Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Tuesday, August 24, 2010

Anak Mama Yang Cute!!!

Cute kan anak mama?? Boley ke puji anak sendiri? Macam poyo je kan.Hehe.Tak kisahlah.Yang penting mama rasa Isyraf memang cute sangat2.Lagi cute dari papa nya sendiri.Setiap saat & setiap detik walau kat mana pun mama berada mama selalu tgk gambar2 Isyraf kat phone mama & senyum sorang2.Mama selalu rindu kat Isyraf.Isyraf rindu mama tak?????

Tengok Isyraf mase ni dengan butang baju terbukak satu kat ats macam selekeh je..Uhuks...tapi mantain cute!!! Geramlahhh....mmmuahhh

Friday, August 13, 2010

Isyraf Dah Tumbuh Gigi

Dah lama mama tak update blog isyraf...sorry ye isyraf cayunk.Mama bz la dengan kegiatan di rumah menjaga Isyraf yang semakin membesar sihat & aktif ni.Sekarang Isyraf pon masuk 9 bulan.Gigi pun dah tumbuh dekat 6 batang, 4 batang gigi atas & 2 batang gigi bawah.Kalau dah tumbuh gigi tu, ada lah aktiviti terbaru Isyraf dengan gigi tu.Apa lagi kalau tak menggigit mama & papa.Hari-hari tangan,kaki,bahu,perut papa & mama Isyraf gigit.Bukan gigit main2, tapi gigit betul2 lak tu,sampai lebam2.Agaknya gusi Isyraf tu masih gatal2 dalam proses nak tumbuh gigi lagi.Takpela...janji tumbesaran Isyraf berjalan dengan baik.

Perkara lain yang berlaku pada Isyraf dalam proses nak membesar ni, bila nak masuk je ke bulan baru umur Isyraf, Isyraf pon mula buat perangai baru seperti mengamuk,tido lewat,bangun pun lewat,suka merengek tanpa sebab yang diketahui.Lepas tu,semuanya berlalu & Isyraf kembali normal kepada keadaan asal.

Sekarang Isyraf hanya pandai mengesot je...laju jugak.Abis satu ruang tamu umah Isyraf dah sapu ngan baju.Semua benda Isyraf nak men.Terpksa la mama simpan peralatan yang berbahaya yang ada.Kata orang Isyraf ni macam lambat je nak berjalan.Duduk pun Isyraf tak boleh lagi,merangkak pun tak boleh lagi.Tapi,mama bukan heran pun tu sume.Yang penting anak mama sihat & ceria selalu.Luve u so much!!