Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Sunday, October 31, 2010

Birthday Party Isyraf


Dear Isyraf,


Hari ni genaplah umur anak mama berusia 1 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa cam baru semalam mama ngah sakit2 teran Isyraf kat labour room Hospital Sultanah Nur Zahirah & tepat pukul 4.30pm, maka lahirlah Isyraf ke dunia ini pada tanggal 31.10.2009 yang lepas. Masa tu berat lahir Israf hanyalah 1.96kg disebabkan komplikasi blood pressure mama, so terpaksalah mama lahirkan Isyraf secara paksa awal sebulan. Sakitnya tak payahlah mama nak ulang cerita, Isyraf boleh hayati sendiri dekat entri mama yg lepas2 menceritakan pengalaman melahirkan. Walaupapun, mama bahagia sekarang melihat anak mama membesar dengan sihat, hepi & sekarang telah mencapai berat hampir 12kg.

Tapi pada hari ni, pada harijadi Isyraf, Isyraf demam pulak. Dah masuk 3 hari, jap ok jap tak. Semalam mama & papa dah bawak Isyraf jumpa doktor, ingat nak injek untuk 1 tahun terus tapi doktor tak bagi pulak, katanya biar demam Isyraf reda dulu. Dan yang paling mama rasa takjub sangat bila pada hari jadi Isyraf ni, Allah kurniakan lagi besar hadiahnya apabila Isyraf tiba2 dah mampu berjalan sendiri dengan berani dah, tak seperti sebelum ni terkial2 & perlukan pimpinan. Habis harini satu rumah Isyraf pusing sampailah ke dapur, sampai depan pintu bilik air, siap ketuk2 pintu bilik air lagi tu, papa pulak kat dalam tengah mandi.Isk3. Nampaknya, mama kena makin aktifkan diri la nak kejor Isyraf merata2...herm~~~

Isyraf masih lagi demam ni, selsema & batuk pun tak hilang2 lagi, bagi je makan ubat & mnum susu, terus muntah balik. So, mama nak kena pantau Isyraf betul2 la malam ni. Papa pulak takde sebab keje shift malam. Papa tu pun tak berape sihat. Dah 2 3 malam tido asyik berlawan batuk je dengan Isyraf. Mane nak urut dada Isyraf lagi, nak urut dada papa lagi. Last2 mama tak tido2..asyik berjaga. pagi tadi pon mama bangunkan diri kul 5 pagi nak bagi Iysraf makan ubat ikut waktu, last2 mama tak bley nak sambung tido lik sebab lapor, pe lagi, pegi dapo buatlah nasi goreng siap2 & teh o panas. Makan2.. sambung jap tido lik..sebab besh je tengok Isyraf & papa tido.

Bila Isyraf dah bangun, mama terus wish " Selamat Hari Jadi cayunk, mama cayunk Isyraf sangat2..mama nak Isyraf jadi anak yang baik & dengar kata mama, muahshsh.." cium Isyraf beberapa kali. Sedap bau Isyraf bila bangun tido..wangi. He3.

Jom kita tengok kemeriahan majlis hari jadi Iysraf yang sederhana tapi meriah dengan kehadiran Tok Wan, Mak Tok, Pak usu Isyraf, Aunty Jess & Qis, Nenek Molly & Tok Ariffin & sepupu isyraf Uncle Imran.

Makan2


Main2 ngan Pakcik Imran

Isyraf geram tengok kek


Yang datang memeriahkan majlis Isyraf, thanks


Jom makan


Hadiah besdei dari Aunty Jess & Qis




Ni la family kecik kite Isyraf..ngeh3

Oklah Isyraf, majlis pon dah selamat & selesai semuanya. Family belah mama tak dapat datang sama2 meraikan majlis memandangkan TokMa & Tokki Isyraf kini berada di kota suci Mekah mengerjakan haji. Semoga mereka sihat & khusyuk mengerjakan ibadah di sana. Untuk Isyraf, ingat segala pesan mama, jadilah anak yang terbaik untuk mama & papa di dunia ini. Selamat Hari Jadi sayang.

Sekian, sayang Isyraf, muahsssss...

Saturday, October 30, 2010

Sehari lagi Isyraf dah One Years Old..

Isyraf yang suke sengih..


Dear Isyraf,

Pada ketika entry ini dikarang oleh mama, tinggal sehari saje lagi Isyraf akan memasuki alam 1 tahun. Sungguh tak sangka cepatnya masa berlalu, terasa baru semalam mama berhempas pulas menahan kesakitan demi melahirkan Isyraf ke dunia dengan jayanya. Tak ada apa yang mama harapkan, cuma sentiasa medoakan yang terbaik untuk Isyraf. Moga Isyraf terus membesr dengan sihat & menjadi anak yang tabah. Itu yang paling penting. Sempena Isyraf memasuki ke alam baru ni, mama & papa just celeberate sederhana saja, buat makan2 dengan family terdekat saja. InsyaAllah, nanti mama uploadkan gambo di next entry.

OTW nak pegi temankan mama shopink!

Hadiah besdei awl yg dapat drp mama & papa, special tu, banyak kegunannya.



Perkembangan Isyraf terkini :

1- Dah pandai & berani berjalan sendiri walaupun selalu jatuh & nangis kuat2 walaupun taklah sakit mana pon. Manje!

2- Dah pandai pegang & makan biskut sendiri , feveret: Biskut tiger


3- Dah pandai pegang cawan & minum sendiri, cawan plastik k


4- Dah pandai mengeluarkan celoteh2 yg sukar difahami.


5- Dah boley teman mama pergi shopping berdua dgn Isyraf, terutama shopping brg dapo, senang duk dlm trolley & tolak jek.


6- Dah pandai tepuk amai2 bile disuruh.


Itu sajalah kowt..hehe.


Jumpe lagi . Muahss



Wednesday, October 27, 2010

Isyraf transformation : Jalan2 Cari Makan

My boy Isyraf,

Mama asyik termiss je nak update blog Isyraf ni..tula..bukan nak cakap, tapi mama kene jugak gtaw sebab mama banyak sangat blog lain yang nak diupdate..blog mama punye online biz & blog melalut2. Tapi jangan cakap mama ketepikan blog Isyraf pulak, mama tetap simpansemua memori bersama Isyraf cantik2 dalam kotak memori mama. Semua nya mama boleh catitkan kembali kat blog ni tau walaupun banyak stroy dah ketinggalan.

Okla untuk tengok transformasi Isyraf ketika mama & papa bawa Iysraf jalan-jalan cari makan sejak mula Isyraf lahir sampai dah camne skang...jom kite tengok cmne ye..

* * * * * * * * *


Ni time Isyraf masih baby2 gitu & tataw guling2, pusing2, meragas sana sini lagi dis time. So keje Isyraf banyak tido la bila dah jenjalan. Kalau mama nak lepak makan, mama & papa selalu cari kedai makan yang ade kusi panjang kat atas tu. Senang kan? Tapi mama & papa cepat2 la makan abiskan makanan, takut Isyraf terbangun pulak.

Tapi, bile dah jumpe kusi camtu buatnya Isyraf tak tido & takmo baring, terpaksa mama & papa gilir2 pegang & gilir2 makan.

Location : Uncle Lim Kopitiam, Subang Parade

Location : Kenny Rogers Alam Sentral, S.A

Kadang2, mood Isyraf baik, boleh je biarkan Isyraf bersantai2 dalam Carseat serbaguna tu & boleylah mama & papa makan dengan bahagianya. Ni gambar ketika papa bawak mama makan satay Haji Samuri kat hentian Guthrie...

Location : KFC Federal Highway

Ni pulak mama dah ajo sikit2 Isyraf duk dalam kusi baby time pegi tempat makan. Tu pun Isyraf terkial2 nak duduk & menyandor, tu nampak mama letak handbag mama kat belakang Isyraf nak bagi Isyraf selesa. Handbag mama tu dah hilang kene curik..uhuhu, sedih tengok..Giler punye pencurik..( sowi termasuk citer len plak,hermm )

Location : Pak Li Kopitiam Ole2 18

Kat gambar bawah ni nak tunjuk ketika mama & papa bawak Isyraf teman mama & papa makan2 kat foodcourt Care4 bukit rimau masa Isyraf kecik2 & masa Isyraf dah beso2 (padahal kecik lagi tu,uhuks )

Mama pegang Isyraf, papa makan. Mama makan, papa pulak pegang Isyraf.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sekarang mama & papa makan same2...Isyraf pulak jadi tukang tengok jela yers. Dlm gmbo, Isyraf pakai baju len, suo len, tak mandi lg tuh, tetiba mama & papa kene g cri brg dapo, sme brg dapo dah abis, x pasan lak. Stoking kasut pun Isyraf tak pakai..mesti sejuk tu kan..hahaha


Ok. Sekian untuk this entry.. mama love u Isyraf muahs..



Thursday, October 7, 2010

Isyraf & Uncle Imran a.k.a bapa saudara


Hari minggu lepas bawa Isyraf pergi beraya rumah Uncle Imran iaitu bapa saudaranya sendiri. Tapi bapa saudara ni bapa saudara muda, cuma tua 6 bulan saja dari Isyraf. Tapi nanti sekolah duduk darjah sama je. Sama-sama amek UPSR, PMR & SPM.... Pakcik Isyraf ni namanya Arif Imran anak kepada pasangan Achik Molly & Pakcik Ariffin. Mereka tinggal kat Kota Serimas, Sepang.

Dulu mama penah bawak Isyraf sekali, tapi tak pasti umur Isyraf berapa that time. Tapi masa itu, Pakcik Imran tak boley berjalan & berlari sakan lagi macam sekarang. Isyraf pon masa tu cuma tau baring je. Tapi the latest datang ni Pakcik Imran dah lincah lari ke sana sini. Tak sabo mama nak tunggu Isyraf berjalan macam tu..




1st time datang melawat pakcik Imran yang beria-ia ajak Isyraf main sama tapi Isyraf tak tau pape lagi...siap buat taktau je kat pakcik kat sebelah...kesian pakcik Imran.


2nd time datang melawat Pakcik Imran...pakcik siap ajak main & offer mainan dia lagi kat Isyraf. Seronok dia Isyraf dah boleh diajak bermain. Isyraf pon bukan main lagi sampai 3 4 jam bertahan taknak tido demi nak main...seronok ye ada kawan.

Next time kita pegi melawat Pakcik Imran lagi ye....


Gelagat Isyraf Bila Nak TIDO

Isyraf memang terkenal dengan perangai susah nak tido & suka berjaga lewat malam. Bila mama nak tidokan Isyraf, mesti mengambil masa sampai satu jam buaikan Isyraf dalam buai, lepas tu baru elok Isyraf tido. Kalau buai tak cukup 1 jam, kadang2 Isyraf dengan selambanya celik mata balik & tak jadi tido. Kadang-kadang geram mama dibuatnya. Bukan tu sahaja, cabaran nak masukkan Isyraf ke dalam buai sekarang ni semenjak dua menjak Iysraf dah boleh bergerak ni memangla mencabar sangat. Dah letak dalam buai, mama nak hayun je buai, Isyraf boleh meniarap & pusing2 dalam buai. Lepas tu, mama dengan sabarnya baringkan Isyraf balik. Isyraf pusing lagi sampailah 3 4 kali macam tu sampai Isyraf penat sendiri. Dah penat..barulah Isyraf tertido....Yang paling bestnya, tak sampai setengah jam tido, Isyraf dah bangun dah...uhuhuhuhu...COBAAN.....


Pusing & meniarap sambil nangis tak puas hati


Buat muka tak bersalah je.....


Last2 tewas..& tertido jugak ye kamoooo....


Tak sampai setengah jam tido kamoo bangun dah eyh...


Orang tak layan, kamoo pandai keluorkan kaki comel tu sambil goyang2 kaki tu nak suh orang angkat eyh..isk3








Saturday, October 2, 2010

Testing bawa Isyraf jalan2 kat luar


Bila dah tau anak mama ni dah pandai nak bertatih, mama ajaklah papa jalan2 shopping complex ( ajak pegi SACC Mall je ) testing Isyraf berjalan sendiri. Tak payah susah2 pakai stroller & carrier dah. Sarungkan kasut yang dah lama mama belikan tu...pimpin tangan Isyraf & jalan sama-sama dengan papa & mama. Terkial-kial jugak. Lambatlah mama dengan papa jalan sebab terpaksa follow langkah kecil Isyraf. Tapi ingat2 balik, mama happy sangat sebab tak sangka dah dapat pimpin anak sendiri pegi jalan2. Nanti kalau Isyraf dah tau berlari, mesti taknak mama pimpin2 dah. Mesti nak lari sana sini jek kan??? Jom kita imbas camne mama bawak Isyraf daripada stroller..carrier & now pimpin Isyraf...............


Isyraf dalam stroller...yeye..Isyraf takley bangun..baring ajela diam2...


Ni bukan gambor mama yg galas sebab mama sakit pinggang nak galas Isyraf temok...papa jadi mangsanya....ngeh3

.
.
.
.
.
.
.
.

Ha...........ni la ceritanya...akhirnya mama bawak Isyraf jenjalan sambil pimpin tangan Isyraf..enjoyyyyyyyyyy

Gigih ye pegang tangan mama takut jatuh..tp muka penuh eksyen lagi tu. Isk3....



Biarkan Isyraf berdiri sorang2 menikmati pemandangan...



Papa pon nak merasa pimpin Isyraf..ngeh3

Isyraf mulakan langkah untuk dunia



Sekarang tinggal sebulan lagi Isyraf akan berumur genap setahun iaitu pada 31 oktober. Sedar tak sedar sekarang pun Isyraf dah mula nak bertatih. Cepat je rasa masa berlalu. Macam baru semalam meneran menahan sakit melahirkan Isyraf. Tapi...dalam pada itu panjang juga perjalanan Isyraf membesar dari terbaring 24 jam..mula meniarap...merangkak.. & sekarang mula nak bertatih.

Bila dah mula nak pandai berjalan ni, Isyraf dah taknak duduk diam dah. Duduk dalam walker pon dah taknak. Orang pegang pun dah taknak. Eksyen la katakan dah boleh paut kat mana2 bila nak bangun. Takpela..tu tandanya Isyraf tak suka bergantung pada orang lain. Mama hope so la...

Ni video sempat mama ambil time papa tengah gigih ajar Isyraf berjalan sendiri. Dapat gakla rakam walaupun sekejap je Isyraf jalan. Time Isyraf jalan lama-lama mama tak sempat tekan butang rekod nak rakam....