Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Saturday, May 29, 2010

Isyraf before & after

Entry kali ni mama nak mengimbas kembali kisah di awal kelahiran Isyraf. Bile mama tengok balik gmbar2 Isyraf yang diambil bila Isyraf lahir je, hati mama tiba2 rasa sayu tengok wajah kecil Isyraf. Tubuh badan Isyraf kurus melidi..tak de isi tembam2 seperti baby normal lain ketika lahir.Berat lahir Isyraf pun hanya 1.96kg berbanding normal baby 2.5kg ke atas.Kesian mama tengok anak mama dengan muka yang cengkung, tangan tak de isi. Semua pakaian yang mama pakaikan pada Isyraf that time semua besar pada Isyraf. Sarung tangan pun longgar..berkali-kali tercabut dari pergelangan tangan Isyraf.


Pampers untuk newborn baby pun masih longgar pada Isyraf. Bila mama pangku Isyraf, ringan sangat.. seperti pangku sehelai kain je. Kadang2 mama pun risau bila nak angkat & mandikan Isyraf. Polos sangat pada pandangan mama. Tida malam pun mama tak lena, takut mengiring ke kiri atau ke kanan mama terpijak badan kecil Isyraf. Maca-macam kemungkinan bersarang di benak mama.Paling mama sedih sangat bila Isyraf terkena jaundis. Risau dan bimbang hanya Allah saja yang tahu. Doa mama & papa ketika itu tidak putus2 untuk terus melihat Isyraf sihat. Alhadulillah, semua itu sudah berlalu. Sekarang mama dah gembira melihat perkembangan Isyraf. Dari sebulan ke sebulan, berat badan Isyraf bertambah dengan seimbang. Sekarang, berat Isyraf dah pun mencapai 8.5kg. Wajah Isyraf pun dah tembam. Badan dan tangan Isyraf pun dah berisi. Mama suka tengok anak mama sihat dan ceria seperti sekarang. Moga kebahagiaan dan kesihatan Isyraf berkekalan sampai bila-bila.Amin.

No comments:

Post a Comment