Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Friday, November 18, 2011

Farisya Isyrin selamat tiba ke dunia




Salam.

Alhamdulillah, pada tanggal 30 september 2011, jam 5.55am bertempat di Hospital Sungai Buloh, akhirnya Farisya Isyrin tiba dengan selamat ke dunia ini dengan rahmat dari Allah SWT. Segala penantian yang panjang berakhir dengan penuh makna & kebahagiaan yang tak terhingga. Semua yang ditakdirkan sungguh di luar dugaan dan jangkauan kerana datangya lebih awal dari jangkaan & perancangan jadual untuk diinduce. Lahirnya ketika usia kandungan mama memasuki 37 minggu sedangkan perancangan induce pada 38 minggu. Benarlah hanya Allah saja maha mengetahui apa yang telah Dia rencanakan.

Kelahiran Farisya Isyrin bertambah manis apabila kelahiran ini berlaku dengan mudah & sakit semulajadi yang memang mama telah lama dambakan untuk merasakan perasaan itu. Jika Isyraf dulu, mama diinduce untuk bersalin & mengalami sakit yang agak lama. Kali ni, mama dikejutkan dari tido pukul 3.30 pagi 30 september dengan rasa sakit, seterusnya bergegas ke hospital, sampai di hospital pukul 5pagi serviks dah pun terbuka 8 ke 9 cm, akhirnya jam 5.55 pagi mama selamat melahirkan puteri mama seberat 2.56kg dengan selamat & dipermudahkan tanpa sebarangan halangan oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Bertambah indah lagi tarikh kelahiran Isyrin juga merupakan tarikh ulangtahun kelahiran bapa mama(atuk Isyrin) yang ke-55. Mungkin ini hadiah yang paling manis dari mama untuk atuk Isyrin.

Memperkenalkan, puteri di hati mama & papa, Farisya Isyrin binti Fahmi Nur Hanis.






Kisah kelahiran Isyrin akan mama ceritakan pada entri seterusnya jika berkesempatan. InsyaAllah. Semoga dengan kehadiran Isyrin ini akan mengubat kerinduan yang tidak bertepi pada Isyraf yang telah sekelian lama bermain di hati ini. Mama sayang Isyraf & Isyrin selamanya.