Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Thursday, February 24, 2011

Manisnya ujian dari-Nya




Assalamualaikum w.b.t



Isnin, 14 Feb - seperti dirancang mama pergi ke klinik desa untuk register buku merah pertama kali, tapi untuk kali ke-2 pregnant la. Benda lain mama tak suspen sangat nak tau sebab dah tau cmna procedurenya dari pengalaman mengandungkan arwah Isyraf (rindu dia sangat2) yang lepas. Cuma mama risaukan tekanan darah mama je, tinggi ke rendah ni. Kalau tinggi, jawabnya ambulans datang, terus kena masuk Hospital la. Akhirnya terjawab sudah, bacaan tekanan darah mama 140/110. Dah 3 kali ambil, bacaan tetap sama. Doktor bagi adelat, nak kurangkan tekanan darah. Lepas sejam, turunlah sikit 136/90, tapi still kena refer ke hospital yang paling mama taknak pergi sebab pernah dengar pelbagai versi cerita dari orang ramai iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Akhirnya, mama redha, fikir positif demi kesihatan anak mama dalam perut ni. Apa salahnya mama pergi kenal cmna rupanya HTAR seperti yang digemburkan ni. Tapi mama harap tak perlu masuk wadla..doa mama penuh harap. Kat emergency, terpaksa tunggu 2 jam lebih pulak tunggu doktor periksa sekali lagi. Dah penat tunggu, ofcourselah tekanan darah mama naik balik..jadi 145/110 semula. Tapi, memang terbukti lah teruk dia punya pengurusan sampai 2 jam tunggu. Doktor tu sendiri pun dah ngaku depan mama dia pun tak dapat nak handle sebab hospital ni terlalu ramai pesakit. So, dengan result mama camtu, terpaksalah ditahan wad 2A (wad sakit puan) untuk pemantauan. Dugaan..


Drip kat lengan ni memang menyusahkan.


Semalan di wad, tekanan darah mama pun dah normal je, tu pun doktor bagi labetolol 2bj, tu pun sekali je. Lepas tu, semua kembali normal sampailah esoknya doktor cakap mama dah boleh discharge. Suka nye sebab 1 hari je kat HTAR yang tak best tu. Tapi nurse kat situ semua baik & mesra. Cuma suasana sajela tak selesa campur bosan. Tapi sebelum nak discharge, doktor nak scan kandungan mama dulu. Bila dah scan, doktor cakap tak nampak pape, so tak boleh discharge. Geram hati mama. Ofcourselah tak nampak sebab ikut perkiraan mama, usia baby ni baru 4 minggu..tapi disebabkan buku merah klinik desa ni tulis usia baby dah 12minggu, tu pun sebab ikut last tarikh period mama. Dah banyak kali mama cakap kat doktor & misi yang last period mama memangla 2 bulan lepas sebab mama punya period memang 2 bulan sekali je. 2minggu lepas pun mama check upt negative lagi, seminggu yang lepas baru positive. Tapi mereka semua ni taknak amik pusing cakap patient, nak juga refer tarikh last period yang tu. Last2 mama dah jadi hamil 12 minggu lak..mereka ni pulak lebih tau dari mama sendiri bila mama mengandung...adoyai. Last2 mama yang dapat susah kena tahan wad lagi kononya sesedap mulut doktor tu je cakap mama mengandung luar rahim sebab mengandung 12minggu tapi tak nampak apa2. So kene stay wad, kena ambil darah untuk buat beta HCG untuk kesan level hormon mengandung untuk pastikan dua kemungkinan iaitu samada mama mengandung luar rahim atau mama sebenarnya tak mengandung. Whutever la korang, yang penting naluri mama cakap mama mengandung 4 minggu, mama tak hamil luar rahim & baby mama sihat je. korang nak buat pe, buatlah sebab korang lebih tau sebab mama ni bukan doktor kan.


Boring makan tido makan tak sedap.

Result BHCG dah keluar & beritahu yang hormon mengandung mama agak tinggi bacaanya iaitu 2417..ofcourselah dapat bacaan camtu sebab mama mengandung, apelagi yang merekan nak ni. Tak puas hati dengan bacaan camtu & doktor tak nak ambil kira apa yang mama bagitau, doktor nak repeat scan lagi, kali ni nak scan yang pakai scan pakai transvaginal ultrasound scan, fuhh sakit jugak..teringat masa nak melahirkan arwah Isyraf yang misi seluk tangan cek bukaan rahim, macam tulah sakitnya. Tak nampak juga bila dah scan. Jawabnya tak dapt keluar wad lagi, dah masuk hari ke-2 di wad. Doktor suruh repeat BHCG lagi lepas 48jam, maknanya lusa la. Gila kena stay lagi 2 hari kat hospital tanpa sebab. Sekarang masalah darah tinggi dah takde, doktor cari pasal tentang ectopic pregnancy pulak. Tu la taknak dengar cakap patient lagi. Geram je. Tapi pikir sabor je taknak darah tinggi naik.

2 hari lepas tu, dah buat BHCG kali ke-2, kata doktor kalau result makin tinggi, mama tak boleh discharge. Dalam hati mama cakap, ofcourselah korang semua akan dapat result yang tinggi sebab mama memang tengah mengandung & very early pregnancy. Hai..doktor2...awak semua ni tak belajar ke..& taknak pulak dengar cakap kite..sapela kite ni..agaknya awak semua pandang patient macam orang kampung yang tak sekolah ke??? Pagi tu, doktor yang handle kes mama ni yang tak bape nak pakar ni berdepan dengan doktor yang pakar lagi dari dia masa buat round, mama dengar dia berbalas2 pendapat bila dia disoal kenapa sesuka hati suspek mama alami ectopic pregnancy tanpa pastikan dengan patient sendiri masalah period & tarikh sebenar mengandung & tanpa sebab suruh patient stay wad 48jam semata2 nak tunggu ambil BHCG, sedangkan dia boleh suruh patient balik & buat another appointment untuk datang buat BHCG. Ini akan melibatkan emosi pesakit & kos yang terpaksa ditanggung pesakit & doktor yang tak berapa nak pakar tu kena tegur sebab belum dapat lagi keputusan yang sah, sudah ,memandai bagitau pesakit tengah alami ectopic pregnancy. Apa perasaan pesakit macam mama ni rasa bila tau mengandung luar rahim yang memang betul nakkan anak memandang anak mama yang lepas telah pergi selama-lamanya. Dia kena pikir dari segala sudut. Puas hati mama doktor2 tu semua kena tegur dengan bos mereka. Itulah, wad ni rata-rata semua doktor pelatih lagi. Tak kreaitif & inovatif langsung. Kalau A..A la...buku semata-matam padahal Allah tu lagi mengetahui. Akibat dari handling doktor pelatih tu, terpaksalah mama teruskan duk wad sementara tunggu result BHCG ke-2.

Petang tu papa datang, mama mengamuk2 kat papa suruh keluarkan mama dari wad. Mama dah tertekan dengan permainan doktor2 ni semua. Tak kiralah result BHCG tu tinggi ke rendah, mama tetap nak keluar wad. Mama tak percayakan mereka ni semua. Mama lebih percayakan Allah & naluri mama sendiri. Result keluar bagitau level BHCG mama yg ke-2 adalah 5,000. Dah berganda. Ofcourselah bacaan tu akan berganda because im pregnant. Mama berkeras nak keluar. Doktor lelaki tu dengan eksyen tunjuk result tu kat mama sambil bagitau " Result puan sekarang 5,000 , so puan memang tak boleh discharge lagi hari ni". Mama balas sebab dah tak tahan sabor je selama ni dengar & angguk je. " Memanglah tinggi doktor sebab saya ni tengah mengandung & awal lagi mengandung ni, baru 4 minggu..hari ke hari berganda la.." Mama cuba tunjuk pandai sebab mama awal2 lagi dah suruh papa search kat internet pasal BHCG tu, hehe. Dengar mama cakap camtu, doktor yang eksyen tu terdiam & tercengang kejap. Then baru dia bersuara balik. " Itu, saya tak tau but base on this report, saya memang tak boleh nak bagi awak discharge lagi" sambil dia lempar result tu atas meja report tu. ESKYENNYA. Mama balas balik & cakap mama tetap nak keluar jugak, mama bagitau cara elok la yang mama dah stress duduk situ. Dia pun cakap " k, fine kalau awak nak keluar juga, sign surat tanggung risiko". " Ok, saya tanggung risiko" dengan yakin je mama balas sebab mama memang yakin mama tak alami ectopic pregnancy. "Ok, tunggu MO saya datang", doktor tu balas sambil berlalu pergi dengan muka tak puas hati.


Sebelum mereka nak lepaskan mama keluar dari wad, doktor tu sekali lagi nak scan mama wat kali terakhir. Scan punya scan tak sampai sesaaat pun terus mereka tu jumpa apa yang dicari selama ni...akhirnya nampaklah kantung & baby nye yang masih2 kecik...haaaaaaaaa...nampak dah..gitulah excitednya doktor perempuan yang scan mama tu mengomel." Baru 4 minggu ni ". tambahnya lagi.Mama pun balas dengan sikit eksyenlah. " kan saya dah bagitau banyak kali yang kandungan saya baru 4 minggu, saya tau lah bila saya bersama suami saya"haha. puas hati mama dapat cakap macam tu. Doktor perempuan tu pun senyum jela. Alhamdulillah. Tu je terpacul dari mulut mama, termasuklah doktor & nurse yang duk layan kerenah mama dari tadi duk desak dia keluarkan mama dari hospital. " Lega saya, akhirnya saya dapat sign surat pelepasan awak ni dengan selamat " kata doktor tu. Maknanya...mama keluar wad juga hari tu. Jam dah 8malam masa tu. Papa cepat2 setelkan bil hospital & akhirnya mama dapat keluar dengan bebas setelah 4 hari kat wad. Syukur sangat pada Allah yang mama tengah mengandung dengan selamat, anak mama kini berusia 4 minggu....


Inilah 'little miracle' mama..baru 4 weeks old day. Luv u baby ;-*

Walaupun perit & pedih hadapi macam2 dugaan, tapi mama & papa happy selepas tau anak mama selamat & kini sedang membesar dalam rahim mama, alhamdulillah.

Nota kaki :-

Mama pergi HTAR tanpa kerelaan k..pertama kali register kat klinik desa Jln Kebun, terus kena pegang, mereka tak kasi mama balik umah, terus mereka panggil ambulans HTAR antar mama pergi HTAR. Akhirnya gitulah jodoh mama dengan HTAR. Sumpah lepas ni tanak pegi HTAR lagi, uhuhuuhu. Mungkin nak ayat papa anto mama beranak kat Pusat Perubatan Umra la kali ini. Boleh kan pa?? ( Sambil senyum gatai kat papa, haha )


1 comment:

  1. salam puan... wpon blog ni dah lama tapi sy still nak tya. period saya tak regular tapi last period saya 6hb 3. 2hb 4 dtg stain2 darah.. doc detect saya 6weeks n ade ectopic pregnancy.. result bhcg 1200. esok baru nak repeat balik bhcg. ape pndpt awk ye?

    ReplyDelete