Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Sunday, March 21, 2010

Isyraf dah nak masuk 5 bulan

Helo...Fuyyo...Dah lame la mama tak update blog Isyraf ni. Nak tau kenapa? Sebab mama bizi jaga Isyraf la. 24 jam mama berkepit ngan Isyraf jek. Tinggal Isyraf pun time mama nak mandi, nak sembahyang & nak beyak je taw. Tambah2, Isyraf lak tak suke kene tinggal sorang2. Mula la Isyraf merengek2, itu ketika mase baru lahir boleyla mama cakap Isyraf dengan perkataan merengek tapi sekarang Isyraf dah mula pandai menjerit. Perit telinga mama nak melayan sore nyaring Isyraf. Selain menjerit, memasuki usia 5 bulan ni, Isyraf dah mula pandai membebel2 dal bahasa yang mama sendiri tidak paham.. tetapi bebelan itu kemudiannya akan disertai dengan jeritan kemudian tangisan. Mama tak kisah dengan semua tu sebab mama sayang Isyraf sangat. Berpisah dengan Isyraf sekejap pun, mama mula dah tak senang duduk. Boleh jadi gila mama. Kat papa pun mama takde rindu sampai cmni sekali (harap papa tak jeles ye). Sebenarnya, banyak cerita yang mama tertinggal untuk diletakkan di blog ni. Tapi dengan bizi dan susah nak online di rumah kita yang luar coverage tu, jadi mama banyak terlepas kisah menarik tuk mama update. Tapi takpela...arini mama update dulu la ape yang sempat walaupun sekarang usia Isyraf dah nak menginjak ke 5 bulan. Untuk pengetahuan Isyraf jg, sekarang Isyraf masih belum pandai meniarap cuma pandai pusingkan badan je. Bila dah terpusing, Isyraf tak pandai nak angkat kepala yg berat tu, lalu Isyraf pun mula la menjerit & menangis. Mungkin Isyraf belum mahu menunjukkan kehebatan Isyraf lagi kot kat mama. Takpe, mama ngn papa akan sentiasa sabar menanti perkembangan Isyraf. Mama & papa bahagia melihat transformasi tumbesaran Isyraf . Kadang-kadang seperti melihat ulat beluncas yang jadi kepompong dan akhirnya keluar menjadi rama-rama. Isyraf sekarang dah pandai ketawa bila di agah. Bila mama membebel kat Isyraf, Isyraf senyum jek sampai mama pun tak jadi nak marah pada Isyraf. Tido malam Isyraf pon dah makin teratur takde sperti dulu lagi kerap berjaga malam sampai mama pun tak cukup tido. Mama juga dah belikan CD ABC untuk Isyraf mula belajar mengenal ABC. Isyraf suka dengar & tengok CD ABC tu bila mama pasang tapi tak lama la...bila dah masuk 2 kali mama ulang CD tu Isyraf mula la menjerit. Dah tau bosan eyh. Takpe, nanti mama & papa cari CD lain lagi. Emm..buat masa ni..itu ajela perkara menarik tentang Isyraf. Nanti mama sambung lagi eyh...Nih gambor Isyraf mandi, skang Isyraf dah tak nangis2 cm dulu da bila mandi. Isyraf siap landing rileks je dalam tub tuh. Jangan marah mama letak gambar seksi Isyraf ni....

Haa..ni plak gambo Isyraf yang mama cakap Isyraf belom pandai meniarap tapi cuma tau pusingkan badan je. Tapi takmo angkat kepala tu..last2 menangis sebab muka tersembam..
Ni plak aksi & gaya Isyraf tido skang..dah pandai tido mengiring ke kiri ke kanan. Bangun pagi je kaki Isyraf dah kat mulut mama....pe cerita?
Suka mama bila pertama kali tengok Isyraf dah mula pandai senyum ketawa bila mama berinteraksi ngan Isyraf. Dulu masa baru lahir, mama cakap apa pun no respon.Nak tau kenapa mama tunjuk gambar Isyraf dalm stroller ni? Masa ni, waktu malam je Isyraf suka berjaga, siang pulak suke nangis2. Tapi bila papa & mama bawak je Isyraf kuo jalan2, pastu balik baru elok je Isyraf tido sebab penat dah window shopping ngan mama. Rupanya anak mama suka berjalan tengok dunia luar.Ni pulak aktiviti Isyraf ngan mama kat umah bila Isyraf dah mula bosan & nangis2 je. Mama dudukkan Isyraf kat sofa & letak cik rabbit tu amek gambo cute Isyraf ni.