Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Monday, November 1, 2010

Kenangan Bersama Isyraf

Dear Isyraf,

Hari ni mama ade terbelek gambo2 lame Isyraf, time Isyraf baru2 je lahir, tak silap mama Isyraf baru 2 bulan. Kecik sangat Isyraf that time. Cian mama tengok. Masa tu, mama & papa nak akikahkan Isyraf, perancangan nak buat majlis cukur jambul, tapi Tok Ma Isyraf that time jatuh sakit, kena serangan strok peringkat permulaan, dekat 2 minggu lebih Tok Ma Isyraf terlantar kat hospital. Sedey sangat sebab ni first time mama tengok Tok Ma Isyraf dalam keadaan sakit. Kalau tak, Tok Ma Isyraf tu seorang yang bersemangat, tabah & ceria selalu. Sampaikan raya haji tahun lepas pun Tok Ma Isyraf beraya kat hospital. Terpaksalah mama & papa uruskan semua perkara untuk akikahkan Isyraf. Papa cuma pergi tolong siangkan daging lembu, bawak balik, bahagi2 kat sedare mare & jiran tetangga, lebeynya sedikit mama masak sup bagi adik beradik mama makan. Tu jela termampu dibuat, tapi alhamdulillah perkara yang penting dahulu dapat juga dilaksanakan.


Papa penat potong daging lembu sampai tertido dengan Isyraf sekali.



Isyraf kena selalu ingat pengorbanan mama & papa tau. Jadi anak yang taat & setia. Jangan sesekali menderhakai orang tua Isyraf. Jika sekiranya Isyraf terlalai, bukaklah blog ni & baca segala luahan peristiwa hidup kita bersama.

Mama & Papa selalu sayang Isyraf dunia & akhirat.

Muahhhhssss.


No comments:

Post a Comment