Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Wednesday, September 28, 2011

Selamat Hari Lahir ke-24, Papa



Assalamualaikum wbt...

28 September 2011, hari ni genap usia papa Isyraf & Isyrin menghuni dunia fana ni selama 24 tahun. Syukur pada Allah swt papa masih lagi sihat & masih lagi bernafas di bumi ini untuk terus berkongsi hidup menemani hidup mama menempuh jalan yang penuh liku ini. Walaupun tanpa kehadiran Isyraf, mama & papa tetap bersyukur seadanya. Bersyukur dengan rahmat & rezeki yang masih Allah swt kurniakan ini. Yang jelas, mama & papa tidak sabar menanti kelahiran Isyrin yang tinggal seminggu lebih je lagi. Dengan berkat & doa di hari kelahiran papa ni, mama mengharapkan yang terbaik dari Allah swt. Semoga jalan hidup kita sekeluarga terus mendapat berkat & rahmat dari Nya. Amin.

Gambar sambutan makan2 sempena birthday papa tempohari. Celebrate awal ckit sbb 28 sept jatuh hari rabu, hari keje, seme orang tak free pulak. Makan2 ni kat umah tok wan & mak tok Isyraf & Isyrin. Hidangan istimewa hari tu dimasak khas oleh auntie Jess yg terlebih rajin tu & mak tok. Tq alls...


















Thursday, September 22, 2011

35 minggu kehamilan




Assalamualaikum wbt..

Minggu ni mama dah berada di 35 minggu usia kehamilan. Ape yang menarik di minggu 35 minggu ni ialah: -

# Berat baby sepatutnya dah around 2.7 kg, last ma scan 17 sept aritu berat Isyrin dah 2.3kg, sekarang mungkin dah dekat 2.7kg le kot. Biasanya, time ni berat baby akan bertambah lebih kurang setengah pound setiap minggu. Panjang CRL pulak kira2 47cm..baby Isyrin mama tak pasti la pulak. Nak tilik gambo scan pun rekodnye sume ade dkt doktor, mama rasa smenye takde masalah.

Sumber : Babycenter


# Memandangkan berat baby pun dah menambah & membesar, time ni baby dah kurang sedikit pergerakan sebab space dalam rahim dah semakin sempit.

# Paru-paru baby juga dah cukup matang ketika ini & kalau dilahirkan time ni baby 90% ley survive untuk meneruskan kehidupan.

# Deria pendengaran baby juga sudah sempurna terbentuk & baby boleh dengar & respon pada suara mama jika mama sentiasa berinteraksi dengan baby. Baby juga dah boleh menggenggam tangan, boleh pusing kepala & membuat tindakan refleks. So, boleyla selalu menyembang & dengarkan ayat2 quran pada baby untuk ketenangan mama & baby itu sendiri.

# Kebanyakan baby masa ni pusing kepala kebawah & dah masuk ruang pelvik mama tanda dah bersedia untuk keluar dunia tak lama lagi. Biasanya, mama akan rasa sakit & lenguh pada celah kelangkang, rasa senak pada ari2 bila baby bergerak, rasa seperti nak terkencing. kadang2, terjadi juga braxton hicks yang agak menyakitkan cuma datangnya tidak menentu & selang masa yang tak teratur.

# lain-lain yang mama alami adalah semalam keluar lendir banyak gila dari vagina, ingatkan lendir tanda nak beranak dah. tapi lepas google, rupenya lendir tu adalah Leukorrhea, vaginal discharge yang normal di saat akhir kehamilan. Ianye seakan keputihan tapi selagi tak berwarna & tak berbau & menyakitkan, ia consider sebagai normal coz di saat akhir kehamilan, mukus yang menutupi pintu rahim akan semakin menipis sebagai persediaan untuk melahirkan baby. Ia juga dipengaruhi oleh hormon ibu yang mengandung & pengaliran darah yang banyak pada vagina ketika kehamilan. So, itulah info yang mama dapat & paham. Noted. So, takde pe la yang nak dirisaukan.

You may notice an increase in vaginal discharge. This is common during the last few weeks of pregnancy. If you notice mucous tinged with blood, also called a bloody show, this may be a sign that labor is starting -justmommies.com-


# Semalam ade google jugak pasal kes mama yang mengandung baru 34 minggu, tapi bile buat vaginal examination (VE) dah terbukak 2cm. Risau jugak masih panjang masa nak tunggu 38 minggu, kan terbukak lagi cepat camna. Banyak yang mama baca pengalaman ibu2, ade juga kes cam mama, ade yang sampai dah terbukak 3cm masa 30 minggu, yg awal lagi pun ade. Tapi, at last derang ade juga yang bersalin terlebih due. So, open serviks (OS) yang berlaku awal tu tak mempengaruhi sangat cepat ke tak bersalin. Yang penting, banyakkan rehat & jangan terlalu lasak la. Kan tak pasal2 terus terbukak jadi 10cm...hehe

This month you will have doctor appointments every week. Chances are, your doctor will give you one or two internal exams to check your cervix for thinning, softening, effacement, and/or dilation. FYI, sometimes dilation can be misleading. You can be two or three centimeters dilated, but not have the baby for weeks. On the other hand, you can be ½ inch dilated and go into labor the next day. Lesson being, don’t put too much stock into the internal exams. - smartmomma.com-




Takdir & Kebetulan

Link

Assalamualaikum wbt...



Hari ni dah 3 hari mama beru saja discharge dari Hospital Sungai Buloh (HSB). Baru je sehari sebelum tu mama duk mengomel pasal plan nak pergi beranak kat spital tu dalam entry Persediaan untuk 35 minggu. Hospital?? . Hari tu, dari petang lagi mama dah rasa loya sangat campur dengan tak larat sakit pale masa entry tu ditulis. Ingat bila dah maghrib hilanglah. Tapi bertambah rasa pelik & lain macam. Mama checkla BP, tu dia tinggi dari biasa hingga cecah 150/104 terus. Jadi, mama baring & rehat la dulu kejap nak tengok turun tak sikit sebab selalunye mama buat camtu, BP tu reda la sikit. Tapi check punye check taknak jugak turun. Pe lagi, mama dah naik risau sebab tak pernah rasa teruk camni. Terus ajak papa pegi HSB time tu jugak. Ikut plan nak pergi masa 38 minggu kan, nah sekarang juga Allah dah titahkan mama pergi.

So, pergilah ke wad bersalin HSB terus dihantar oleh papa, auntie Jess, auntie Qis & maktok. Gigih derang nak nganto mama, nih mesti pikir mama dah kena beranak terus.
Dalam pukul 9mlm sampai kaunter dewan bersalin HSB, memang tak ramai orang, sampai je terus daftar. Jap je nurse panggil check urine, tukor kain pink spital, pastu kena baring kat bilik PAC tu yang ade 6 katil je, memang tak crowded, pesakit pun 2 3 orang je yang ade, jadi nurse letak ctg kat perut mama...check BP, memang tinggi lagi..lama jugak derang duk pantau BP, ambil sampel darah. Papa & derang sume masih kat luar tunggu. Susah takley bawa handphone lak nak inform kat derang. Maka lame jugalah derang tunggu kat luar tanpa khabar berita. Dekat 2 jam lebih, mama disuruh baring tuk observe BP, barulah papa dimaklumkan keadaan mama. Then, datang sorang doktor yang pakar, nak scan mama, katenya baby membesar elok, dah 2.3kg masa 34 minggu, tapi die putuskan nak inject dexa juga untuk mama incase terpaksa diberanakkan dalam masa tu. Mama pernah juga baca kat blog orang katenya sakit cucuk dexa tu..pelik jugak, takkanlah just cucuk jarum haluih tu pun sakit. Last2 bile mama kena sekali, baru tau kejungnye cane. Rupenya bukan jarum tu yg sakit, tapi bila ubat tu serap masuk dalam badan tu baru terasa sakit sampai takley nak bergerak. Dekat setengah jam jugakla menahan sakit. Dexa tu sebenarnye untuk mematangkan paru2 baby sekiranya baby terpaksa dilahirkan sebelum masanya.


Ni dah kat wad 6B kelas 2, katil no 2

Papa disuruh balik dulu sebab doktor nak pantau mama sampai tengahari esoknya sambil nak completekan dexa cucuk kali ke-2 dalam masa 12 jam. Malam tu, mama just baring jela kat PAC tu sampai pagi. Tak dapat tido pun dengan pesakit bertukar ganti datang sakit2 nak bersalin dah. Seram + simpati dengar mereka ni menjerit2 sakit. Mama nanti camtula..uhuhu
Esk pagi, tibe2 dtg lagi sorang doktor pakar, tibe2 cakap nak induce mama hari tu juga bila dengar history mama bersalinkan Isyraf dulu masa 36 minggu sebab darah tinggi. Dia risau kalau kes mama berulang. Mama dah cuak juga, tapi gembira juga kalau dapat jumpe Isyrin lebih awal. Dah tu, memang kena seluk la nak tengok bukaan serviks. Dah 2cm. Terkejut juga dah terbuka 2cm rupenya. Senang pulak. Takde rasa sakit & tak sedar langsung. Kalau Isyraf dulu, nak terbukak 2cm tu pun, sakitnye makan berhari2 wooo...alhamdulillah la kalau beranak kali ni dipermudahkan. Dah bincang2 balik ngan doktor, doktor nak hold dulu induce bila tengok berat baby masih dalam perimeter, doktor cakap nak bagi peluang kat baby membesar lagi kat dalam tummy mama, taknak jadi macam Isyraf lahir tak cukup bulan, nanti boleh mendatangkan pelbagai risiko bila baby keluar. Mama lega mendengar jika itu yang terbaik kata doktor. Mama pun nak anak mama lahir normal seperti anak orang lahir. Paling tak pun biarlah berat lahir Isyrin boleh cecah 2.5kg ke atas. Dengan tak jadi induce tu, mama diwadkan di wad 6B kelas 3 pada hari tu. Memang betul la kata orang selesa sangat wad ni walaupun just kelas ke 3. Ada 6 katil setiap ruang. Tak beza sangatlah dengan wad kelas 2. Memang puas hati la. Nurse & Doktor pun mesra & baik sangat. Petang tu pulak, derang pindahkan mama ke wad kelas 2 atas request doktor, tapi mama takkan dicaskan bayaran mengikut kelas 2 sebab itu adalah permintaan hospital memandangkan ade pesakit lain lagi yang lebih memerlukan wad kelas 3 untuk lebih dekat dengan pemerhatian doktor. Rezeki mama la dapat tido ekon malam tu..he3...Bahagia je mama duk spital, pulun tido je sebab penat kat PAC tak tido satu malam. Makan pun tak hengat walaupun makanan tawar heber..pulun je makan.


Pemandangan dari tingkap, nampak bukit bukau berkabus.


4 katil 1 bilik, tapi orang silih berganti keluar, nasib tak baik, duk la sensorang, seram. Baik duk kelas 3 je..lagi meriah...


Ni papa tengah tunggu mama dapat surat discharge. Gigih ye..thanxs pa susah2 je nunggu sampai ke petang.

Esoknye, hari ke-2, mama dah dibenarkan balik dah...aishhhh...cepat pulak eh doktor bagi balik..hehe. Takpela..sambung rehat kat umahlah pulak alang2 doktor taknak beranakkan mama lagi. Kesimpulannya, bil hospital tuk 2 malam, 2 hari kat sana cuma RM 44 sajo, murah gitu. Tapi, lega juga lah sebelum discharge doktor dah bagi appointment siap2 10 oktober nanti untuk datang semula ke wad bersalin untuk induce mama pada 38 minggu. Takyah dah mama pening2 nak minta diinduce on that day. Akhirnya, semua masih seperti dalam perancangan. Harapnya Allah swt sentiasa mempermudahkan jalan hidup mama sekeluarga sehingga hari tu tiba. Amin.

Saturday, September 17, 2011

Persediaan untuk 35 minggu. Hospital??





Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..sedar tak sedar, dah nak masuk 35 minggu usia kehamilan mama. Tak sangka, cepat juga rasa masa yang dah berlalu. Dulu, arwah Isyraf masa 36 minggu dah pun selamat lahir ke dunia. Mungkinkah Isyrin akan keluar awal juga untuk jumpa mama?? Wallahuallam. Hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui apa yang telah diaturkan untuk mama. 2 3 hari ini juga, hari mama pun agak sibuk sedikit untuk menguruskan pembelian rumah dengan segera memandangkan tuan rumah yang mama sewa selama 2 tahun telahpun memaklumkan bahawa untuk tahun ni kontrak tak dapat lagi disambung & tuan rumah tak lagi sewakan rumah ni kerana mereka perlukannya untuk kegunaan sendiri. Jadi, selewat2nya akhir Nov ni mama terpkasa juga keluar. Alang2 mama & papa memang bercadang untuk beli rumah sendiri dalam tempoh ni, terpkasa jugalah kami dapatkan juga sebuah rumah & mula proses segala benda supaya dapat masuk ke rumah sendiri secepat mungkin. Pening juga, pikir nak beranak lagi bila2 masa dari sekarang, nak pikir pindah rumah lagi. Mujur keluarga mama & papa sendiri banyak bagi sokongan & pertolongan untuk uruskan segala benda. Kata papa, mama tak perlu risau nak kemas barang ke ape ke, biar papa je yang wat semua...hehe. Lega sikit dengar. Ma & aboh mama yang datang dari Jerteh 2 3 hari lepas, dah pun bertolak balik ke Jerteh hari ni setelah datang ke sini untuk uruskan pembelian rumah mama & urusan pertukaran tempat mengajar adik ipar mama dari Sarawak ke Dungun, Terengganu. Harap usaha mereka semua dimakbulkan Allah SWT.

Ni set tilam baby hadiah dari aunty ida & uncle azlan ( adik mama & isterinya) bawa masa datang tempoh hari. Tq so much. Mereka ni minat sungguh kaler hijau. Kalau pegi umah derang, daripada langsir, sofa & dinding umah sume kaler hijau, sungguh sesuatu kan, ngeh3....


Bila semua dah pulang semula ke Jertih tu, mama sorang2 semula la kat rumah. Papa lak kerja la macam biasa. Kalau tak, 2 3 hari ni rumah kecil mama meriah dengan family mama yang datang bertandang ni. Tapi, takpelah dah memang begini lah normal kehidupan mama & papa selama ni. Kalaulah Isyrin dah ade nanti barulah rumah akan bertambah seri & kegembiraannya. Bercerita pula pasal persediaan beranak ni, kalau ikutkan plan mama & papa memang ingin bersalin di hospital swasta iaitu hospital umra since mama dah start checkup kat situ sejak awal mengandung dengan komplikasi darah tinggi ni. Tapi sejak 2 3 minggu lepas, mama tiba2 pula berubah fikiran & hati setelah pikir panjang & segala risiko. Hati mama rasa tak senang jika pape tak dikehendaki berlaku kalau beranak di swasta dengan masalah darah tinggi mama antaranya risiko dibedah, risiko anak lahir pramatang, risiko anak mempunyai masalah pernafasan, jaundis, jantung selepas saja lahir. Itu semua akhirnya akan membawa mama & baby ke hospital kerajaan juga. Malahan, masalah yang mama nyatakn tadi sekiranya berlaku di hospital swasta akan melibatkan kos tinggi juga. Daripada mama & papa spend duit yang melebihi kemampuan, baik mama gunakan duit tersebut untuk kegunaaan baby untuk akan datang. Tak gitu? Jadi, bila dah bincang dengan papa, dengan family papa & family mama sendiri, kami semua putuskan untuk pergi ke Hospital Sungai Buloh saja untuk bersalin. Dari review mama di internet, hospital juga banyak menerima komen positif. Pada mama, tak kisahlah selesa ke tak, layanan ok ke tak tu bukan masalah utama pada mama. Yang penting, kelengkapan hospital lengkap & mama selamat bersalin pun dah alhamdulillah. Cuma, masalah darah tinggi seperti mama ni, memang tak boleh tunggu due/ sakit semulajadi untuk bersalin baru ke hospital untuk bersalin. Mengikut doktor di umra, mama sepatutnya di induce ketika usia 38 minggu kehamilan. Kalau mama nak ke Hospital Sg Buloh (HSB) & tiba2 minta diinduce ofcourselah merekan takkan layan kot selagi keadaan mama tak kritikal. Itu yang mama tau. Kalau camtu, plan mama dalam lewat 35 minggu & nak memasuki ke 36 minggu nanti, mungkin sabtu/ ahad ni mama akan minta papa hantar mama terus ke dewan bersalin HSB, kira macam serah diri la terus & mama harap time tu bila ditanya kenapa mama ke situ, mama akan cuba cerita masalah & keadaan kesihatan mama yang lately memang tak stabil ni. Memang tekanan darah mama dalam seminggu dua ni selalu tak stabil walaupun mama mengambil ubat, 2 3 hari ni saja BP mama asyik cecah 140/100, mama pun naik risau. Mak mama pun asyik suruh mama pergi awal ke hospital. Kalau mama pergi ke HSB dengan tekanan darah macam tu, mama dah tau sah2 la mama akan ditahan wad terus & mungkin dipaksa bersalin dalam masa terdekat. Jadi begitu sajalah persediaan untuk mama bersalin dengan selamat di hospital kerajaan.


Dah siap sume prepare barang2 untuk tunggu ketibaan Isyrin. Oh, sungguh tak sabar rasanye.


Kalau perancangan berjalan lancar, tinggal seminggu je la lagi mama akan menyerah diri ke HSB. Beg hospital baby dah pun mama siap packing. Cuma beg hospital mama ajelah yang belum. Esok atau lusa mama mula start packing la. Wow...risau pun ade ni tak sangka akan melalui pengalaman bersalin kali ke-2 tak lama lagi. Dalam risau tu, rasa hati berbunga juga nak jumpa Isyrin ni. Teringin sangat nak peluk, nak cium, nak sayang dia macam Isyraf dulu. Moga Isyrin akan menjadi pengubat rindu & duka di hati mama & papa...

Beg hospital Isyrin, gunapakai balik beg Isyraf dulu. Sangat banyak kenangan indah with this bag....ermmmm

Untuk cerita ke dewan bersalin HSB nanti, mama berjaya ke tak di admit nanti akan mama update ye. Mana la tau kot2 pegi minggu depan tetiba lak BP ok, takkanlah HSB nak suka2 tahan mama kan...hehe. Pelik je, dulu paling taknak kena tahan wad, sekarang sengaja nak dimasukkan ke wad pulak. Sebenarnya, mama tak sabar dah nak bersalin awal, tak sabar nak jumpa puteri mama kat dalam tummy ni. Mama pun rasa cam naluri mama ni mengatakan yang Isyrin pun tak sabar nak keluar cepat, yela mama pun dah rasa cam kepala Isyrin dah memang betul2 ke bawah sangat, rasa mcam dah nak terkeluar, braxton hicks rasa makin kuat dan menyakitkan je. Entah2 jalan keluar dah terbukak beberapa cm, cuma mama tak sedar & tanda je yang takdekan. Siapa tahu kan? Anything can happen. So, sebelum pape, baik mama pegi hospital awal je. Kalau kena berkampung lama2 kat wad pun takpela, mama sanggup...demi anak mama Isyrin. Semoga selamat & dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT. Amin


Syawal Mulia @Raya 2011




Assalamualaikum wbt...

Momen yang terakam di hari raya 2011.



Mama & Papa to be for once again, alhamdulillah.



Us







With Pia



Satu keluarga dapat berkumpul bersama tahun ni, alhamdulillah.


Menantu-menantu pun dapat bersama juga, alhamdulillah.



Ma & Aboh paling terbaik di dunia ni untuk mama. Walaupun dihidupkan berapa kali pun atas dunia ni, mama tetap inginkan mereka berdua menjadi parents mama. Love them so much. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati mereka di dunia ni & di akhirat, amin.

Friday, September 2, 2011

Syawal & almost 33 weeks already



Assalamualaikum wbt...


Hari ni dah memasuki 4 syawal, mama ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali. Gambar raya tak pat nak upload lagi, de dalam kamera bapak mama kat kg. Tapi yang pasti raya tahun ni bagi mama biasa saje. Sekadar memenuhi syarat dengan berbaju baru, bersalaman & mengunjungi sedara mara. Tahun ni beraya kat kg mama di Jerteh, Terengganu. Meriah juga la umah mak bapak mama sebab tahun ni semua adik2 mama yg dah berkahwin & yang masih bujang semua balik kg. So penuhla rumah dengan adik beradik mama 9 orang ditambah 3 menantu mak & 1 orang cucu. Cumanya, jika Isyraf masih ada, tentu rumah bertambah ceria lagi. Tentunya Isyraf sekarang dah dapat berlari ke sana sini, dapat bercakap...emmmm...apakan daya, mama hanya mampu berharap Isyraf lebih berbahagia di alam sana...Tapi hari ni mama dah berada di Shah Alam, sejak hari raya ke 2 lagi dah bertolak balik ke Shah Alam sebab tahun ni papa tak pat cuti lama2 pulak. Raya ke 3 dah kena masuk keje. Terpaksalah mama ikut papa lik sini, temankan papa walaupun hati ni berat je nak stay lama lagi kt kg. Takpela...bolehla mama rehat2 & tenangkan fikiran untuk persediaan mental fizikal untuk bersalin pulak. Dah tak lame dah, skang usia kandungan mama dah nak masuk 33 minggu. Tinggal sebulan lebih je lagi...tak caye je rasa kejap je masa berlalu.


33 minggu kehamilan ( sumber : babycenter )



Minggu lepas checkup, BP mama agak tinggi & memang tak stabil. Memang cmtulah mama rasa sejak kandungan dah makin membesar ni, cepat rasa penat, sebak dada susah nak nafas, sakit belakang, sakit kepala. Average BP lak memang antara 130/90 - 140/100, memang not good la. Tapi takat ni, doktor masih suh pantau dulu BP dalam masa 10 hari ni. Kalau tak stabil juga, minggu depan chekup mungkin doktor nak tambahkan dos ubat lagi. Doktor nak mama ambil labetolol lak, tambahan ngn methyldopa yang mama amek skang 500mg 3x sehari. Fuhhh...macam banyak jugak ubat BP yg mama kena amek kan. Meh mama listkan ubat2 & vitamin pe yang jd makanan ruji mama sejak mengandung.

a ) Methyldopa 500mg, 3x sehari
b) Aspirin , brand casprin 100mg 1x sehari
c ) Asid Folic, 5mg, 1x sehari
d) Fish oil omega 3 , 1x sehari
e) Calcium tablet, 1x sehari
f) Eberett Folic, 1x sehari

Banyak kan? Rasanya nanti labetolol pulak akan masuk senarai...huhuhu. Takpela, badan mama & anak mama yang mama sedang kandung memang memerlukan tu semua buat masa ni. Kita sama2 memerlukannya sayang. Jadi mama & papa akan beri yang terbaik yang kami mampu supaya anak mama sihat. Keadaan mama di 33 minggu kehamilan ni ialah tubuh terlalu cepat sangat penat walaupun berjalan sikit. Braxton hicks pulak makin jelas terasa, bila datang je rasa agak sakit gak sampai menekan pundi kencing, sakit kat ari2 cam ditarik2, tulang pinggul pun rasa terkehel2 & kejang bila duduk lama2. Tapi rasanya semuanya masih normal kot sebab takde rasa sakit yang ketara & tiada sebarang tanda nak bersalin pun lagi.

Harapnya semua berjalan lancar sampai usia anak mama ni cecah 38 minggu & dapat lahir dengan selamat..amin...