Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Thursday, August 13, 2009

Pemeriksaan Bulanan

Tengah survey2 artikel ttg info kehamilan kat internet,mama jumpe satu info tentang pemeriksaan bulanan (sumber drp http://permatahati.wordpress.com), so mama letakla kat blog nih supaya mama ley take alert ttg pemeriksaan kandungan mama pd ms yg perlu mama pegi ke klinik untuk buat rutin chekup.Selain itu, leyla tambah pengetahuan apa tujuan serta sebab mama kene sentiasa pegi buat chekup walaupun mama selalu mls nk pergi buat chekup.Skng dh tau kepentingan buat chekup,mama kene sentiasa beringat la.Sape2 yg mengandung pun mesti kene lalui rutin ini jgk kalau nk anak dlm kandungan and diri sendiri sentiasa dlm keadaan sihat walafiat.
Kat bawah ini adalah info-infonya :-

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan memeriksa uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20. Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

  • Air kencing
  • Tekanan darah
  • Berat badan
  • Ujian darah (diambil dari vena pada lengan ibu)
  • Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

  • Air kencing
  • Tekanan darah
  • Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.


2 comments:

  1. hi..thanks for info..mcm maria p je tiap2 bulan utk check up..

    ReplyDelete
  2. sy bkn tiap2 bulan..tp kengkadang 2minggu skali kene pegi jumpe doktor..penat jgkla

    ReplyDelete