Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Friday, March 11, 2011

Tak mahu ke HTAR lagi...





Assalamualaikum w.b.t...

Nak update story kejadian minggu lepas, masih berkisar hal klinik desa & HTAR. Tak habis2 masalahnya. Susah hati mama dibuatnya. Bukan mama tak mau ikut procedure, bukan sengaja mau berperangai kebudakan & kekampungan. Tetapi mama memikirkan rasional & kebaikan emosi mama sendiri. Cukup2lah dengan apa yg telah berlaku lepas2, biar kini mama buat keputusan sendiri yg mama yakin terbaik untuk mama.

Alkisahnya, 7 Mac lepas mama hadirkan appointment biasa di klinik desa walaupun dah tawar hati nak sambung lawatan ke klinik desa lepas insiden dihantar ke HTAR tu. Tapi setelah memikirkan baik buruk, mama pergi juga. Hati tu memang berdebar2 jugak kalau2 tekanan darah mama naik lagi hari tu. Tapi sepanjang mama check sendiri kat umah pakai digital bp monitor tu, bawah paras normal je. So, mama agak mungkin tiada apa yg nak dirisaukan. Tapi, dah bila kat sana, datang pukul 8pagi, dah abis awal la tu, kesudahannya 3 4 jam jugak menunggu dipanggil giliran. Walaupun duduk je, tapi abis lenguh pinggang & punggung ni, terus tangkap kepala, campur suasana panas & bising. Oh, sangat tidak selesa walaupun mama dalam kesabaran.

Tiba giliran, check BP, nurse tu senyum geleng2 kepala petanda tak bagus. Dia check lagi, panggil nurse sorang lagi check sebab mereka ni tau mama 2 minggu lepas dah de rekod hypertension sampai kena hantar ke HTAR. Terus jantung berdebar2 risau dihantar ke HTAR lagi, stress..stress tak dapat nak kawal ni. Sekali lagi doktor check nah terus dapat bacaan 160/110.... bagi adelat..lepas setengah jam masih bacaan sama. Guess what? Mama tengah stress & sakit pale dah akibat procedure derang ni. Pagi tadi mama check bacaannya cantik2 je. Ini semua keadaan yang membuatkan mama sedikit haru dah, di kepala terbayang bencana HTAR.

Terus panggil papa datang, desak doktor keluarkan surat kebenaran refer ke hospital lain. Mama & Papa buta2 mengelak dari dihantar ke HTAR sekali lagi walaupun ambulans sudah dipanggil. Setelah berbincang dengan doktor & keputusan mama tetap taknak menyambung rawatan ke HTAR lagi & kami sudah tidak ada hati lagi untuk meneruskan rawatan di Hospital kerajaan lagi. Setelah sign surat tanggung risiko, kami akhirnya memilih untuk pergi ke Hospital Bersalin Umra, hospital swasta, itu saja yang terbaik buat mama pada keadaan ini walaupun terpaksa berhabis wang, papa sanggup berkorban demi kebahagiaan mama.

Di hospital umra, lain pula ceritanya. Tekanan darah mama pada mulanya agak tinggi juga, iyelah sedikit gugup first time datang ke hospital swasta ni tertanya2 juga berapa la bilnya & bagaimana la rawatanya. Tapi bila diambil sekali lagi tekanan darah, bacaannya kembali ok & kata doktor masih dalam borderline. Mama tak perlu ambil ubat, cuma banyakkan rehat di rumah. Doktor banyak nasihatkan supaya jangan risau & banyakkan bertenang. Yang penting rehat & kawal tekanan. Lega & senang mama mendengar cakap doktor tu, mesra & banyak penerangan yang diberi, beza sangat dengan doktor klinik kerajaan yang bila kata A, jadi A la jawabnya tanpa ada why & why?...hemmm.Doktor umra juga ada scan baby untuk tentukan EDD & umur baby yg nyata hospital kerajaan dah bagitau mama tengah mengandung 16minggu yg mmg langsung tak logik akal sebab semata2 derang nak ikut tarikh last period mama yang tak regular tu walaupun dah diberitahu banyak kali akhir lan 1 ujian upt masih negative & awal lan 2 baru positive. Akhirnya, doktor umra cakap kita scan saja & tengok usia kandungan, akhirnya 7 weeks EDD diberi pada 24 October 2011. Kan senang camtuh. Lagi 2 minggu ada appointment sekali lagi dengan umra untuk tengok perkembangan baby. Setel, cepat & mudah.

Sekarang mama just rehat kat rumah & pantau BP je setiap masa. Yang tak sangka sehari lepas tu, nurse klinik desa datang terjah kt umah tak puas hati nak juga datang check BP mama, katanya arahan dari hospital Ok, fine...sila lah masuk, dah tugas derang, mama layankan ajela. Lepas chechk, dapatlah juga bacaan normal seperti mereka kehendaki & mereka pulang dengan senang hati untuk menjawab dengan pihak atasan kot..hihi. Then dapat kol dari derang lagi masih nak pujuk mama pergi klinik desa selang sehari untuk chech BP..tak kose mama nak penatkan diri & naikkan darah lagi pergi sana, then kesudahan hantor pi HTAR lagi, no way! Lebih baik ma baring & rehat kat umah. Abis cerita.

Cerita mama ni bukan nak membesarkan cerita atau nak tunjuk poyo, tapi ini luahan hati mama yang ini saja mampu terdaya & mama usahakan yang terbaik untuk diri mama & baby mama ni. Harapnya, inilah jalan yang terbaik. Semoga kita sekeluarga sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi sebaik baik perancang adalah Allah S.W.T.

Amin.


Our little miracle @ 7weeks old


Ini bacaan untuk hari ni 11.03.11, 10.45pm . Undercontrol okay...hehe

No comments:

Post a Comment