Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Thursday, September 22, 2011

Takdir & Kebetulan

Link

Assalamualaikum wbt...



Hari ni dah 3 hari mama beru saja discharge dari Hospital Sungai Buloh (HSB). Baru je sehari sebelum tu mama duk mengomel pasal plan nak pergi beranak kat spital tu dalam entry Persediaan untuk 35 minggu. Hospital?? . Hari tu, dari petang lagi mama dah rasa loya sangat campur dengan tak larat sakit pale masa entry tu ditulis. Ingat bila dah maghrib hilanglah. Tapi bertambah rasa pelik & lain macam. Mama checkla BP, tu dia tinggi dari biasa hingga cecah 150/104 terus. Jadi, mama baring & rehat la dulu kejap nak tengok turun tak sikit sebab selalunye mama buat camtu, BP tu reda la sikit. Tapi check punye check taknak jugak turun. Pe lagi, mama dah naik risau sebab tak pernah rasa teruk camni. Terus ajak papa pegi HSB time tu jugak. Ikut plan nak pergi masa 38 minggu kan, nah sekarang juga Allah dah titahkan mama pergi.

So, pergilah ke wad bersalin HSB terus dihantar oleh papa, auntie Jess, auntie Qis & maktok. Gigih derang nak nganto mama, nih mesti pikir mama dah kena beranak terus.
Dalam pukul 9mlm sampai kaunter dewan bersalin HSB, memang tak ramai orang, sampai je terus daftar. Jap je nurse panggil check urine, tukor kain pink spital, pastu kena baring kat bilik PAC tu yang ade 6 katil je, memang tak crowded, pesakit pun 2 3 orang je yang ade, jadi nurse letak ctg kat perut mama...check BP, memang tinggi lagi..lama jugak derang duk pantau BP, ambil sampel darah. Papa & derang sume masih kat luar tunggu. Susah takley bawa handphone lak nak inform kat derang. Maka lame jugalah derang tunggu kat luar tanpa khabar berita. Dekat 2 jam lebih, mama disuruh baring tuk observe BP, barulah papa dimaklumkan keadaan mama. Then, datang sorang doktor yang pakar, nak scan mama, katenya baby membesar elok, dah 2.3kg masa 34 minggu, tapi die putuskan nak inject dexa juga untuk mama incase terpaksa diberanakkan dalam masa tu. Mama pernah juga baca kat blog orang katenya sakit cucuk dexa tu..pelik jugak, takkanlah just cucuk jarum haluih tu pun sakit. Last2 bile mama kena sekali, baru tau kejungnye cane. Rupenya bukan jarum tu yg sakit, tapi bila ubat tu serap masuk dalam badan tu baru terasa sakit sampai takley nak bergerak. Dekat setengah jam jugakla menahan sakit. Dexa tu sebenarnye untuk mematangkan paru2 baby sekiranya baby terpaksa dilahirkan sebelum masanya.


Ni dah kat wad 6B kelas 2, katil no 2

Papa disuruh balik dulu sebab doktor nak pantau mama sampai tengahari esoknya sambil nak completekan dexa cucuk kali ke-2 dalam masa 12 jam. Malam tu, mama just baring jela kat PAC tu sampai pagi. Tak dapat tido pun dengan pesakit bertukar ganti datang sakit2 nak bersalin dah. Seram + simpati dengar mereka ni menjerit2 sakit. Mama nanti camtula..uhuhu
Esk pagi, tibe2 dtg lagi sorang doktor pakar, tibe2 cakap nak induce mama hari tu juga bila dengar history mama bersalinkan Isyraf dulu masa 36 minggu sebab darah tinggi. Dia risau kalau kes mama berulang. Mama dah cuak juga, tapi gembira juga kalau dapat jumpe Isyrin lebih awal. Dah tu, memang kena seluk la nak tengok bukaan serviks. Dah 2cm. Terkejut juga dah terbuka 2cm rupenya. Senang pulak. Takde rasa sakit & tak sedar langsung. Kalau Isyraf dulu, nak terbukak 2cm tu pun, sakitnye makan berhari2 wooo...alhamdulillah la kalau beranak kali ni dipermudahkan. Dah bincang2 balik ngan doktor, doktor nak hold dulu induce bila tengok berat baby masih dalam perimeter, doktor cakap nak bagi peluang kat baby membesar lagi kat dalam tummy mama, taknak jadi macam Isyraf lahir tak cukup bulan, nanti boleh mendatangkan pelbagai risiko bila baby keluar. Mama lega mendengar jika itu yang terbaik kata doktor. Mama pun nak anak mama lahir normal seperti anak orang lahir. Paling tak pun biarlah berat lahir Isyrin boleh cecah 2.5kg ke atas. Dengan tak jadi induce tu, mama diwadkan di wad 6B kelas 3 pada hari tu. Memang betul la kata orang selesa sangat wad ni walaupun just kelas ke 3. Ada 6 katil setiap ruang. Tak beza sangatlah dengan wad kelas 2. Memang puas hati la. Nurse & Doktor pun mesra & baik sangat. Petang tu pulak, derang pindahkan mama ke wad kelas 2 atas request doktor, tapi mama takkan dicaskan bayaran mengikut kelas 2 sebab itu adalah permintaan hospital memandangkan ade pesakit lain lagi yang lebih memerlukan wad kelas 3 untuk lebih dekat dengan pemerhatian doktor. Rezeki mama la dapat tido ekon malam tu..he3...Bahagia je mama duk spital, pulun tido je sebab penat kat PAC tak tido satu malam. Makan pun tak hengat walaupun makanan tawar heber..pulun je makan.


Pemandangan dari tingkap, nampak bukit bukau berkabus.


4 katil 1 bilik, tapi orang silih berganti keluar, nasib tak baik, duk la sensorang, seram. Baik duk kelas 3 je..lagi meriah...


Ni papa tengah tunggu mama dapat surat discharge. Gigih ye..thanxs pa susah2 je nunggu sampai ke petang.

Esoknye, hari ke-2, mama dah dibenarkan balik dah...aishhhh...cepat pulak eh doktor bagi balik..hehe. Takpela..sambung rehat kat umahlah pulak alang2 doktor taknak beranakkan mama lagi. Kesimpulannya, bil hospital tuk 2 malam, 2 hari kat sana cuma RM 44 sajo, murah gitu. Tapi, lega juga lah sebelum discharge doktor dah bagi appointment siap2 10 oktober nanti untuk datang semula ke wad bersalin untuk induce mama pada 38 minggu. Takyah dah mama pening2 nak minta diinduce on that day. Akhirnya, semua masih seperti dalam perancangan. Harapnya Allah swt sentiasa mempermudahkan jalan hidup mama sekeluarga sehingga hari tu tiba. Amin.

No comments:

Post a Comment