Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Thursday, August 25, 2011

Catatan rindu makcik pia buat Isyraf tersayang.





Assalamualaikum wbt.....


Sebenarnya untuk kali ni mama nak paparkan sebuah catatan rindu dari makcik Pia ( makcik su Isyraf ) buat Isyraf tersayang selepas pemergian Isyraf ke pangkuan ilahi. Mama terjumpa diari makcik Pia ni masa mama balik kampung bulan julai aritu. Mama saja kemas2 bilik, terjumpa satu diari mickey mouse, mama belekla selai2 nak tengok pela makcik pia tulis2 kt dalam (jahat je kan baca diari org,hehe ). Ala takpela..makcik Pia tu adik bongsu mama, bru je 10 tahun, tu mama acuh tak acuh je dengan selamba kelebet dairi dia. Helaian demi helaian belek, takde pe pun cuma banyak lirik2 lagu yang dia salin balik je. Biasalah makcik Pia ni, kadang2 duk sorang2 die suka berlakon, nyanyi depan2 cermin la...kdang2 berlakon konon2 jadi cekgu. Lawak kan makcik Pia ni..hehe. Then, mama terbelek helaian tengah2 terpandang taju besar " CINTAKU SAYANGKU ISRAF " (abaikan nama Isyraf yang tertinggal Y ejaannya tuh, isk3 ). Mama pun tertnya2 la, takkan tu pun tajuk lagu...takkan kot...so mama teruskan baca la.... & pe yg tercoret tu sungguh menyentap hati mama. Catatan itu tertulis seperti ini :-



Diari Mickey Mouse itu....




Helaian pertama.....sila maafkan kesalahan ejaan & bahasa..hehe. Janji keikhlasan rasa yang lahir itu lagi bermakna.....



Helaian ke-2...bertambah syahdu & pilu... =((




Helaian ke-3.......


Catatan terakhir yang mama jumpa.....



Pilu hati mama bila membacanya. Walaupun makcik Pia baru 10 tahun, dia rupanya terkesan juga dengan kehilangan Isyraf. Mama tak nampak pun dia nangis & tunjuk sedih gila depan mama. Sangka mama, dia masih budak2..tentu tak rasa sangat kot. Padahal mama salah, dia juga punye perasaan, lagi2 dia rapat sangat dengan Isyraf. Masa mama berpantang kat kampung dulu, diala banyak tolong mama jaga Isyraf, masa mak mama takde sebab lama kat hospital sakit. Yang de kat umah, dialah yang banyak tolong walaupun sekadar basuhkan botol & susukan Isyraf, jagekan Isyraf masa ma pegi mandi & makan. Bukan itu je, time bercuit kat kampung sebulan masa mak mama pergi haji, dia jugaklah banyak tolong mama jaga Isyraf sekejap ketika mama terlalu butuhkan rehat sekejap. Masa tu, Isyraf dah umu setahun ..dah aktif jalan sana sini..berat pun dah 10kg lebih..memang kadang2 penat jugak, makcik pia la orang yang paling tak jemu layan karenah Isyraf. Isyraf yang 10kg lebih tu dia nak jugak dukung ke hulu kehilir yg beratnya lebih separuh dari berat dia sendiri. Bley terkehel pinggang dia..dah mama cakap takyah dukungla sbb Isyraf dah pandai jalan, tapi demi sygkan Isyraf sangat, dia dukung jugak. Itulah makcik pia...kasih sayang suci dari hati yang suci pada satu lagi hati yang juga suci..hebatnya kasih sayang yang kau ciptakan ni ya Allah...




Inilah kenangan manis makcik pia & Isyraf. Kan betul cakap mama, makcik pia suka dukung Isyraf smpai bengkok2 bdn dia dbuatnya,...hehe.. Nanti bila Isyrin lahir, mesti makcik pia pun sayang Isyrin sama macam ni juga. Untung Isyrin ade makcik su yang penyayang macam ni tau.


Kepada makcik pia, kalau terbaca blog mama Isyraf & Isyrin ni, jangan marah ye kisah diari itu telah dibongkarkan di sini. Mama Isyraf Isyrin ni cumanya nak Isyrin baca & alami kisah2 indah mkcik pia ketika bersama Isyraf satu ketika dulu supaya kenangan itu tersimpan erat dalam kamar hati kita semua, insyaAllah..... Moga Allah terus tabahkan hati kita semua dalam menempuhi dugaan rindu ini sampai kita dipertemukan dengan Isyarf semula di alam sana, amin ya rabbal alamin.... wallahuallam......



Monday, August 22, 2011

Ramadhan & Syawal tahun ni tak sama lagi




Assalamualaikum wbt...

Hari ni dah masuk hari ke-22 umat islam menjalani ibadah puasa, baru la terasa ade mood nak update blog anak mama ni. Yela..tahun ni, ramadhan ke syawal ke dah tak sama lagi buat mama. Tanpa Isyraf, semuanya kian berbeza. Hari2 yang berlalu hanyalah pada tarikh & hari saja. Takde makna pape pun. Ramadhan kali ni pun, nasib mama tidak begitu baik untuk sama2 umat islam lain mengerjakan ibadah puasa. Dengan keadaan kesihatan yang tak menentu & bergantung pada ubat yg mesti diambil 3x sehari mengikut waktu. Atas faktor ini, mama terpaksa redha demi kesihatan diri & juga Isyrin yang mama kandung ni. Jadi tiadalah nikmat berpuasa untuk mama tahun ni. Walaupun begitu, sedikit kegembiraan mama dapat kongsi dengan papa bila bangun temankan papa bersahur sama2 & sama2 berbuka puasa dengan papa. Itu pun dah ok. Agaknya nanti bila mama nak gantikan puasa mama, bolehla ajak papa pulak temankan mama berpuasa..hehe..tak taulah papa tu nak ke tak..hemmm.

Oklah, raya pun tinggal beberapa hari je lagi. Mama & papa tak buat pape persediaan pun. Tak rasa pun nak raya, cuma ingin pulang ke kampung je menghabiskan masa cuti raya ni. Baju raya pun beli ala kadar je. Yela, kalau tahun lepas mama & papa lebih excited belikan Isyraf baju raya, baju melayu terutamanya. Rindu sangat dengan kenangan tu. Tahun ni takde papela yang nak diexcitedkan sangt. Ikutkan mama, mama lebih excited menunggu kedatangan Isyrin ke dunia ni yang tak lama lagi ni. Itu lebih menjadi keutamaan mama & papa. Mama & papa lebih nak pikirkan persediaan bersalin & kelengkapan Isyrin yang bakal lahir ni.

Minggu ni da masuk minggu ke-30 usia kandungan mama. Dah besar anak mama kat dalam ni. Hari2 mama rasa Isyrin pusing2 kat dalam perut ni. Ngilu & geli dibuatnya sampai mama kadang2 terkejut sorang2 dengan gerakan Isyrin yang macam2 ni. Latest 3d scan masa 29 minggu lepas, sonogrpaher tu gitau mama Isyrin happy kat dalam tummy mama ni sbb tummy ni luas, selesa macam big bungalow..tu macam2 pesen gaya Isyrin kat dalam tu...comel ye..kecil2 dah wat mama happy ye...Perkembangan Isyrin pun setakat ni masih mengikut schedule, berat masa 29 minggu tu dah mencecah 1.3kg...jantung & paru2 pun semua dalam keadaan normal. Cumanya kedudukan Isyrin ketika tu dalam keadaan songsang, risau jugak mama. Tapi kata sono tu takde pe yang perlu dirisaukan sebab masih terlalu awal, mungkin minggu seterusnya Isyrin akan berpusing sendiri. Memang betul juga katanye...kadang2 mama ley rasa kepala Isyrin kejap kat atas, esok lusa kat bawah lak. Agaknya, ruang kat dalam tummy ni masih banyak lagi kot..tapi harapnya da tiba masa bersalin nanti, Isyrin pusingla tau..lau tak sian mama kena czer lak..taknakla mama..hihihi...

Ni gambar 3d scan Isyrin @ 29 minggu :-





Wajah dah chubby skit tapi malu2 pulak tutup ngan jari runcing tu..hehe




Ni sonographer tu nak tunjuk Isyrin ada cukup 5 jari, sempurna, alhamdulillah.




Keadaan jantung...mama pun taktau cane nak tgk tapi kata doktor semua dalam keadaan normal, syukur alhamdulillah.



So, semuanya dalam keadaan baik cuma keadaan mama sajalah sekarang yang semakin cepat penat & mengah. Nak tido pun tak berapa selesa, nak kena cuba macam2 posisi baru la ley terlena. Selera makan pun dah ok sikit, mane taknya berat mama dah nak cecah 80kg ni, pe citer ni..uhuhuhu. Sabo jela kan..hihiihi. Tekanan darah sekarang pun kadang2 ok kadang2 tinggi jugak tapi kata doktor masih terkawal..lainnya tunggu masa la 8 oktober ni seperti yang doktor cadangkan untuk induce jika tiada pape masalah. Tak sabarnye...dah tak lame dah mama akan kembali berteman...moga2 selamat semuanya...insyaAllah.

Walaupapepun, mama ingin sampaikan salam ramadhan yang dah tak lame dah akan pergi ni, dan mengucapkan salam aidilfitri buat semua yang menyinggah membaca entry ni. Tak lupa juga pada anak syurga mama, Muhammad Faris Isyraf, moga Isyraf menjadi anak yang paling bahagia di alam sana. Sayang Isyraf & Isyrin selamanya...dikaulah nafas & nyawa mama.....

Wallahuallam....