Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Thursday, July 14, 2011

Mencari sebuah jiwa yang tenang




Assalamualaikum w.b.t

Bila sedih & rindu, hati menjadi sebak, seolah2 jantung bagai nak jatuh ke bumi. Begitulah setiap hari yang dilalui untuk menghadapi ujian ini berterusan selagi nyawa dikandung badan. Hanya dengan istigfar & mengingat Allah swt sajalah penawar untukku merawat rasa hiba itu. Hari ni, jiwa mungkin kembali tenang. Tetapi, hari esok siapalah yang tau. Kadangkala rindu itu datang berjua tanpaku pinta. Ternyata aku hanyalah manusia yang lemah dikurniakan dengan perasaan harfiah seorang manusia dijadikan Allah swt. Cuma kekuatan diri yang menjadi aras pengukur untukku mengawal perasaan sendiri & mencari Allah swt di setiap ketika. Hikmahnya, aku kini memang menjadi hamba yang bergantung & memerlukan Allah swt setiap detik. Alhamdulillah syukur jiwaku sentiasa ingin mencari2nya & mendekatinya. Benarlah, Allah swt menguji hambaNya kerna Dia menyanyangi hamba tersebut & aku adalah hamba yang beruntung itu. Takkan kulepaskan ruang yang telah diberikanNya ini. Moga diriku sentiasa dalam pandanganNya sampai ke akhir nyawaku.

Ku tahu, tiada siapa pun dapat membantuku, biarpun ingin aku bayar berapa juta sekalipun, takkan siapa pun dapat mengembalikan anakku Isyraf ke pangkuanku. Walaupun ku minta nyawa diganti nyawaku sekalipun, takkan ada siapa pun dapat menunaikannya. Sesungguhnya itulah bukti nyata agungnya kuasa Allah swt menentukan hidup & mati seseorang. Betapa kerdilnya kita semua manusia. Pernah juga aku bertanya pada hati, kenapalah hati aku yang lemah kerdil ini diuji sebesar ujian begini. Akhirnya, aku menemui jawapan melaui sebuah bait kata yg pernah kubaca mengatakan " Kalau kau bertanya pada Tuhan kenapa hati kau yg kerdil diuji dengan sebesar ujian sedangkan kau tidak sedar yang Tuhan telah jadikan kau sepasang mata yang kerdil, tapi kau bisa melihat pandangan seluas dunia". Baru ke tersentak dari permainan pasaan & hatiku sendiri. Astagfirullah......sesungguhnya aku buta dalam kekaburan mataku sendiri.

Akhirnya, aku ingin pulang padaMu jua ya Allah. Hanya dengan mengingatimu hatiku menjadi tenang. Rahmatilah diriku di sepanjang perjalananku yang masih berbaki ini. Amin ya rabbal alamin...



Doa ketika sebak & menghadapi masalah



Ertinya: Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad), Dant elah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu, Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu, Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain), Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

* Caranya :-
· Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan
Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada


Tuesday, July 12, 2011

Isyrin & pinky




Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang & penuh kerinduan buat anak mama Isyraf & Isyrin.

Tiba je malam, kadang2 tanpa bintang & bulan melihatkan diri, rindu mama pada Isyraf juga datang bagai menusuk jantung hati, sakitnya merobek bagai nak luruh isinya. Begitulah peritnya sebuah kerinduan yang tak berpenghujung ni. Dikala perasaan itu membelenggu diri, tiba2 ada satu lagi nyawa suci di dalam rahim mama menguis2 & menendang lembut sekeliling ruang rahim seakan menyedarkan mama Isyrin bersama mama di setiap keperitan & kesedihan yang mama lalui. Maha hebat kuasa Allah s.w.t mengurniakan Isyrin pada mama di saat mama memerlukan & meluahkan rasa kasih sayang yang masih tersisa ni. Sentuhan lembut Isyrin itulah kadang mengubati kesedihan & kerinduan ini. Terima kasih sayang menceriakan hidup mama walaupun kita masih lagi terpisah di alam berbeza. Hubungan itu sudah cukup bagi mama. Nak dibandingkan hubungan mama & Isyraf mungkin sudah tiada lagi di dunia ini. Hanya dunia akhirat saja bisa menemukan kami, itu pun kalau diizinkan Allah s.w.t.

Setiap detik mama lalui sepanjang mengandungkan Isyrin, setiap detik itu jugalah kenangan & memori sepanjang bernyawa bersama Isyraf menyelebungi diri mama. Apa yang perdengarkan lagu ataupun surah quran pada Isyraf ketika mengandung dulu, lagu & surah yang sama juga mama perdengarkan untuk Isyrin. Semuanya bagaikan sebuah REPLAY sebuah cerita. Untuk pengetahuan Isyrin, abang Isyrin yang manjanya mama panggil Isyraf seorang insan & anak yang menyenangkan & ceria selalu. Dia punya sebuah wajah yang sentiasa murah dengan senyuman, tengok sajalah koleksi gambar yang mama ada, banyaknya gambar dia tersenyum penuh kegembiraan. Harapnya, sikap & personaliti Isyrin nanti pun cmtula. Tiada pe lebih membahagiakan selain melihat anak2 mama gembira & bahagia dunia & akhirat.

Cukuplah dengan sesi luahan hati pilu mama tu. Sekarang mama nak tunjuk bende2 pinky yang mama da start beli sikit2 sempena nak sambut gegirl mama ni. Teruja jugakla sbb mama kan suka kaler pink. Baju2 Isyraf pun masih banyak dalam simpanan, dulu kalau beli pun, mne ley beli kaler pink untuk Isyraf, sekarang mama dah bebas nak beli apa saja kaler pink untuk Isyrin.



Ada cerita di sebalik baju gaun pink ni. Baju ni dibeli oleh makcik Isyrin, mkcik Jess sebelum mama tau jantina anak mama lagi. Katanya, dia nak gak beli baju ni sebab berkenan sangat. Katanya kalau mama dapat baby girl, simpanlah. Kalau dapat baby boy, dia suruh pulangkan balik dalam nada bergurau. Tapi jauh disudut hati mama ketika itu, mama dapat rasakan anak mama kali ni adalah baby girl & apa pun jantinanya mama tetap menerima dengan hati gembira.



Ni pulak koleksi rompers kaler2 universal samada untuk baby girl & baby pun yang mama beli sebelum dapat tau baby mama ni adalah girl.



Tau je baby girl. sesungguh hati semua barang nak ambil pink. Seronok sebab mama & Isyrin nanti sama2 perempuan, mesti sama2 suka pink kan???


Ni sarung tilam & bantal mama jahit sendiri pakai tangan tau untuk Isyrin sebabnya kat umah takde mesin jahit pun. Saja isi masa lapang mama dengan benda2 camni lah. Yang pasti, tetap kaler pink okay, hehe.


Oklah sayang, takat ini dulu khabar dari secebis kisah kehidupan mama. Nanti kita bercerita lagi di lain entry. Sayang anak mama Isyrin & Isyraf, muahhhsss......


Sunday, July 10, 2011

Isyrin in 3D version ;-)







Assalamulaikum w.b.t

Salam sayang buat anak mama Isyraf & Isyrin...

Seperti mama janjikan, kali ni mama nak tunjuk wajah kesayangan mama Isyrin ketika berusia 6 bulan di alam rahim mama. Hebat kan ciptaan Allah s.w.t, anak kecil comel kini membesar sihat & sempurna dalam rahim mama. Dengan 3d scan, mama dapat lihat dengan jelas susuk tubuh, jantina, & wajah polos Isyrin yang diciptakan Allah s.w.t. Rasa syahdu, gembira, terharu bagai bercampur baur tatkala sonographer tak semena2 memaparkan wajah Isyrin pada mama buat pertama kalinya. Perkara pertama yg terlintas di benak ketika melihat wajah itu hanya satu perkataan iaitu 'AYU'. Betapa ayunya wajah Isyrin pada pandangan mama, terpapar jelas wajah keperempuanan itu.

Mengikut sonographer tu, Isyrin berkembang dengan baik. berat ketika 24 minggu pun dah mencecah 683g, ditunjukkan perkembangan otak juga normal, tulang belakang, tulang kaki, tulang tangan & jantina untuk kepastian & sebetulnya telah mama pasti adalah perempuan & itulah Isyrin mama namakan. Posisi Isyrin ketika dalam keadaan terlangkup seperti sedang sujud, jadi sukar untuk sonographer tu untuk melihat paru2 & jantung Isyrin. Jadi, scan mesti diulang sekali lagi untuk next month. Jadinya, mama berpeluang menatap wajah anak mama sekali lagi ketika usia 7 bulan nanti. Happy & tak sabar rasanya, hehe.


Tulang belakang yang sudah terbentuk.



Kedudukan Isyrin yang memegang leher, so sweet....



Wajah ayu itu =)


Inilah detik2 terindah mama sebagai seorang ibu kepada Isyraf & juga Isyrin. Mama bersyukur pada Allah s.w.t kerna masih diberi peluang merasai nikmat yang tak terhingga ini. Walaupun Isyraf dah dibawa pergi ke alam lain & Isyrin pun kini masih lagi di alam lain. mama saban hari tetap bersyukur dengan apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kerna hikmah disebaliknya terlalu besar untuk mama sendiri mengerti. Sesungguhnya, kisah kehidupan ini masih belum berakhir & harapan mama Isyrin lah permulaan semula kehidupan indah buat mama & papa untuk kehidupan seterusnya, amin ya rabbal alamin.


Thursday, July 7, 2011

Happy 29th Anniversary untuk Mak Tok & Tok Wan



Assalamualaikum s.w.t semua,

Mulakan dengan senyuman & salam sayang buat anak mama Isyraf & Isyrin. Kali ni nak update entry sempena sambutan Anniversary Mak Tok & Tok wan Isyraf & Isyrin yang ke-29 3 julai lepas. Mereka ajak makan2 kat Kelab Shah Alam. Kat situla dulu mama & papa sambut majlis perkahwinan & banyak kenangan indah juga la. So, kite tengok apa terjadi di hari kejadian, hehe.

Sebelom makan2 :-)


Ambil tempat duduk masing2. Perut mama dah beso, maknanya anak mama mesti chubby kan kt dalam tu....hehe.







Mama & Papa


Papa beromantika dengan mak tok.


Dah nak balik sebab semua dah kenyang.


So, lepas semua dah kenyang, aktiviti seterusnya adalah menghabiskan masa kat pesta buku kat convec shah alam pulak ramai2 sebab that day dah last day. Mama & papa bukan jenis kaki buku sangat pun, tapi takpelah pergi cuci mata & luang masa bersama derang semua. Tapi, lastly mama beli gak satu magazine persediaan melangkah ke alam baru, cite2 sal hal pregnant la. Bolehla...itu mama suke la baca. Kite tengok cane gelagat mama & papa disnap gambo on that day k.

Ada benda menarik ke tu??? Hemmmm.....


Orang lain datang cari buku, mama & papa datang bergosip, muahahaha.


Oklah, itu sajelah nak cite pasal aktiviti terkini mama, lainnya takde pe, cuma rehat2 kat rumah, sabar menanti kehadiran Isyrin lagi 3 bulan ni. Nanti mama update gambo 3d scan yg lepas untuk next entry.