Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Thursday, August 25, 2011

Catatan rindu makcik pia buat Isyraf tersayang.





Assalamualaikum wbt.....


Sebenarnya untuk kali ni mama nak paparkan sebuah catatan rindu dari makcik Pia ( makcik su Isyraf ) buat Isyraf tersayang selepas pemergian Isyraf ke pangkuan ilahi. Mama terjumpa diari makcik Pia ni masa mama balik kampung bulan julai aritu. Mama saja kemas2 bilik, terjumpa satu diari mickey mouse, mama belekla selai2 nak tengok pela makcik pia tulis2 kt dalam (jahat je kan baca diari org,hehe ). Ala takpela..makcik Pia tu adik bongsu mama, bru je 10 tahun, tu mama acuh tak acuh je dengan selamba kelebet dairi dia. Helaian demi helaian belek, takde pe pun cuma banyak lirik2 lagu yang dia salin balik je. Biasalah makcik Pia ni, kadang2 duk sorang2 die suka berlakon, nyanyi depan2 cermin la...kdang2 berlakon konon2 jadi cekgu. Lawak kan makcik Pia ni..hehe. Then, mama terbelek helaian tengah2 terpandang taju besar " CINTAKU SAYANGKU ISRAF " (abaikan nama Isyraf yang tertinggal Y ejaannya tuh, isk3 ). Mama pun tertnya2 la, takkan tu pun tajuk lagu...takkan kot...so mama teruskan baca la.... & pe yg tercoret tu sungguh menyentap hati mama. Catatan itu tertulis seperti ini :-



Diari Mickey Mouse itu....




Helaian pertama.....sila maafkan kesalahan ejaan & bahasa..hehe. Janji keikhlasan rasa yang lahir itu lagi bermakna.....



Helaian ke-2...bertambah syahdu & pilu... =((




Helaian ke-3.......


Catatan terakhir yang mama jumpa.....



Pilu hati mama bila membacanya. Walaupun makcik Pia baru 10 tahun, dia rupanya terkesan juga dengan kehilangan Isyraf. Mama tak nampak pun dia nangis & tunjuk sedih gila depan mama. Sangka mama, dia masih budak2..tentu tak rasa sangat kot. Padahal mama salah, dia juga punye perasaan, lagi2 dia rapat sangat dengan Isyraf. Masa mama berpantang kat kampung dulu, diala banyak tolong mama jaga Isyraf, masa mak mama takde sebab lama kat hospital sakit. Yang de kat umah, dialah yang banyak tolong walaupun sekadar basuhkan botol & susukan Isyraf, jagekan Isyraf masa ma pegi mandi & makan. Bukan itu je, time bercuit kat kampung sebulan masa mak mama pergi haji, dia jugaklah banyak tolong mama jaga Isyraf sekejap ketika mama terlalu butuhkan rehat sekejap. Masa tu, Isyraf dah umu setahun ..dah aktif jalan sana sini..berat pun dah 10kg lebih..memang kadang2 penat jugak, makcik pia la orang yang paling tak jemu layan karenah Isyraf. Isyraf yang 10kg lebih tu dia nak jugak dukung ke hulu kehilir yg beratnya lebih separuh dari berat dia sendiri. Bley terkehel pinggang dia..dah mama cakap takyah dukungla sbb Isyraf dah pandai jalan, tapi demi sygkan Isyraf sangat, dia dukung jugak. Itulah makcik pia...kasih sayang suci dari hati yang suci pada satu lagi hati yang juga suci..hebatnya kasih sayang yang kau ciptakan ni ya Allah...




Inilah kenangan manis makcik pia & Isyraf. Kan betul cakap mama, makcik pia suka dukung Isyraf smpai bengkok2 bdn dia dbuatnya,...hehe.. Nanti bila Isyrin lahir, mesti makcik pia pun sayang Isyrin sama macam ni juga. Untung Isyrin ade makcik su yang penyayang macam ni tau.


Kepada makcik pia, kalau terbaca blog mama Isyraf & Isyrin ni, jangan marah ye kisah diari itu telah dibongkarkan di sini. Mama Isyraf Isyrin ni cumanya nak Isyrin baca & alami kisah2 indah mkcik pia ketika bersama Isyraf satu ketika dulu supaya kenangan itu tersimpan erat dalam kamar hati kita semua, insyaAllah..... Moga Allah terus tabahkan hati kita semua dalam menempuhi dugaan rindu ini sampai kita dipertemukan dengan Isyarf semula di alam sana, amin ya rabbal alamin.... wallahuallam......



No comments:

Post a Comment