Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Tuesday, July 12, 2011

Isyrin & pinky




Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang & penuh kerinduan buat anak mama Isyraf & Isyrin.

Tiba je malam, kadang2 tanpa bintang & bulan melihatkan diri, rindu mama pada Isyraf juga datang bagai menusuk jantung hati, sakitnya merobek bagai nak luruh isinya. Begitulah peritnya sebuah kerinduan yang tak berpenghujung ni. Dikala perasaan itu membelenggu diri, tiba2 ada satu lagi nyawa suci di dalam rahim mama menguis2 & menendang lembut sekeliling ruang rahim seakan menyedarkan mama Isyrin bersama mama di setiap keperitan & kesedihan yang mama lalui. Maha hebat kuasa Allah s.w.t mengurniakan Isyrin pada mama di saat mama memerlukan & meluahkan rasa kasih sayang yang masih tersisa ni. Sentuhan lembut Isyrin itulah kadang mengubati kesedihan & kerinduan ini. Terima kasih sayang menceriakan hidup mama walaupun kita masih lagi terpisah di alam berbeza. Hubungan itu sudah cukup bagi mama. Nak dibandingkan hubungan mama & Isyraf mungkin sudah tiada lagi di dunia ini. Hanya dunia akhirat saja bisa menemukan kami, itu pun kalau diizinkan Allah s.w.t.

Setiap detik mama lalui sepanjang mengandungkan Isyrin, setiap detik itu jugalah kenangan & memori sepanjang bernyawa bersama Isyraf menyelebungi diri mama. Apa yang perdengarkan lagu ataupun surah quran pada Isyraf ketika mengandung dulu, lagu & surah yang sama juga mama perdengarkan untuk Isyrin. Semuanya bagaikan sebuah REPLAY sebuah cerita. Untuk pengetahuan Isyrin, abang Isyrin yang manjanya mama panggil Isyraf seorang insan & anak yang menyenangkan & ceria selalu. Dia punya sebuah wajah yang sentiasa murah dengan senyuman, tengok sajalah koleksi gambar yang mama ada, banyaknya gambar dia tersenyum penuh kegembiraan. Harapnya, sikap & personaliti Isyrin nanti pun cmtula. Tiada pe lebih membahagiakan selain melihat anak2 mama gembira & bahagia dunia & akhirat.

Cukuplah dengan sesi luahan hati pilu mama tu. Sekarang mama nak tunjuk bende2 pinky yang mama da start beli sikit2 sempena nak sambut gegirl mama ni. Teruja jugakla sbb mama kan suka kaler pink. Baju2 Isyraf pun masih banyak dalam simpanan, dulu kalau beli pun, mne ley beli kaler pink untuk Isyraf, sekarang mama dah bebas nak beli apa saja kaler pink untuk Isyrin.



Ada cerita di sebalik baju gaun pink ni. Baju ni dibeli oleh makcik Isyrin, mkcik Jess sebelum mama tau jantina anak mama lagi. Katanya, dia nak gak beli baju ni sebab berkenan sangat. Katanya kalau mama dapat baby girl, simpanlah. Kalau dapat baby boy, dia suruh pulangkan balik dalam nada bergurau. Tapi jauh disudut hati mama ketika itu, mama dapat rasakan anak mama kali ni adalah baby girl & apa pun jantinanya mama tetap menerima dengan hati gembira.



Ni pulak koleksi rompers kaler2 universal samada untuk baby girl & baby pun yang mama beli sebelum dapat tau baby mama ni adalah girl.



Tau je baby girl. sesungguh hati semua barang nak ambil pink. Seronok sebab mama & Isyrin nanti sama2 perempuan, mesti sama2 suka pink kan???


Ni sarung tilam & bantal mama jahit sendiri pakai tangan tau untuk Isyrin sebabnya kat umah takde mesin jahit pun. Saja isi masa lapang mama dengan benda2 camni lah. Yang pasti, tetap kaler pink okay, hehe.


Oklah sayang, takat ini dulu khabar dari secebis kisah kehidupan mama. Nanti kita bercerita lagi di lain entry. Sayang anak mama Isyrin & Isyraf, muahhhsss......


Sunday, July 10, 2011

Isyrin in 3D version ;-)







Assalamulaikum w.b.t

Salam sayang buat anak mama Isyraf & Isyrin...

Seperti mama janjikan, kali ni mama nak tunjuk wajah kesayangan mama Isyrin ketika berusia 6 bulan di alam rahim mama. Hebat kan ciptaan Allah s.w.t, anak kecil comel kini membesar sihat & sempurna dalam rahim mama. Dengan 3d scan, mama dapat lihat dengan jelas susuk tubuh, jantina, & wajah polos Isyrin yang diciptakan Allah s.w.t. Rasa syahdu, gembira, terharu bagai bercampur baur tatkala sonographer tak semena2 memaparkan wajah Isyrin pada mama buat pertama kalinya. Perkara pertama yg terlintas di benak ketika melihat wajah itu hanya satu perkataan iaitu 'AYU'. Betapa ayunya wajah Isyrin pada pandangan mama, terpapar jelas wajah keperempuanan itu.

Mengikut sonographer tu, Isyrin berkembang dengan baik. berat ketika 24 minggu pun dah mencecah 683g, ditunjukkan perkembangan otak juga normal, tulang belakang, tulang kaki, tulang tangan & jantina untuk kepastian & sebetulnya telah mama pasti adalah perempuan & itulah Isyrin mama namakan. Posisi Isyrin ketika dalam keadaan terlangkup seperti sedang sujud, jadi sukar untuk sonographer tu untuk melihat paru2 & jantung Isyrin. Jadi, scan mesti diulang sekali lagi untuk next month. Jadinya, mama berpeluang menatap wajah anak mama sekali lagi ketika usia 7 bulan nanti. Happy & tak sabar rasanya, hehe.


Tulang belakang yang sudah terbentuk.



Kedudukan Isyrin yang memegang leher, so sweet....



Wajah ayu itu =)


Inilah detik2 terindah mama sebagai seorang ibu kepada Isyraf & juga Isyrin. Mama bersyukur pada Allah s.w.t kerna masih diberi peluang merasai nikmat yang tak terhingga ini. Walaupun Isyraf dah dibawa pergi ke alam lain & Isyrin pun kini masih lagi di alam lain. mama saban hari tetap bersyukur dengan apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kerna hikmah disebaliknya terlalu besar untuk mama sendiri mengerti. Sesungguhnya, kisah kehidupan ini masih belum berakhir & harapan mama Isyrin lah permulaan semula kehidupan indah buat mama & papa untuk kehidupan seterusnya, amin ya rabbal alamin.


Thursday, July 7, 2011

Happy 29th Anniversary untuk Mak Tok & Tok Wan



Assalamualaikum s.w.t semua,

Mulakan dengan senyuman & salam sayang buat anak mama Isyraf & Isyrin. Kali ni nak update entry sempena sambutan Anniversary Mak Tok & Tok wan Isyraf & Isyrin yang ke-29 3 julai lepas. Mereka ajak makan2 kat Kelab Shah Alam. Kat situla dulu mama & papa sambut majlis perkahwinan & banyak kenangan indah juga la. So, kite tengok apa terjadi di hari kejadian, hehe.

Sebelom makan2 :-)


Ambil tempat duduk masing2. Perut mama dah beso, maknanya anak mama mesti chubby kan kt dalam tu....hehe.







Mama & Papa


Papa beromantika dengan mak tok.


Dah nak balik sebab semua dah kenyang.


So, lepas semua dah kenyang, aktiviti seterusnya adalah menghabiskan masa kat pesta buku kat convec shah alam pulak ramai2 sebab that day dah last day. Mama & papa bukan jenis kaki buku sangat pun, tapi takpelah pergi cuci mata & luang masa bersama derang semua. Tapi, lastly mama beli gak satu magazine persediaan melangkah ke alam baru, cite2 sal hal pregnant la. Bolehla...itu mama suke la baca. Kite tengok cane gelagat mama & papa disnap gambo on that day k.

Ada benda menarik ke tu??? Hemmmm.....


Orang lain datang cari buku, mama & papa datang bergosip, muahahaha.


Oklah, itu sajelah nak cite pasal aktiviti terkini mama, lainnya takde pe, cuma rehat2 kat rumah, sabar menanti kehadiran Isyrin lagi 3 bulan ni. Nanti mama update gambo 3d scan yg lepas untuk next entry.






Wednesday, June 29, 2011

Kampung & Majlis Ieda & Azlan





Asslamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kini sudah 6 bulan usia anak mama dalam kandungan. Ketika coretan ini, mama perdengarkan muzik klasik beethoven, terapi untuk anak mama yang mama & papa namakan Isyrin ni, agar Isyrin tenang dalam kandungan. Mama dapat rasakan tendangan & gerakan Isyrin kat dalam tu saat ini, mungkin itu respons. Senyum mama sorang2, seolah Isyrin sudah berada dalam pangkuan mama. Selain irama kalsikal, mama juga suka tenangkan diri & Isyrin dengan bacaan quran kesukaan mama dari bacaan Sheikh Mishary Al Afasy sebab sangat menyentuh jiwa. Mama tau Isyrin ketika ini sudah dapat mendengar & mula belajar dengan keadaan sekeliling. Sebab itu, mama berusaha dekatkan ikatan antara kita berdua. Siapa lagi nak temankan mama sepanjang masa selain Isyrin.

Happily husband & Wife


Awal Jun mama & papa balik kampung meraikan majlis perkahwinan adik mama Azlan & isterinya Ieda. So, di kesempatan ini, mama sentiasa doakan yang terbaik untuk kebahagiaan rumahtangga mereka. Tu pun, balik sekejap je sebab papa dah kena keje balik. Takpela, nanti bulan puasa mama plan nak balik kg lagi merasa berpuasa kat sana pulak.

Papa menikmati nasi minyak pengantin.


4 Julai ni mama ada temujanji lagi kat umra untuk buat detail scan Isyrin. Kate doktor scan tu scan 3d, untuk chechk pertumbuhan organ Isyrin dengan lebih jelas. Harapnya semua tiada masalah & Isyrin sihat walafiat la ye. Setakat ini, tekanan darah pun dah stabil dengan 500mg methyldopa 3x sehari, alhamdulillah. Harap semuanya berjalan lancar sehingga bersalin. Ni pun mama dah nak masuk trimester ke-3 dah, tinggal 3bln lagi nak mengalukan Isyrin ke dunia ni. Doktor pun dah tetapkan 8 Okt untuk indius mama, pada 38 minggu disebabkan mama ada masalah darah tinggi, so doktor hanya target sampai 38 minggu saja. Takpela, janji Isyrin selamat dilahirkan pon mama & papa dah bersyukur pada Allah S.W.T.

Mama @ 6months preggy with pengantin.

Tuesday, May 17, 2011

Pergi oleh Aizat - Perginya Isyraf dari hidup mama

We are ' like mother like son'



Dunia indah kita, moga kenangan indah ini kembali terealisasi di alam akhirat kelak.



Lirik ini banyak menceritakan tentang perasaan mama sejak kehilangan Isyraf...


Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi


* Nak berkata bagai tak terluah, nak menangis tak berair mata, nak bersedih rasa sudah tiada, hanya lirik lagu ini saja bagai mengerti akan sebuah kekosongan & kehilangan Isyraf dalam hidup mama. Doa mama tetap bersamamu sayang. Moga jodoh & ikatan kekeluargaan kita kembali bertaut di akhirat kelak. Amin.

4 bulan Isyraf pergi, 4 bulan juga adik Isyraf dalam kandungan

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang & rindu buat kedua-dua orang anak mama yang tercinta, Isyraf yang kini bahagia dalam pangkuan ilahi & anak mama yang kini berada dalam rahim, semoga membesar dengan sihat & bahagia selalu. Kini sudah 4 bulan lebih anak mama Isyraf telah meninggalkan mama & papa, rindu tak pernah berlalu pergi walau segagah manapun mama cuba hadapi. Pada mama, setiap hari yang berlalu tu seperti satu perjuangan untuk mama hadapi rasa rindu, sunyi, sepi, sedih bila teringatkan kenangan bersama Isyraf. Hanya Allah sajalah yang menadi sumber kekuatan hidup mama kini. Tiada sape yang dapat menyokong mama selain Allah S.W.T & mama memang memerlukan Allah di setiap perjalanan yang bakal mama tempuh ni.

Kini 4 bulan juga usia anak ke dua mama yang kini membesar dengan sihat dalam rahim mama. Mama syukur sangat anak mama ni tetap sihat walaupun mama hadapi pelbagai masalah kesihatan. Sekarang doktor dah pun mulakan ubat darah tinggi untuk mama iaitu methyldopa sebanyak 500mg, 3 kali sehari & aspirin memandangkan sebelum ini tekanan darah tinggi mama tak menunjukkan sebarang kemajuan. Semalam tergerak hati mama nak tanye jantina anak mama ni pada doktor & kate doktor mungkin baby girl. Betullah kalau ikutkan pada naluri mama selama ni yang kuat mengatakan Isyraf bakal dapat adik perempuan. Mama & papa tak kisah sangat girl ke boy, yang mama tau, doktor cakap anak mama ni membesar mengikut schedule. Alhamdulillah. Mama pun dah makin dapat merasa pergerakan anak mama dalam perut ni. Sebenarnye sejak 12 minggu lagi mama dah dapat rasa cuma tak kerap sangatla, sekarang baru dapat rasa betul2. Bahagia & buat mama tersenyum sorang2 bila anak mama bergerak2 dalam perut mama ni. Teringat2 ketika mengandungkan Isyraf dulu. Inilah kebahagiaan seorang ibu yang tak dapat diungkapkan hanya dengan kata2.

Ini sajalah stroy terbaru nak citer citer kat sini. Yang lainnya takde ape yang menarik sangat. kehidupan mama & papa sama saja setiap hari. Cuma bersabar menahan rindu pada Isyraf & bersabar menanti kelahiran adik Isyraf nanti. Semoga hidup kita semua sentiasa berbahagia & diberkati Allah S.W.T. Amin.








Ultrasound scan @ 17 weeks =)

Sunday, April 17, 2011

Tasik Kemuning & Isyraf dalam kenangan indah

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni kaki mama pertama kali menjejak tasik kemuning tanpa Isyraf. Kali terakhir pergi dulu bertemankan Isyraf. Banyak momen indah terakam di tasik itu seindah & setenang jugak air tasik itu. Mama ke sana bertemankan Maktok Isyraf, Kak Jess & Qis menggamit semula kenangan itu dengan merakam beberapa keping gambar sekitar tasik. Tenang sangat jiwa & sanubari mama walaupun kesdihan tetap ade bersinggah di hati. Takpelah..apalah sangat ujian & kesedihan di dunia yg Allah beri ni nak dibandingkan di akhirat kelak. Masih panjang perjalanan seseorang hidup anak2 adam ni. Mama harap Isyraf menanti mama di sana. Ye..mama akan pastikan diri mama membawa diri ke sana dengan restu & redha Allah s.w.t, InsyaAllah.






Adik Isyraf kini 12 minggu dalam rahim mama =)


Mama bahagia memikirkan Isyraf kini bahagia di syurga.


Doa mama sentiasa mengiringi Isyraf. Moga Isyraf takkan lupakan mama di sana.