Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Monday, February 7, 2011

Gantian dari ALLAH, Alhamdulillah






Salam,

Semalam 6 Feb genaplah sebulan arwah Isyraf, anak comel mama pulang ke rahmatullah. Rindu, sayang, cinta mama pada Isyraf tak pernah hilang, walaupun emosi mama sudah kembali stabil, mampu juga kadangkala bergelak tawa. Sebenarnya, itu bukan tandanya rindu mama sudah hilang, tapi rindu berada di satu tempat buat seketika...seketika ia akan kembali menyinggah semula di hati mama. Memori tu sentiasa segar & indah. Hanya mengingati Allah, rindu itu terubat. Bila rindukan Isyraf..mama cari Allah..mama cari Al-quran..dan itulah penawar rindu. Syukur, Alhamdulillah.


Positive =)

Hari ni 6.30am mama buat pregnancy test, alhamdulillah akhirnya positive setelah hampir 3 minggu naluri mama kuat berkata yang mama sedang hamil, tapi bila dah 3 4 kali buat test masih juga -ve, papa & cektoq (adik mama) semua cakap mama mungkin stress & mungkin sebab itu mama just feeling pregnant. Camna pun, mama percaya pada naluri ni, mama tak pernah putus berharap & mintak petunjuk dari Allah & akhirnya hari ni mama dapat jawpan yg menggembirakan. Syukur pada mu ya Allah memberikanku rezeki secepat ini. Setelah kau kurniakanku kebahagiaan, kau datangkan lg kebahagiaan.Alhamdulillah..

Alhamdulillah, aku diberi peluang menjadi mama sekali lagi

UjianNya tetap ada walaupun mama telah mengandung. Kesihatan mama terjejas..tekanan darh mama mula tinggi, kata doktor kalau kandungan dulu mama pernah alami hypertension, kemungkinan besar kandungan seterusnya juga akan ada. Now bru almost 3 weeks pregnant tekanan darah terus tinggi. 2 minggu lepas sebenarnya lagi tekanan darah naik mendadak, mama dirujuk ke PPUM, ditahan wad pemerhatian setengah hari. Masa tu mama dah feeling pregnant, tapi bila doktor check semua -ve, so pihak hospital macam2 lah buat kat mama x-ray lah..walaupun dalam hati bimbang akan efffect kandungan mama sekiranya ada. Tapi mama tak boleh nak buat apa la sebab bukti nya tiada. Doktor bagi pulak ubat darah tinggi dos paling sikit untuk mama ambil selama 2 minggu sampaila hari ni mama baru tau mama mengandung, then terus mama stop atas nasihat doktor. Esok papa nak temankan mama mulakan rutin checkup kat klinik desa je. Itu je jalan terbaik. Mama & papa sanggup buat apa sahaja agar bakal adik Isyraf dilahirkan selamat ke dunia. Isyraf pun dah jadi abang sekarang =)

Tanda bakal bapa =)

Jika semuanya selamat & diizinkan Allah, bulan 8@9 tahun ni mama & papa tak sunyi lagi. Adik Isyraf akan menemani mama & papa setiap ketika. Hebatnya kuasa Allah..inilah gantian yang tak ternilai dari Allah buat mama & papa. Sesungguhnya Dialah lebih mengetahui... Al-fatihah buat sayangku Isyraf.

Blog ini mama akan teruskan untuk tatapan adik2 Isyraf akan datang. Moga kenangan suka duka kita sekeluarga dapat menjadi renungan & iktibar buat kita setiap masa. Amin.

No comments:

Post a Comment