Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Saturday, October 30, 2010

Sehari lagi Isyraf dah One Years Old..

Isyraf yang suke sengih..


Dear Isyraf,

Pada ketika entry ini dikarang oleh mama, tinggal sehari saje lagi Isyraf akan memasuki alam 1 tahun. Sungguh tak sangka cepatnya masa berlalu, terasa baru semalam mama berhempas pulas menahan kesakitan demi melahirkan Isyraf ke dunia dengan jayanya. Tak ada apa yang mama harapkan, cuma sentiasa medoakan yang terbaik untuk Isyraf. Moga Isyraf terus membesr dengan sihat & menjadi anak yang tabah. Itu yang paling penting. Sempena Isyraf memasuki ke alam baru ni, mama & papa just celeberate sederhana saja, buat makan2 dengan family terdekat saja. InsyaAllah, nanti mama uploadkan gambo di next entry.

OTW nak pegi temankan mama shopink!

Hadiah besdei awl yg dapat drp mama & papa, special tu, banyak kegunannya.



Perkembangan Isyraf terkini :

1- Dah pandai & berani berjalan sendiri walaupun selalu jatuh & nangis kuat2 walaupun taklah sakit mana pon. Manje!

2- Dah pandai pegang & makan biskut sendiri , feveret: Biskut tiger


3- Dah pandai pegang cawan & minum sendiri, cawan plastik k


4- Dah pandai mengeluarkan celoteh2 yg sukar difahami.


5- Dah boley teman mama pergi shopping berdua dgn Isyraf, terutama shopping brg dapo, senang duk dlm trolley & tolak jek.


6- Dah pandai tepuk amai2 bile disuruh.


Itu sajalah kowt..hehe.


Jumpe lagi . Muahss



Wednesday, October 27, 2010

Isyraf transformation : Jalan2 Cari Makan

My boy Isyraf,

Mama asyik termiss je nak update blog Isyraf ni..tula..bukan nak cakap, tapi mama kene jugak gtaw sebab mama banyak sangat blog lain yang nak diupdate..blog mama punye online biz & blog melalut2. Tapi jangan cakap mama ketepikan blog Isyraf pulak, mama tetap simpansemua memori bersama Isyraf cantik2 dalam kotak memori mama. Semua nya mama boleh catitkan kembali kat blog ni tau walaupun banyak stroy dah ketinggalan.

Okla untuk tengok transformasi Isyraf ketika mama & papa bawa Iysraf jalan-jalan cari makan sejak mula Isyraf lahir sampai dah camne skang...jom kite tengok cmne ye..

* * * * * * * * *


Ni time Isyraf masih baby2 gitu & tataw guling2, pusing2, meragas sana sini lagi dis time. So keje Isyraf banyak tido la bila dah jenjalan. Kalau mama nak lepak makan, mama & papa selalu cari kedai makan yang ade kusi panjang kat atas tu. Senang kan? Tapi mama & papa cepat2 la makan abiskan makanan, takut Isyraf terbangun pulak.

Tapi, bile dah jumpe kusi camtu buatnya Isyraf tak tido & takmo baring, terpaksa mama & papa gilir2 pegang & gilir2 makan.

Location : Uncle Lim Kopitiam, Subang Parade

Location : Kenny Rogers Alam Sentral, S.A

Kadang2, mood Isyraf baik, boleh je biarkan Isyraf bersantai2 dalam Carseat serbaguna tu & boleylah mama & papa makan dengan bahagianya. Ni gambar ketika papa bawak mama makan satay Haji Samuri kat hentian Guthrie...

Location : KFC Federal Highway

Ni pulak mama dah ajo sikit2 Isyraf duk dalam kusi baby time pegi tempat makan. Tu pun Isyraf terkial2 nak duduk & menyandor, tu nampak mama letak handbag mama kat belakang Isyraf nak bagi Isyraf selesa. Handbag mama tu dah hilang kene curik..uhuhu, sedih tengok..Giler punye pencurik..( sowi termasuk citer len plak,hermm )

Location : Pak Li Kopitiam Ole2 18

Kat gambar bawah ni nak tunjuk ketika mama & papa bawak Isyraf teman mama & papa makan2 kat foodcourt Care4 bukit rimau masa Isyraf kecik2 & masa Isyraf dah beso2 (padahal kecik lagi tu,uhuks )

Mama pegang Isyraf, papa makan. Mama makan, papa pulak pegang Isyraf.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sekarang mama & papa makan same2...Isyraf pulak jadi tukang tengok jela yers. Dlm gmbo, Isyraf pakai baju len, suo len, tak mandi lg tuh, tetiba mama & papa kene g cri brg dapo, sme brg dapo dah abis, x pasan lak. Stoking kasut pun Isyraf tak pakai..mesti sejuk tu kan..hahaha


Ok. Sekian untuk this entry.. mama love u Isyraf muahs..



Thursday, October 7, 2010

Isyraf & Uncle Imran a.k.a bapa saudara


Hari minggu lepas bawa Isyraf pergi beraya rumah Uncle Imran iaitu bapa saudaranya sendiri. Tapi bapa saudara ni bapa saudara muda, cuma tua 6 bulan saja dari Isyraf. Tapi nanti sekolah duduk darjah sama je. Sama-sama amek UPSR, PMR & SPM.... Pakcik Isyraf ni namanya Arif Imran anak kepada pasangan Achik Molly & Pakcik Ariffin. Mereka tinggal kat Kota Serimas, Sepang.

Dulu mama penah bawak Isyraf sekali, tapi tak pasti umur Isyraf berapa that time. Tapi masa itu, Pakcik Imran tak boley berjalan & berlari sakan lagi macam sekarang. Isyraf pon masa tu cuma tau baring je. Tapi the latest datang ni Pakcik Imran dah lincah lari ke sana sini. Tak sabo mama nak tunggu Isyraf berjalan macam tu..




1st time datang melawat pakcik Imran yang beria-ia ajak Isyraf main sama tapi Isyraf tak tau pape lagi...siap buat taktau je kat pakcik kat sebelah...kesian pakcik Imran.


2nd time datang melawat Pakcik Imran...pakcik siap ajak main & offer mainan dia lagi kat Isyraf. Seronok dia Isyraf dah boleh diajak bermain. Isyraf pon bukan main lagi sampai 3 4 jam bertahan taknak tido demi nak main...seronok ye ada kawan.

Next time kita pegi melawat Pakcik Imran lagi ye....


Gelagat Isyraf Bila Nak TIDO

Isyraf memang terkenal dengan perangai susah nak tido & suka berjaga lewat malam. Bila mama nak tidokan Isyraf, mesti mengambil masa sampai satu jam buaikan Isyraf dalam buai, lepas tu baru elok Isyraf tido. Kalau buai tak cukup 1 jam, kadang2 Isyraf dengan selambanya celik mata balik & tak jadi tido. Kadang-kadang geram mama dibuatnya. Bukan tu sahaja, cabaran nak masukkan Isyraf ke dalam buai sekarang ni semenjak dua menjak Iysraf dah boleh bergerak ni memangla mencabar sangat. Dah letak dalam buai, mama nak hayun je buai, Isyraf boleh meniarap & pusing2 dalam buai. Lepas tu, mama dengan sabarnya baringkan Isyraf balik. Isyraf pusing lagi sampailah 3 4 kali macam tu sampai Isyraf penat sendiri. Dah penat..barulah Isyraf tertido....Yang paling bestnya, tak sampai setengah jam tido, Isyraf dah bangun dah...uhuhuhuhu...COBAAN.....


Pusing & meniarap sambil nangis tak puas hati


Buat muka tak bersalah je.....


Last2 tewas..& tertido jugak ye kamoooo....


Tak sampai setengah jam tido kamoo bangun dah eyh...


Orang tak layan, kamoo pandai keluorkan kaki comel tu sambil goyang2 kaki tu nak suh orang angkat eyh..isk3








Saturday, October 2, 2010

Testing bawa Isyraf jalan2 kat luar


Bila dah tau anak mama ni dah pandai nak bertatih, mama ajaklah papa jalan2 shopping complex ( ajak pegi SACC Mall je ) testing Isyraf berjalan sendiri. Tak payah susah2 pakai stroller & carrier dah. Sarungkan kasut yang dah lama mama belikan tu...pimpin tangan Isyraf & jalan sama-sama dengan papa & mama. Terkial-kial jugak. Lambatlah mama dengan papa jalan sebab terpaksa follow langkah kecil Isyraf. Tapi ingat2 balik, mama happy sangat sebab tak sangka dah dapat pimpin anak sendiri pegi jalan2. Nanti kalau Isyraf dah tau berlari, mesti taknak mama pimpin2 dah. Mesti nak lari sana sini jek kan??? Jom kita imbas camne mama bawak Isyraf daripada stroller..carrier & now pimpin Isyraf...............


Isyraf dalam stroller...yeye..Isyraf takley bangun..baring ajela diam2...


Ni bukan gambor mama yg galas sebab mama sakit pinggang nak galas Isyraf temok...papa jadi mangsanya....ngeh3

.
.
.
.
.
.
.
.

Ha...........ni la ceritanya...akhirnya mama bawak Isyraf jenjalan sambil pimpin tangan Isyraf..enjoyyyyyyyyyy

Gigih ye pegang tangan mama takut jatuh..tp muka penuh eksyen lagi tu. Isk3....



Biarkan Isyraf berdiri sorang2 menikmati pemandangan...



Papa pon nak merasa pimpin Isyraf..ngeh3

Isyraf mulakan langkah untuk dunia



Sekarang tinggal sebulan lagi Isyraf akan berumur genap setahun iaitu pada 31 oktober. Sedar tak sedar sekarang pun Isyraf dah mula nak bertatih. Cepat je rasa masa berlalu. Macam baru semalam meneran menahan sakit melahirkan Isyraf. Tapi...dalam pada itu panjang juga perjalanan Isyraf membesar dari terbaring 24 jam..mula meniarap...merangkak.. & sekarang mula nak bertatih.

Bila dah mula nak pandai berjalan ni, Isyraf dah taknak duduk diam dah. Duduk dalam walker pon dah taknak. Orang pegang pun dah taknak. Eksyen la katakan dah boleh paut kat mana2 bila nak bangun. Takpela..tu tandanya Isyraf tak suka bergantung pada orang lain. Mama hope so la...

Ni video sempat mama ambil time papa tengah gigih ajar Isyraf berjalan sendiri. Dapat gakla rakam walaupun sekejap je Isyraf jalan. Time Isyraf jalan lama-lama mama tak sempat tekan butang rekod nak rakam....

Saturday, September 18, 2010

Raya 2010 with Isyraf

Mama pakai kebaya tahun ni walaupun body masih tak slim2, Isyraf berbaju melayu & papa berbaju melayu special from his wardrobe...hihihi

Sambutan raya tahun ni Isyraf dah pun lahir ke dunia. Tahun lepas beraya dengan Isyraf masih dalm perut. Tahun ni sebelum masuk puasa lagi mama ngn papa dah excited carikan Isyraf baju raya siap2. Pertama sekali tentu cari baju melayu siap dengan kopiah. Tema kaler tentulah merah, nak samekan ngan kaler baju melayu merah papa yg tersimpan kat dlm almari yg 2 3 thn lepas punye. Kate papa, takmola buat baju melayu lagi tahun ni sebab banyak kt dlm almari tak pakai pun. Body papa Isyraf lak mantain jek, so baju 2 3 thn lepas punye pun masih muat elok jek. Untung kan? Jadi, mama ngan Isyraf pon kenalah cari baju kaler merah jugak. Dah abis cite pasal baju raya, cite pulak pasal sambutan raya pertama kat umah mane lak. Umah maktok kt Shah Alam ke umah tok ma kat Terengganu. Ikutkan hati mama nak sambut kat kampung mama kat Terengganu, tapi tak adillah bagi papa pulak sebab tahun lepas dah sambut kat kampung mama.

Mama posing sayang2 dengan Isyraf di pagi lebaran.

Selamat Pengantin Baru buat Tengku Khairul Anuar & Salmiah
Moga-moga cepat dapat baby cute cam anak akooo... Isyraf. Ngeh3

Lagipun tahun ni, adik lelaki mama no.2 nak bernikah pada raya ke-7 & sambut menantu raya ke-9. Raya pertama kita sambut kat umah maktok Shah Alam sari. Raya ke-2 terus gerak balik Jerteh,Terengganu sampai raya ke-9. Hepi jugak dapat balik lama2. Semua orang kat sana rindukan Isyraf lama tak jumpa. Tapi, untuk makluman ketika blog ini ditulis, esok kita dah pun nak bertolak pulang ke Shah Alam dah la Isyraf..uhuhuhu. Isyraf pulak ngamuk2 lagi malam ni takmo tadi nangis2 sampai melelh airmata tataw pesal & nak pe. Jenuhla papa kena layan..dahla kul 12.35 dah ni, esok papa nak drive jauh nak bangun awal. Skang masih nak kena jaga Isyraf, layan Isyraf main2...cuma mama je bernasib baik dapat jap berblog ni..ngeh3. Curi2 tulang ckit. Lagipun, papa rajin tidokan Isyraf time kat cni, maklumla papa tengah bercuti betul2, time ni la nak layan Isyraf betul2. Betul tak??