Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Friday, August 28, 2009

Jemputan Berbuka Puasa.


Hari ni, mama ngan papa serta keluarga mertua mama dijemput oleh makcik aton@qistina nurhanis merangkap mak sedare baby untuk berbuka puasa yg dianjurkan oleh syarikatnya.Syukur ahamdulilla.Sme makanan yg disediakan best2 belaka.Cara hidangan adalah buffet.Macam-mcm ade termasuk daging kambing paggang,satay,ABC,lauk-pauk menarik sampai mama pon tak tahu pe name masaknnye tp ade daging lembu,ikan,udang beso2 & ayam.Mama punyalah pulun amek sme jenis lauk sbb tak nak lepas peluang merasa makann yg jarang2 mama tgk ni.Nasinye pula mama amek sikit je.Lauk ngn salad aje yg lebih.Papa pulak geleng2 pale je tgk mama makn smbil perli2 mama mkn bnyak takpe sbb mkn tuk due org la katekan.Tgk papa makan ckit aje.Tak bnyak lauk yg papa amek.Cume daging ayam & udang 2 3 ketul.Tu pun siap pas kat mama pulak.Dah abis makn nasi & lauk, next pula mkn satay tp tak bnyak dah bole sumbat.Bukan ape, mama riso termuntah kat situ je.Tak pasal2 dapt malu depan orang ramai.Lastly,papa amekkan mama ABC.Lepas tu mama just gosok2 perut jela sebab kekenyangan.Alhamdulillah.

Monday, August 24, 2009

Mama Rindu Baby

Jam sudah pukul 1.22pg.Mama tak dpt tido lg sbb perut mama ngah sendat dgn mknn.Mama sahur awl hari ni sbb mama tak larat nak bgun kul 5 pg nnt.Banyak sgt mama mkn td.Mama mkn nasi minyak yg bkk pose nye td,murtabak,popia & taufu fa.Mama nk baby mama dpt nutrien & zat yg sepatutnye.Owh..mama lupe plak nk mkn suplemen vitamin,nnt nak tido mama pg mkn.Mlm ni mama tak taw nak tulis pe.Cume satu saje mama nk ckp.."Mama rindu baby sangat2".Dikala mama kesunyian mcm ni,baby la tempat mama luahkan isi hati mama.Mama harap baby mengerti pe jua luahan dr dlm hati mama.Mama taw baby ley dengar pe yg mama katekan walaupun hnya dr suara hati.Walauapepun dugaan yg mama lalui sepanjang kehamilan mama nih,mama nk baby terus tabah kt dlm tu.Smpai skng mama tabahkan diri & hidup mama demi baby.Mama nak selalu rs bahagia spye baby jg rs bahagia.Mama nk baby jd org yg kuat,tabah,tidak mudah putus asa & menganggap sme cabaran & dugaan itu sebagai sesuatu yg positif.Mama nak baby jd pemberi & pengganti kebahagiaan & keamanan untuk sme orang.Bile besar nnt,mama arap baby akan membahagiakn mama & sme org disisi baby yg menyayangi baby.Bile mama perdengarkan & bacakan surah yusuf untuk baby,mama hrp baby dpt menghayati keindahan bacaan al quran itu sendiri.Disebaliknya itu, tersirat pelbagai hikmah & kebaikan.Jadikanlah al quran itu pegangan & panduan baby sejak baby mula mendegarnya.Mama akan sentiasa cuba yg terbaik untuk baby dgn harapan baby akan menjadi khairunnas (sebaik-baik manusia).Amin.

Mama sayang baby :-*

Sunday, August 23, 2009

2 ramadhan


Alhamdulillah hari ni dah pon masuk hari ke-2 mama dpt menjalanai ibadah puasa.Semalam,mama & papa berbukak puasa dkt umah grandpa & grandma baby.Bnyak sgt mkann best2 kt sn.Alhamdulillah...dpt menikmati juadah tu sme.Rezeki baby jugak kan.Hari pertama puasa semalam mama takdela penat sgt.Same saje seperti mama puasa ketika belom mengandung dulu.Tp hari ke-2 hari ni agak penat sikit sebab hari ni mama masak special kat umah.Mama masakkan nasi minyak untuk juadah bukak puase.Mama jg ade buatkan kuih buah melaka.Takyah nak beli kat bazar dah.Jimatla skit..lagipun leyla makan bnyak2..Esok mama ta taw nk mask ape pulak.Mama tengah pikir2 lg nk mask pe tuk sahur nnt pulak...

Tuesday, August 18, 2009

Papa nyanyi untuk mama

Nih mama sje letak lgu yg papa nyanyi & petik getir di kale mama kebosanan.Walaupun xdela sesedap mane papa nyanyi,tp boleyla santai-santai dengar.Ms ni papa ngah demam lg..sore pon mcm nak kuo xnk kuo.Neway, thanxs ye pa nyanyikan lgu ni tuk mama yek.Len kali nyanyi lg ye.. ;-*

Klinik Kerajaan Menguji Kesabaran & Keimanan


Hari ini, mama de appointment chekup dgn doktor dkt klinik desa bukit naga.Pkul 8pgi tepat mama dah tercongok dkt klinik.Hari ni mama dpt turn ke 17.Mujurla..selalu mama asyik dpt turn 20 ke atas.Pagi td mama mmg dh berat nk pegi.Mama merengek2 kt papa ckp mama xnak pegi wat checkup smpai merayu2 kt papa.Bukan mama ske2 xnk pegi.tp setiap kali mama pegi,smpai 4jam mama tunggu bru smpai turn mama jumpe doktor.Bile dh jmpe doktor,bukan lame sgt pon.5 minit x sampai doktor tanye itu ini,pastu terus kuo.Tunggu bukan main lame lg.Cmne kesabaran mama tak tercabar.Mama bukan boley duduk lame2..lenguh bontot & pinggang mama nih.Tp,papa pujuk2 gak mama suh pegi.Kata papa,takpela..pegi ajela.Mama bukan buat pe pun kt umah.Papa suh mama pegi buang masa kt sne.Tp jiwe mama tertekan..mmglah tak bagus mama bersikap mcmni dlm keadaan mama yg mengandung ni.Nnt efek dkt baby dlm perut pula.Wlaucmnepun, mama cube tabahkan hati untuk pegi juge ke klinik dgn penuh kesabaran.Kesabaran tu adalah segale2nye.Baby kene tau..islam itu adalh kesabaran & keikhlasan.Bile baby dh besar nnt,mama harp baby ade sifat sabar dlm diri.Bile ade kesabaran, hidup baby akan terus terbimbing.Ingat pesan mama ni.Hari ni jgk mama diberi suntikan ATT(Anti Tetanus Toxoid) pertama.Kate nurse,kesan suntikan nih efek skitla pd bdn spt lenguh2 & adekala ley menyebabkan demam.Takpela,mama akan hadapi tu sme demi kebaikan baby mama.Tp..dugaan terus dtg hari ni apabila ujian urin mama disahkan kotor.Selalu tak mcm ni.Mama pon tak tau kenape.Tp kate nurse tu,mgkin mama tak minum bnyak air arini.So, doktor terus suruh mama pegi buat UFEME kat klinik kesihatan Ibu Anak Klang plak.Itulah tempat yg paling mama tak nak pegi.Dgn jam yg teruk,tambah2 tengahari panas terik..mmg dugaan betul.Tp,mama lega bile nurse ckp mama ley wat UFEME kt klinik swasta terdekat je.So,mama terus pegi klinik kat kota kemuning.Dan resultnye akan tau 2 3 hari lagi.Alhamdulillah..smenye dah setel.Balik je umah mama terus makn sbb lapo & penat sgt.Dah la mama tak kol bgtau papa lagi psl hal ni.Takpela,tunggu papa blik dr keje jela.Taknak papa risau pula.Akhirnya mama dpt berehat dgn tenang hari ni hingga next chekup mama :)

Thursday, August 13, 2009

Selamat Datang Bulan Ramadhan Penuh Keberkatan


22/08 ni,kire2 seminggu lg dah nak masuk ke bulan ramadhan yg mulia.Tahun ni mama berpuasa sambil mengandungkan anak mama.Untung anak mama dpt menikmati sekali mcmne nikmatnye berpuase.Walaupun thun ni, mama puasa dlm keadaan pregnant,mama tetap nak berpuasa penuh mcm biase sbb nye mama dh bace artikel2 tertentu yg mengatakan tiada halangan untuk mama berpuasa walaupun mama pregnant.Lgpun mama tiada penyakit berisiko tinggi yg boley membahayekan baby sekiranye mama puasa.Malah ia lg baik untuk diet mama yg mempunyai darah tinggi ni.Harap2..bulan puasa nanti,keadaan tekanan darah mama sentiasa stabil.Kat bawah ni mama letak skli info berguna tentang puasa waktu hamil(sumber drp http://permatahati.wordpress.com) :-

Mitos anak kelaparan dalam kandungan, terpaksa makan berganda wajar diketepikan.

BANYAK mitos yang didengari mengenai ibu hamil dan amalan berpuasa. Ramai percaya, ibu hamil perlu makan kerana takut anak dalam kandungan kelaparan terutama yang masih pada peringkat awal kehamilan. Malah, ibu hamil juga dikatakan perlu makan untuk dua orang (ibu dan anak
dalam kandungan) menjadikan kuantiti pemakanan ditambah dua kali ganda. Justeru, puasa tidak digalakkan sama sekali.

Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Fatimah Arshad, berkata meskipun anggapan berkenaan sudah sebati dengan masyarakat hari ini, kajian menunjukkan mitos berkenaan salah sama sekali.

“Tiada halangan yang menyekat ibu hamil untuk berpuasa. Tidak kira pada awal kandungan atau pada peringkat akhir kehamilan. Asalkan ibu berkenaan sihat tanpa penyakit kronik yang membahayakan kesihatan, mereka boleh berpuasa seperti orang lain. Dalam Islam dibolehkan
mereka tidak berpuasa sekiranya memudaratkan kesihatan ibu atau anak,” katanya.

Puasa yang memudaratkan ibu hamil ialah apabila kandungan gula dalam darah menurun. Namun dalam kebanyakan kes penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya, puasa adalah sebaik-baik langkah mengurangkan risiko yang dihadapi.

“Lazimnya, ibu yang sihat tanpa risiko boleh berpuasa. Bagaimanapun, amalan berpuasa sebenarnya adalah jalan terbaik untuk merancang diet terutama mereka yang menghidap penyakit seperti diabetis atau darah tinggi. Waktu makan lebih teratur dan tidak berselang seli dengan makanan yang tidak diperlukan. Misalnya waktu sahur sama dengan waktu
sarapan dan makan malam, makan tengah hari adalah sama dengan waktu berbuka puasa dan moreh pula sama dengan snek.

“Jadi, aturan ini secara tidak langsung menyekat ibu hamil daripada makan berlebihan yang menyebabkan kandungan gula di dalam darah meningkat. Ini kerana ibu hamil mudah mengalami peningkatan gula dalam darah,” katanya.

Fatimah menasihatkan ibu hamil supaya bijak merancang pengambilan makanan dengan mengatur keperluan khasiat dan zat pemakanan. Perancangan itu menjamin ibu hamil memperoleh semua zat yang diperlukan janin dalam kuantiti diperlukan saja.

“Ibu hamil perlu memastikan berat mereka tidak bertambah secara berlebihan ketika hamil. Anggaran peningkatan hanya sekadar 1 kg setiap bulan iaitu jumlah maksimum sebanyak 9 kg saja. Pertambahan berat badan lebih daripada 10 kg hanya menyebabkan ibu berisiko
mengalami kandungan gula bertambah dan tekanan darah tinggi. Justeru, perancangan menu amat penting bagi memastikan ibu dan bayi terus sihat,” katanya.

Kalsium adalah zat paling penting untuk pembentukan tulang janin. Bagi mendapatkannya, ibu perlu minum dua gelas susu skim (tanpa lemak) setiap hari iaitu pada waktu sahur dan berbuka.

Jika ibu mengalami diabetis, amalkan minum susu dan buah-buahan berserat tinggi seperti betik, epal, tembikai atau oren. Jangan makan buah-buahan manis. Pemanis mulut seperti bubur kekacang dapat melawaskan penghadaman.

“Selepas terawih, minum minuman bersusu seperti susu bersama oat, emping jagung, kacang kuda atau tauhu sumbat. Elakkan makan nasi secara berlebihan iaitu tidak lebih 3/4 cawan kerana nasi mengandungi gula. Kalau boleh gunakan beras perang atau beras basmati.

“Memilih spageti lebih baik berbanding mi atau bihun biasa. Lauk seperti sup sayur satu mangkuk, lebihkan ikan atau ayam satu potong. Banyakkan minum air kosong berbanding air bergula,” katanya.

Ketika bersahur, ibu boleh mengambil sandwic tuna menggunakan roti berkalsium tinggi atau nasi yang dimakan bersama sayuran yang banyak. Bagi menambah darah, pastikan ibu makan hidangan mengandungi zat besi. Ia boleh diperoleh dengan memakan organ ayam atau lembu seperti hati sekali seminggu.

Memakan sayur hijau dapat membantu menyerap zat besi dengan lebih berkesan, manakala ayam dan daging juga boleh membina sel darah merah. “Bulan puasa menjadikan ibu lebih peka dengan pengambilan hidangan sihat mengandungi pelbagai nutrien yang mengikut semua keperluan
seperti terkandung dalam piramid pemakanan. Malah, menu terancang menjadikan bayi lebih sihat. Ibu hamil juga perlu bersenam walaupun pada bulan puasa. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan sembahyang terawih.

“Sebelah petang banyakkan berehat untuk menyimpan tenaga. Apa yang penting, waktu berbuka jangan makan berlebihan kerana ia menyebabkan tubuh cepat letih dan menjadikan kita mengantuk. Pengambilan makanan tambahan sebenarnya tidak menjamin khasiat diperlukan tubuh mampu diserap sepenuhnya oleh tubuh. Jika tidak boleh minum susu, gantikan dengan dadih yang kini boleh didapati dalam pelbagai perisa,” katanya.


Pemeriksaan Bulanan

Tengah survey2 artikel ttg info kehamilan kat internet,mama jumpe satu info tentang pemeriksaan bulanan (sumber drp http://permatahati.wordpress.com), so mama letakla kat blog nih supaya mama ley take alert ttg pemeriksaan kandungan mama pd ms yg perlu mama pegi ke klinik untuk buat rutin chekup.Selain itu, leyla tambah pengetahuan apa tujuan serta sebab mama kene sentiasa pegi buat chekup walaupun mama selalu mls nk pergi buat chekup.Skng dh tau kepentingan buat chekup,mama kene sentiasa beringat la.Sape2 yg mengandung pun mesti kene lalui rutin ini jgk kalau nk anak dlm kandungan and diri sendiri sentiasa dlm keadaan sihat walafiat.
Kat bawah ini adalah info-infonya :-

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan memeriksa uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20. Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

  • Air kencing
  • Tekanan darah
  • Berat badan
  • Ujian darah (diambil dari vena pada lengan ibu)
  • Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

  • Air kencing
  • Tekanan darah
  • Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.


Wednesday, August 12, 2009

New Item Added


Dah beberapa hari mama tak update blog nih.Nak kate bz,takdela sgt.Mungkin coverage internet mslh ckit, so mama tadek mood sgt nak surf internet.Hari ni pun coverage tak bape ok,tapi sbb tak tau nak buat ape sgt,mama sabar2kan diri jugakla update blog baby nih.Hujung minggu arituh, mama de keluar jln2 ngn kak jessie.Die temankan mama pegi Klinik Lourdes check blood pressure mama.After that,die bawakla mama mkn2 kat sek 7 restoran Ani sup.Mama order nasi ayam.S,e kak Jess yg belanje.Time kasih ye kak Jess.Hari tuh kami keluar berdue.Kire2nye same2 ngah membujang.Abg Fez kak jess outstation ke pahang ats urusan penting.Papa baby pulak mama tinggalkan kt umah sbb mama saje nak suh die tolong mama buat keje umah.Nanti ade mase,mama nk ajak papa mkn kat situ pulak.Tapi kene tunggu papa freela.Skang papa sibuk keje,yela nak cari rezeki untuk kesenangan mama & baby jugak.Lepas makan2,kak Jess ajak pulak mama gi Giant,katenye sne baranag2 baby murah2.Boleh dikatekan murah jugakla.Lepas survey beberapa barang,Kak Jess belanja anak mama lagi kali ini.Kali ini,Kak Jess belikan stocking cute,botol susu & bengkung perut untuk anak mama nih.Yg paling mama ske sgt tgk adalah stocking mickey mouse tuh.Kecik & cute sgt2...rse mcm dh tak sabar mama nak pegang kaki anak mama yg kecik comel nnt.Kak Jess jgk belikan mama magazine Pa&Ma keluaran ogos,katenye mama kene bace mag tuh sbb kat dalm tuh bnyak info contoh cmne nak bedung baby & keluaran ogos ni pun bnyak fokuskan tentang maklumat penyusuan baby.Bolehlah mama tambahkan pengetahuan & isi masa lapang ngn membaca kat umah nnt.

Monday, August 3, 2009

Nasi Ayam Sempoi From Mama


Hari ini, mama tak tau la nk mkn ape.Dh msuk tghari mama belom jugk msk sbb mama mcm takde selere nk mkn.Kesian anak mama kt dlm perot ni, mesti dh lapar sgt2.Pk pnye pk mama terase nk mkn ayam.Mama pon tak terer sgt nk wat nsi ayam.So, mama cari2 resepei nasi ayam kat internet.Pas tuh, mam msk la sesempoi-semponye ikt cr mama.Yela, mama tak suke resipi yg rumit2.Penat nk mask lame2.Dlm ms sejam mama dh siap mask nasi ayam & bancuh air sirap limau.Pastu mama ajk pakcik mael mkn skli sbb die keje shift mlm,siang die adela temnkan mama.Papa pulak msih kt tempt keje.Mama tak sabo tunggu papa blik keje nak suh die rse masakan mama nih.Alhamdulillah, mama berselera la jugak mkn nsi ayam masakn mama nih.So anak mama kt dlm perot ni takdela lapr lg kan....

Sunday, August 2, 2009

Cuaca Panas & Ais Cendol


Hari ni cuaca panas sgt, duk rumah mmg tak selsesa.Tambah2 hari minggu mcm ni.Papa pulak selalu je haus.Jap2 minum air.Last2 mama ngn papa tak thn sgt pans cmni, tmbah2 ngn mama yg tgh pregnant ni, suhu badan pon pans je manjang.Papa pon ajak mama pegi mkn cendol dkt tepi tesco extra.Sampai sn, mama order laksa utara ngn ais cendol.Nampk sedap pulak laksa utara tuh sbb kuah die nmpak pekat.Lepas tu mama ngn papa mknla kt bwh pokok.Suasana kt ctu redup jek,takla pans sgt.Rs cm romantik plak mkn bwh pokok.Tingat ms zmn mama ngn papa bercinte dulu2.Papa pon pnh bwk mama kat situ.Tp kesian kt papa, mama bedal die punye ais cendol.Yela, mama mne cukup mkn stu jek.Baby pon nk mkn jugak kan?Tp takpela, mama taw papa tak ske bnde pelik2 mcm cendol nih.Die sje2 jek nk ajak mama mkn cendol tuh sbb papa boring duk umah tu sbb panas sgt.Nanti, mama nak papa pasgkan aircond plak kat umah.Nnt baby pon selesa duk kt umah.Dah kenyang sgt2, mama ngn papa blikla umah utk berehatEsok papa dah keje...mama sorang2 la plak kat umah...mesti boring ni....sabar ajela.