Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Wednesday, September 28, 2011

Selamat Hari Lahir ke-24, Papa



Assalamualaikum wbt...

28 September 2011, hari ni genap usia papa Isyraf & Isyrin menghuni dunia fana ni selama 24 tahun. Syukur pada Allah swt papa masih lagi sihat & masih lagi bernafas di bumi ini untuk terus berkongsi hidup menemani hidup mama menempuh jalan yang penuh liku ini. Walaupun tanpa kehadiran Isyraf, mama & papa tetap bersyukur seadanya. Bersyukur dengan rahmat & rezeki yang masih Allah swt kurniakan ini. Yang jelas, mama & papa tidak sabar menanti kelahiran Isyrin yang tinggal seminggu lebih je lagi. Dengan berkat & doa di hari kelahiran papa ni, mama mengharapkan yang terbaik dari Allah swt. Semoga jalan hidup kita sekeluarga terus mendapat berkat & rahmat dari Nya. Amin.

Gambar sambutan makan2 sempena birthday papa tempohari. Celebrate awal ckit sbb 28 sept jatuh hari rabu, hari keje, seme orang tak free pulak. Makan2 ni kat umah tok wan & mak tok Isyraf & Isyrin. Hidangan istimewa hari tu dimasak khas oleh auntie Jess yg terlebih rajin tu & mak tok. Tq alls...


















No comments:

Post a Comment