Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Saturday, March 19, 2011

Menuju ke 9 minggu



Assalamualaikum w.b.t

Usia anak mama sekarang dah hampir 9 minggu. Setiap detik mama teruja setiap kali memikirkan keadaan anak mama yang sedang membesar dalam rahim ni. Perasaan itu membuatkan mama bahagia mengalami hari2 yang berlalu sebagai seorang mama. Walaupun kesihatan mama teruk terjejas dengan kehamilan kali ni, tapi mama tak kisah pun sebab inilah pengorbanan yang membahagiakan. Setiap ibu akan memahaminya. Walaupun pernah hamil sebelum ni ketika mengandungkan anak mama arwah Isyraf yang kini bahagia di syurga, tapi pengalaman kali ni tetap terasa seperti pertama kali mengandung dulu juga. Setiap hari mama tertanya2 keadaan anak mama dalam rahim, sihat ke? happy ke? Mama sentiasakan doakan keselamatan & kesihatan & moga Allah panjangkan usia anak mama ni agar dapat mama bertemu anak mama ni di dunia & dapatlah anak mama ni mendoakan kebahagiaan mama apabila mama meninggal dunia kelak. Hanya inilah harta paling berharga buat mama & papa.

Mama selalu cari & baca artikel2 kat internet tentang perkembangan baby dalam rahim untuk mengisi pengetahuan mama di samping dapat menggembirakan kesunyian di hati sejak ketiadaan teman baik mama selama ini (Isyraf). Ini sajalah aktiviti kesukaan mama. Artikel dari babycenter menjelaskan anak mama kini :-

" Embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu. "


Gambar sumber: Babycenter

No comments:

Post a Comment