Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Saturday, September 18, 2010

Raya 2010 with Isyraf

Mama pakai kebaya tahun ni walaupun body masih tak slim2, Isyraf berbaju melayu & papa berbaju melayu special from his wardrobe...hihihi

Sambutan raya tahun ni Isyraf dah pun lahir ke dunia. Tahun lepas beraya dengan Isyraf masih dalm perut. Tahun ni sebelum masuk puasa lagi mama ngn papa dah excited carikan Isyraf baju raya siap2. Pertama sekali tentu cari baju melayu siap dengan kopiah. Tema kaler tentulah merah, nak samekan ngan kaler baju melayu merah papa yg tersimpan kat dlm almari yg 2 3 thn lepas punye. Kate papa, takmola buat baju melayu lagi tahun ni sebab banyak kt dlm almari tak pakai pun. Body papa Isyraf lak mantain jek, so baju 2 3 thn lepas punye pun masih muat elok jek. Untung kan? Jadi, mama ngan Isyraf pon kenalah cari baju kaler merah jugak. Dah abis cite pasal baju raya, cite pulak pasal sambutan raya pertama kat umah mane lak. Umah maktok kt Shah Alam ke umah tok ma kat Terengganu. Ikutkan hati mama nak sambut kat kampung mama kat Terengganu, tapi tak adillah bagi papa pulak sebab tahun lepas dah sambut kat kampung mama.

Mama posing sayang2 dengan Isyraf di pagi lebaran.

Selamat Pengantin Baru buat Tengku Khairul Anuar & Salmiah
Moga-moga cepat dapat baby cute cam anak akooo... Isyraf. Ngeh3

Lagipun tahun ni, adik lelaki mama no.2 nak bernikah pada raya ke-7 & sambut menantu raya ke-9. Raya pertama kita sambut kat umah maktok Shah Alam sari. Raya ke-2 terus gerak balik Jerteh,Terengganu sampai raya ke-9. Hepi jugak dapat balik lama2. Semua orang kat sana rindukan Isyraf lama tak jumpa. Tapi, untuk makluman ketika blog ini ditulis, esok kita dah pun nak bertolak pulang ke Shah Alam dah la Isyraf..uhuhuhu. Isyraf pulak ngamuk2 lagi malam ni takmo tadi nangis2 sampai melelh airmata tataw pesal & nak pe. Jenuhla papa kena layan..dahla kul 12.35 dah ni, esok papa nak drive jauh nak bangun awal. Skang masih nak kena jaga Isyraf, layan Isyraf main2...cuma mama je bernasib baik dapat jap berblog ni..ngeh3. Curi2 tulang ckit. Lagipun, papa rajin tidokan Isyraf time kat cni, maklumla papa tengah bercuti betul2, time ni la nak layan Isyraf betul2. Betul tak??

Mama Terjaga Dari lena kerana Isyraf

Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dgn story di bawah, cuma nak tunjuk je skang Isyraf dah mampu duduk sendiri =)

Sekarang jam menunjukkan pukul 6 pagi. Hairan penuh ajaib la kalau time ni mama dah bangun tak tentu pasal kecuali sebab Isyraf. Actually, dari kul 4.30pg td lagi mama dah dibangunkan. Isyraf tiba2 nangis kuat2 tak tentu pasal. Mimpi ngeri la kot, siang banyak sangat main ngan pakcik2 Isyraf smentara masih kat kampung cuti beraya ni. Wek...wek..Isyraf nangis. Mama tepuk2...mama dodoi2...pun takmo benti nangis. Papa pon terbangun jugak tolong mama dodoikan Isyraf. Takmo jugak benti nangis. Mungkin Isyraf nak susu...mama ngan lemah lembut je gtaw papa yg mungkin Isyraf nak susu sbb mama dlm mode bodek nak suh papa gi dapo watkan susu Isyraf sebabnya mama takut nak gi dapo umah mak mama (tokma Isyraf) ni. Daponya jauh kat belakang jalan penuh berliku nak pegi.Ngeri, Mujur papa pegi buat susu Isyraf tanpa banyak soal. At last Isyraf benti nangis..isap susu & sambung tido. Yang tak sambung2 tido lagi mama ni sebab dah jadi tak ngantuk..pe lagi update blog la yg dah lama tak berupdate ni. Latest progress pic tumbesaran Isyraf