Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Saturday, September 17, 2011

Persediaan untuk 35 minggu. Hospital??





Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..sedar tak sedar, dah nak masuk 35 minggu usia kehamilan mama. Tak sangka, cepat juga rasa masa yang dah berlalu. Dulu, arwah Isyraf masa 36 minggu dah pun selamat lahir ke dunia. Mungkinkah Isyrin akan keluar awal juga untuk jumpa mama?? Wallahuallam. Hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui apa yang telah diaturkan untuk mama. 2 3 hari ini juga, hari mama pun agak sibuk sedikit untuk menguruskan pembelian rumah dengan segera memandangkan tuan rumah yang mama sewa selama 2 tahun telahpun memaklumkan bahawa untuk tahun ni kontrak tak dapat lagi disambung & tuan rumah tak lagi sewakan rumah ni kerana mereka perlukannya untuk kegunaan sendiri. Jadi, selewat2nya akhir Nov ni mama terpkasa juga keluar. Alang2 mama & papa memang bercadang untuk beli rumah sendiri dalam tempoh ni, terpkasa jugalah kami dapatkan juga sebuah rumah & mula proses segala benda supaya dapat masuk ke rumah sendiri secepat mungkin. Pening juga, pikir nak beranak lagi bila2 masa dari sekarang, nak pikir pindah rumah lagi. Mujur keluarga mama & papa sendiri banyak bagi sokongan & pertolongan untuk uruskan segala benda. Kata papa, mama tak perlu risau nak kemas barang ke ape ke, biar papa je yang wat semua...hehe. Lega sikit dengar. Ma & aboh mama yang datang dari Jerteh 2 3 hari lepas, dah pun bertolak balik ke Jerteh hari ni setelah datang ke sini untuk uruskan pembelian rumah mama & urusan pertukaran tempat mengajar adik ipar mama dari Sarawak ke Dungun, Terengganu. Harap usaha mereka semua dimakbulkan Allah SWT.

Ni set tilam baby hadiah dari aunty ida & uncle azlan ( adik mama & isterinya) bawa masa datang tempoh hari. Tq so much. Mereka ni minat sungguh kaler hijau. Kalau pegi umah derang, daripada langsir, sofa & dinding umah sume kaler hijau, sungguh sesuatu kan, ngeh3....


Bila semua dah pulang semula ke Jertih tu, mama sorang2 semula la kat rumah. Papa lak kerja la macam biasa. Kalau tak, 2 3 hari ni rumah kecil mama meriah dengan family mama yang datang bertandang ni. Tapi, takpelah dah memang begini lah normal kehidupan mama & papa selama ni. Kalaulah Isyrin dah ade nanti barulah rumah akan bertambah seri & kegembiraannya. Bercerita pula pasal persediaan beranak ni, kalau ikutkan plan mama & papa memang ingin bersalin di hospital swasta iaitu hospital umra since mama dah start checkup kat situ sejak awal mengandung dengan komplikasi darah tinggi ni. Tapi sejak 2 3 minggu lepas, mama tiba2 pula berubah fikiran & hati setelah pikir panjang & segala risiko. Hati mama rasa tak senang jika pape tak dikehendaki berlaku kalau beranak di swasta dengan masalah darah tinggi mama antaranya risiko dibedah, risiko anak lahir pramatang, risiko anak mempunyai masalah pernafasan, jaundis, jantung selepas saja lahir. Itu semua akhirnya akan membawa mama & baby ke hospital kerajaan juga. Malahan, masalah yang mama nyatakn tadi sekiranya berlaku di hospital swasta akan melibatkan kos tinggi juga. Daripada mama & papa spend duit yang melebihi kemampuan, baik mama gunakan duit tersebut untuk kegunaaan baby untuk akan datang. Tak gitu? Jadi, bila dah bincang dengan papa, dengan family papa & family mama sendiri, kami semua putuskan untuk pergi ke Hospital Sungai Buloh saja untuk bersalin. Dari review mama di internet, hospital juga banyak menerima komen positif. Pada mama, tak kisahlah selesa ke tak, layanan ok ke tak tu bukan masalah utama pada mama. Yang penting, kelengkapan hospital lengkap & mama selamat bersalin pun dah alhamdulillah. Cuma, masalah darah tinggi seperti mama ni, memang tak boleh tunggu due/ sakit semulajadi untuk bersalin baru ke hospital untuk bersalin. Mengikut doktor di umra, mama sepatutnya di induce ketika usia 38 minggu kehamilan. Kalau mama nak ke Hospital Sg Buloh (HSB) & tiba2 minta diinduce ofcourselah merekan takkan layan kot selagi keadaan mama tak kritikal. Itu yang mama tau. Kalau camtu, plan mama dalam lewat 35 minggu & nak memasuki ke 36 minggu nanti, mungkin sabtu/ ahad ni mama akan minta papa hantar mama terus ke dewan bersalin HSB, kira macam serah diri la terus & mama harap time tu bila ditanya kenapa mama ke situ, mama akan cuba cerita masalah & keadaan kesihatan mama yang lately memang tak stabil ni. Memang tekanan darah mama dalam seminggu dua ni selalu tak stabil walaupun mama mengambil ubat, 2 3 hari ni saja BP mama asyik cecah 140/100, mama pun naik risau. Mak mama pun asyik suruh mama pergi awal ke hospital. Kalau mama pergi ke HSB dengan tekanan darah macam tu, mama dah tau sah2 la mama akan ditahan wad terus & mungkin dipaksa bersalin dalam masa terdekat. Jadi begitu sajalah persediaan untuk mama bersalin dengan selamat di hospital kerajaan.


Dah siap sume prepare barang2 untuk tunggu ketibaan Isyrin. Oh, sungguh tak sabar rasanye.


Kalau perancangan berjalan lancar, tinggal seminggu je la lagi mama akan menyerah diri ke HSB. Beg hospital baby dah pun mama siap packing. Cuma beg hospital mama ajelah yang belum. Esok atau lusa mama mula start packing la. Wow...risau pun ade ni tak sangka akan melalui pengalaman bersalin kali ke-2 tak lama lagi. Dalam risau tu, rasa hati berbunga juga nak jumpa Isyrin ni. Teringin sangat nak peluk, nak cium, nak sayang dia macam Isyraf dulu. Moga Isyrin akan menjadi pengubat rindu & duka di hati mama & papa...

Beg hospital Isyrin, gunapakai balik beg Isyraf dulu. Sangat banyak kenangan indah with this bag....ermmmm

Untuk cerita ke dewan bersalin HSB nanti, mama berjaya ke tak di admit nanti akan mama update ye. Mana la tau kot2 pegi minggu depan tetiba lak BP ok, takkanlah HSB nak suka2 tahan mama kan...hehe. Pelik je, dulu paling taknak kena tahan wad, sekarang sengaja nak dimasukkan ke wad pulak. Sebenarnya, mama tak sabar dah nak bersalin awal, tak sabar nak jumpa puteri mama kat dalam tummy ni. Mama pun rasa cam naluri mama ni mengatakan yang Isyrin pun tak sabar nak keluar cepat, yela mama pun dah rasa cam kepala Isyrin dah memang betul2 ke bawah sangat, rasa mcam dah nak terkeluar, braxton hicks rasa makin kuat dan menyakitkan je. Entah2 jalan keluar dah terbukak beberapa cm, cuma mama tak sedar & tanda je yang takdekan. Siapa tahu kan? Anything can happen. So, sebelum pape, baik mama pegi hospital awal je. Kalau kena berkampung lama2 kat wad pun takpela, mama sanggup...demi anak mama Isyrin. Semoga selamat & dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT. Amin


No comments:

Post a Comment