Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Tuesday, February 8, 2011

Dugaan itu Indah




Salam,

Hari ni papa temankan mama pergi klinik desa jalan kebun. Sampai je, tengok jadual rupanya register untuk mengandung setiap hari isnin, terlepas la semalam. So, terpaksa lah mama balik & tunggu isnin ni je. At least, dah taulah apa nak kene bawak untuk kali ke-2 mengandung ni, cuma buku merah yang 1st pregnant & kad pengenalan je. Kalau 1st pregnant dulu, banyak bende nak kena bawa spt IC mama & papa, sijil nikah, bil air/ api tempat tinggal. Lepas ni, bermulalah rutin checkup mama mcm biasa...tak sabor rasanya nak merasakan pengalaman indah tu lagi. Walaupun leceh, kena penat menunggu, mama tak kisah dah demi kesihatan diri & anak mama nanti. Bersusah dulu, bersenanglah di kemudiannya nanti. Yang penting mama akan follow smua procedure & sanggup buat apa saja.

Asid folic ni penting tuk ibu mengandung untuk pembentukan hemoglobin iaitu pigmen yg angkut oksigen ke sel2 tubuh & boleh cegah kecacatan tiub saraf(NTD). Sepatutnya asid folic ni perlu diambil ketika belum pregnant lagi, iaitu langkah persediaan utnuk mengandung. Biasanya klinik desa akan bekalkan asid folic ni bila dah pergi buat rutin checkup tapi kalau nak beli kat farmasi pun murah je lebih kurang RM 8 untuk 100 tablets depends pada brand la.



Tapi wat masa ni, mama dah kena mula jaga pemakanan, mama dah elak makanan berminyak & masin. Hari-hari mama makan ikan panggang & rebus, sayur & buah2. Pagi2 pulak daripada breakfast nasi lemak, mama tukar pada roti & milo je, pun kenyang, alhamdulillah. Mama pun dah start ambil asid folic & minum susu low fat setiap hari. Waktu tidur & rehat pun kena cukupkan. Sambil2 tu, bolehlah lakukan senaman ringan kat rumah, tak susah pun. Hari ni pun mama dah rasa sihat sikit, jiwa pun tenang, kepala lapang, alhamdulillah.

Susu rendah lemak segelas sehari, bagus untuk kalsium. Boleh beli yang kotak atau yang tepung. Tak semestinya susu anmum, susu biasa yg lain pon boley. Tapi mama suka minum susu kotak biasa je, takdela mual sangat.

Okla..nanti mama update lagi di lain masa. Papai... XOXO

No comments:

Post a Comment