Napela anak mama ni pelik2 je. Dah tu pulak, ngamuk2 nak turun, dah boring ler tuh. Dah turun, siap baring sebelah kereta pulak. Mama ingatkan Isyraf tengah buat ape, rupanya sebok repair tayar kereta eyh. Kelakar betul la anak mama cayunk nih..

Gelagat Isyraf dengan mainan baru....


Isyraf : "Apela yang rosak ni, oohh..tayar nak kena tukar baru ni, nanti nak ajak mama & papa jenjalan pusing tasik kemuning..."

Isyraf : " Ok, dah elok dah tayar kereta ni. Tunggu nak test drive je ni jap lagi "



Love u baby, muahhhsss

Kenangan Bersama Isyraf

Dear Isyraf,

Hari ni mama ade terbelek gambo2 lame Isyraf, time Isyraf baru2 je lahir, tak silap mama Isyraf baru 2 bulan. Kecik sangat Isyraf that time. Cian mama tengok. Masa tu, mama & papa nak akikahkan Isyraf, perancangan nak buat majlis cukur jambul, tapi Tok Ma Isyraf that time jatuh sakit, kena serangan strok peringkat permulaan, dekat 2 minggu lebih Tok Ma Isyraf terlantar kat hospital. Sedey sangat sebab ni first time mama tengok Tok Ma Isyraf dalam keadaan sakit. Kalau tak, Tok Ma Isyraf tu seorang yang bersemangat, tabah & ceria selalu. Sampaikan raya haji tahun lepas pun Tok Ma Isyraf beraya kat hospital. Terpaksalah mama & papa uruskan semua perkara untuk akikahkan Isyraf. Papa cuma pergi tolong siangkan daging lembu, bawak balik, bahagi2 kat sedare mare & jiran tetangga, lebeynya sedikit mama masak sup bagi adik beradik mama makan. Tu jela termampu dibuat, tapi alhamdulillah perkara yang penting dahulu dapat juga dilaksanakan.


Papa penat potong daging lembu sampai tertido dengan Isyraf sekali.



Isyraf kena selalu ingat pengorbanan mama & papa tau. Jadi anak yang taat & setia. Jangan sesekali menderhakai orang tua Isyraf. Jika sekiranya Isyraf terlalai, bukaklah blog ni & baca segala luahan peristiwa hidup kita bersama.

Mama & Papa selalu sayang Isyraf dunia & akhirat.

Muahhhhssss.


Sunday, October 31, 2010

Birthday Party Isyraf


Dear Isyraf,


Hari ni genaplah umur anak mama berusia 1 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa cam baru semalam mama ngah sakit2 teran Isyraf kat labour room Hospital Sultanah Nur Zahirah & tepat pukul 4.30pm, maka lahirlah Isyraf ke dunia ini pada tanggal 31.10.2009 yang lepas. Masa tu berat lahir Israf hanyalah 1.96kg disebabkan komplikasi blood pressure mama, so terpaksalah mama lahirkan Isyraf secara paksa awal sebulan. Sakitnya tak payahlah mama nak ulang cerita, Isyraf boleh hayati sendiri dekat entri mama yg lepas2 menceritakan pengalaman melahirkan. Walaupapun, mama bahagia sekarang melihat anak mama membesar dengan sihat, hepi & sekarang telah mencapai berat hampir 12kg.

Tapi pada hari ni, pada harijadi Isyraf, Isyraf demam pulak. Dah masuk 3 hari, jap ok jap tak. Semalam mama & papa dah bawak Isyraf jumpa doktor, ingat nak injek untuk 1 tahun terus tapi doktor tak bagi pulak, katanya biar demam Isyraf reda dulu. Dan yang paling mama rasa takjub sangat bila pada hari jadi Isyraf ni, Allah kurniakan lagi besar hadiahnya apabila Isyraf tiba2 dah mampu berjalan sendiri dengan berani dah, tak seperti sebelum ni terkial2 & perlukan pimpinan. Habis harini satu rumah Isyraf pusing sampailah ke dapur, sampai depan pintu bilik air, siap ketuk2 pintu bilik air lagi tu, papa pulak kat dalam tengah mandi.Isk3. Nampaknya, mama kena makin aktifkan diri la nak kejor Isyraf merata2...herm~~~

Isyraf masih lagi demam ni, selsema & batuk pun tak hilang2 lagi, bagi je makan ubat & mnum susu, terus muntah balik. So, mama nak kena pantau Isyraf betul2 la malam ni. Papa pulak takde sebab keje shift malam. Papa tu pun tak berape sihat. Dah 2 3 malam tido asyik berlawan batuk je dengan Isyraf. Mane nak urut dada Isyraf lagi, nak urut dada papa lagi. Last2 mama tak tido2..asyik berjaga. pagi tadi pon mama bangunkan diri kul 5 pagi nak bagi Iysraf makan ubat ikut waktu, last2 mama tak bley nak sambung tido lik sebab lapor, pe lagi, pegi dapo buatlah nasi goreng siap2 & teh o panas. Makan2.. sambung jap tido lik..sebab besh je tengok Isyraf & papa tido.

Bila Isyraf dah bangun, mama terus wish " Selamat Hari Jadi cayunk, mama cayunk Isyraf sangat2..mama nak Isyraf jadi anak yang baik & dengar kata mama, muahshsh.." cium Isyraf beberapa kali. Sedap bau Isyraf bila bangun tido..wangi. He3.

Jom kita tengok kemeriahan majlis hari jadi Iysraf yang sederhana tapi meriah dengan kehadiran Tok Wan, Mak Tok, Pak usu Isyraf, Aunty Jess & Qis, Nenek Molly & Tok Ariffin & sepupu isyraf Uncle Imran.

Makan2


Main2 ngan Pakcik Imran

Isyraf geram tengok kek


Yang datang memeriahkan majlis Isyraf, thanks


Jom makan


Hadiah besdei dari Aunty Jess & Qis




Ni la family kecik kite Isyraf..ngeh3

Oklah Isyraf, majlis pon dah selamat & selesai semuanya. Family belah mama tak dapat datang sama2 meraikan majlis memandangkan TokMa & Tokki Isyraf kini berada di kota suci Mekah mengerjakan haji. Semoga mereka sihat & khusyuk mengerjakan ibadah di sana. Untuk Isyraf, ingat segala pesan mama, jadilah anak yang terbaik untuk mama & papa di dunia ini. Selamat Hari Jadi sayang.

Sekian, sayang Isyraf, muahsssss...