Time ni Isyraf dah pandai pegang botol sendiri.. tapi bukan makin senang keje mama,tapi makin susah pulak sebab Isyraf bukannya nak pegang botol tu sangat tapi main2 je lebey. Susu pun bukan isap sangat. Jadi terpaksa mama pegangkan botol tu sampai Isyraf isap susu betul2.
Ni pula baru betul2 Isyraf dah pandai pegang & capai barang2 yang ade depan mata. Tapi banyaknya terus masuk mulut. Kalau tak de barang, tangan atau kaki Isyraf sendiri la yang masuk mulut. Lepas tu, terus muntah melambak2. Mama rasa macam nak ikat2 je tangan Isyraf tu
Perasan baju ni dah sendat? Isyraf dah makin membesar. Semua baju yang newborn dah tak boley pakai tapi entah nape mama pakaikan jugak. Sebab kaler pink kot.hehe.Tapi cute je mama tengok.Very sexy.
Ni saje2 mama ambil gambor Isyraf pakai baju Kak Jess belikan. Nampak sweet je...tu pun kalau Isyraf tak nangis2 & ngamuk2 ler...
Ni gambar time papa bawak mama, Isyraf & family mama jalan2 kat Alam Sentral masa family mama datang melawat Isyraf kat Shah Alam. Makcik Pia beria-ia nak tolak stroller Isyraf pusing satu Alam Sentral. Isyraf pula syok je dapat jalan2..
Ni Isyraf dengan papa get ready nak kuo jalan2 window shopping. Mama rasa dua2 hensem la. Love both of u so much.

Ni la aktiviti Isyraf.. duk dalam car seat ikut je mama & papa jalan2. Kadang2 Isyraf sampai tertido sendiri dalam car seat tu. Suka sangat jalan2 naik kereta.

Dah penat jalan2..balik rumah Isyraf tido sesungguh hati dengan gaya camni. Adakah sedang bermimpi di awangan bersama sang puteri?? Mama pun tak tau... hehe.
Papa ayat mama suh belanja Isyraf walker. Nak Isyraf cepat2 belajo berjalan. Betul ke? Tak kisahlah. Isyraf pun boleh belajar benda baru.Rasanya...ini sajalah dulu cerita terbaru perkembangan Isyraf. Nanti di kesempatan lain, mama akan ceritakan lagi. Masih banyak lagi gambar2 aksi Isyraf dalam simpanan mama. Cuma tak sempat nak masukkan dalam blog ni.
isyraf ensem... temok temok temok...
ReplyDelete