Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Thursday, October 7, 2010

Gelagat Isyraf Bila Nak TIDO

Isyraf memang terkenal dengan perangai susah nak tido & suka berjaga lewat malam. Bila mama nak tidokan Isyraf, mesti mengambil masa sampai satu jam buaikan Isyraf dalam buai, lepas tu baru elok Isyraf tido. Kalau buai tak cukup 1 jam, kadang2 Isyraf dengan selambanya celik mata balik & tak jadi tido. Kadang-kadang geram mama dibuatnya. Bukan tu sahaja, cabaran nak masukkan Isyraf ke dalam buai sekarang ni semenjak dua menjak Iysraf dah boleh bergerak ni memangla mencabar sangat. Dah letak dalam buai, mama nak hayun je buai, Isyraf boleh meniarap & pusing2 dalam buai. Lepas tu, mama dengan sabarnya baringkan Isyraf balik. Isyraf pusing lagi sampailah 3 4 kali macam tu sampai Isyraf penat sendiri. Dah penat..barulah Isyraf tertido....Yang paling bestnya, tak sampai setengah jam tido, Isyraf dah bangun dah...uhuhuhuhu...COBAAN.....


Pusing & meniarap sambil nangis tak puas hati


Buat muka tak bersalah je.....


Last2 tewas..& tertido jugak ye kamoooo....


Tak sampai setengah jam tido kamoo bangun dah eyh...


Orang tak layan, kamoo pandai keluorkan kaki comel tu sambil goyang2 kaki tu nak suh orang angkat eyh..isk3








Saturday, October 2, 2010

Testing bawa Isyraf jalan2 kat luar


Bila dah tau anak mama ni dah pandai nak bertatih, mama ajaklah papa jalan2 shopping complex ( ajak pegi SACC Mall je ) testing Isyraf berjalan sendiri. Tak payah susah2 pakai stroller & carrier dah. Sarungkan kasut yang dah lama mama belikan tu...pimpin tangan Isyraf & jalan sama-sama dengan papa & mama. Terkial-kial jugak. Lambatlah mama dengan papa jalan sebab terpaksa follow langkah kecil Isyraf. Tapi ingat2 balik, mama happy sangat sebab tak sangka dah dapat pimpin anak sendiri pegi jalan2. Nanti kalau Isyraf dah tau berlari, mesti taknak mama pimpin2 dah. Mesti nak lari sana sini jek kan??? Jom kita imbas camne mama bawak Isyraf daripada stroller..carrier & now pimpin Isyraf...............


Isyraf dalam stroller...yeye..Isyraf takley bangun..baring ajela diam2...


Ni bukan gambor mama yg galas sebab mama sakit pinggang nak galas Isyraf temok...papa jadi mangsanya....ngeh3

.
.
.
.
.
.
.
.

Ha...........ni la ceritanya...akhirnya mama bawak Isyraf jenjalan sambil pimpin tangan Isyraf..enjoyyyyyyyyyy

Gigih ye pegang tangan mama takut jatuh..tp muka penuh eksyen lagi tu. Isk3....



Biarkan Isyraf berdiri sorang2 menikmati pemandangan...



Papa pon nak merasa pimpin Isyraf..ngeh3

Isyraf mulakan langkah untuk dunia



Sekarang tinggal sebulan lagi Isyraf akan berumur genap setahun iaitu pada 31 oktober. Sedar tak sedar sekarang pun Isyraf dah mula nak bertatih. Cepat je rasa masa berlalu. Macam baru semalam meneran menahan sakit melahirkan Isyraf. Tapi...dalam pada itu panjang juga perjalanan Isyraf membesar dari terbaring 24 jam..mula meniarap...merangkak.. & sekarang mula nak bertatih.

Bila dah mula nak pandai berjalan ni, Isyraf dah taknak duduk diam dah. Duduk dalam walker pon dah taknak. Orang pegang pun dah taknak. Eksyen la katakan dah boleh paut kat mana2 bila nak bangun. Takpela..tu tandanya Isyraf tak suka bergantung pada orang lain. Mama hope so la...

Ni video sempat mama ambil time papa tengah gigih ajar Isyraf berjalan sendiri. Dapat gakla rakam walaupun sekejap je Isyraf jalan. Time Isyraf jalan lama-lama mama tak sempat tekan butang rekod nak rakam....

Saturday, September 18, 2010

Raya 2010 with Isyraf

Mama pakai kebaya tahun ni walaupun body masih tak slim2, Isyraf berbaju melayu & papa berbaju melayu special from his wardrobe...hihihi

Sambutan raya tahun ni Isyraf dah pun lahir ke dunia. Tahun lepas beraya dengan Isyraf masih dalm perut. Tahun ni sebelum masuk puasa lagi mama ngn papa dah excited carikan Isyraf baju raya siap2. Pertama sekali tentu cari baju melayu siap dengan kopiah. Tema kaler tentulah merah, nak samekan ngan kaler baju melayu merah papa yg tersimpan kat dlm almari yg 2 3 thn lepas punye. Kate papa, takmola buat baju melayu lagi tahun ni sebab banyak kt dlm almari tak pakai pun. Body papa Isyraf lak mantain jek, so baju 2 3 thn lepas punye pun masih muat elok jek. Untung kan? Jadi, mama ngan Isyraf pon kenalah cari baju kaler merah jugak. Dah abis cite pasal baju raya, cite pulak pasal sambutan raya pertama kat umah mane lak. Umah maktok kt Shah Alam ke umah tok ma kat Terengganu. Ikutkan hati mama nak sambut kat kampung mama kat Terengganu, tapi tak adillah bagi papa pulak sebab tahun lepas dah sambut kat kampung mama.

Mama posing sayang2 dengan Isyraf di pagi lebaran.

Selamat Pengantin Baru buat Tengku Khairul Anuar & Salmiah
Moga-moga cepat dapat baby cute cam anak akooo... Isyraf. Ngeh3

Lagipun tahun ni, adik lelaki mama no.2 nak bernikah pada raya ke-7 & sambut menantu raya ke-9. Raya pertama kita sambut kat umah maktok Shah Alam sari. Raya ke-2 terus gerak balik Jerteh,Terengganu sampai raya ke-9. Hepi jugak dapat balik lama2. Semua orang kat sana rindukan Isyraf lama tak jumpa. Tapi, untuk makluman ketika blog ini ditulis, esok kita dah pun nak bertolak pulang ke Shah Alam dah la Isyraf..uhuhuhu. Isyraf pulak ngamuk2 lagi malam ni takmo tadi nangis2 sampai melelh airmata tataw pesal & nak pe. Jenuhla papa kena layan..dahla kul 12.35 dah ni, esok papa nak drive jauh nak bangun awal. Skang masih nak kena jaga Isyraf, layan Isyraf main2...cuma mama je bernasib baik dapat jap berblog ni..ngeh3. Curi2 tulang ckit. Lagipun, papa rajin tidokan Isyraf time kat cni, maklumla papa tengah bercuti betul2, time ni la nak layan Isyraf betul2. Betul tak??

Mama Terjaga Dari lena kerana Isyraf

Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dgn story di bawah, cuma nak tunjuk je skang Isyraf dah mampu duduk sendiri =)

Sekarang jam menunjukkan pukul 6 pagi. Hairan penuh ajaib la kalau time ni mama dah bangun tak tentu pasal kecuali sebab Isyraf. Actually, dari kul 4.30pg td lagi mama dah dibangunkan. Isyraf tiba2 nangis kuat2 tak tentu pasal. Mimpi ngeri la kot, siang banyak sangat main ngan pakcik2 Isyraf smentara masih kat kampung cuti beraya ni. Wek...wek..Isyraf nangis. Mama tepuk2...mama dodoi2...pun takmo benti nangis. Papa pon terbangun jugak tolong mama dodoikan Isyraf. Takmo jugak benti nangis. Mungkin Isyraf nak susu...mama ngan lemah lembut je gtaw papa yg mungkin Isyraf nak susu sbb mama dlm mode bodek nak suh papa gi dapo watkan susu Isyraf sebabnya mama takut nak gi dapo umah mak mama (tokma Isyraf) ni. Daponya jauh kat belakang jalan penuh berliku nak pegi.Ngeri, Mujur papa pegi buat susu Isyraf tanpa banyak soal. At last Isyraf benti nangis..isap susu & sambung tido. Yang tak sambung2 tido lagi mama ni sebab dah jadi tak ngantuk..pe lagi update blog la yg dah lama tak berupdate ni. Latest progress pic tumbesaran Isyraf



Tuesday, August 24, 2010

Anak Mama Yang Cute!!!

Cute kan anak mama?? Boley ke puji anak sendiri? Macam poyo je kan.Hehe.Tak kisahlah.Yang penting mama rasa Isyraf memang cute sangat2.Lagi cute dari papa nya sendiri.Setiap saat & setiap detik walau kat mana pun mama berada mama selalu tgk gambar2 Isyraf kat phone mama & senyum sorang2.Mama selalu rindu kat Isyraf.Isyraf rindu mama tak?????

Tengok Isyraf mase ni dengan butang baju terbukak satu kat ats macam selekeh je..Uhuks...tapi mantain cute!!! Geramlahhh....mmmuahhh

Friday, August 13, 2010

Isyraf Dah Tumbuh Gigi

Dah lama mama tak update blog isyraf...sorry ye isyraf cayunk.Mama bz la dengan kegiatan di rumah menjaga Isyraf yang semakin membesar sihat & aktif ni.Sekarang Isyraf pon masuk 9 bulan.Gigi pun dah tumbuh dekat 6 batang, 4 batang gigi atas & 2 batang gigi bawah.Kalau dah tumbuh gigi tu, ada lah aktiviti terbaru Isyraf dengan gigi tu.Apa lagi kalau tak menggigit mama & papa.Hari-hari tangan,kaki,bahu,perut papa & mama Isyraf gigit.Bukan gigit main2, tapi gigit betul2 lak tu,sampai lebam2.Agaknya gusi Isyraf tu masih gatal2 dalam proses nak tumbuh gigi lagi.Takpela...janji tumbesaran Isyraf berjalan dengan baik.

Perkara lain yang berlaku pada Isyraf dalam proses nak membesar ni, bila nak masuk je ke bulan baru umur Isyraf, Isyraf pon mula buat perangai baru seperti mengamuk,tido lewat,bangun pun lewat,suka merengek tanpa sebab yang diketahui.Lepas tu,semuanya berlalu & Isyraf kembali normal kepada keadaan asal.

Sekarang Isyraf hanya pandai mengesot je...laju jugak.Abis satu ruang tamu umah Isyraf dah sapu ngan baju.Semua benda Isyraf nak men.Terpksa la mama simpan peralatan yang berbahaya yang ada.Kata orang Isyraf ni macam lambat je nak berjalan.Duduk pun Isyraf tak boleh lagi,merangkak pun tak boleh lagi.Tapi,mama bukan heran pun tu sume.Yang penting anak mama sihat & ceria selalu.Luve u so much!!