Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Saturday, January 30, 2010

4 November & Jaundis


Hari tuh nurse dtg umah, check mama & Isyraf. Katenya, mama dah sihat. Tekanan darah tinggi pun sudah normal. Tapi, malangnya, anak mama Isyraf katenya seperti sudah terkena penyakit kuning a.k.a jaundis. Inilah perkara yang mama takutkan sangat. Masa dekat hospital haritu semuanya elok saja kesihatan Isyraf, takde kuning pun. Dah selamat sampai ke rumah, baru kunin tu mula menampakkan diri. Patutla Isyraf banyak tido je. Menurut nurse, baby yang terkena jaundis banyak tido je. Kesian anak mama, manalah mama & papa tau rupanya semalam lagi Isyraf dah terkena jaundis. Hari tu juga terpaksa bawa Isyraf ke klinik kesihatan Dungun untuk buat ujian darah. Kesian kaki kecil anak mama dicucuk2 untuk diambil darah. Paling kesian lagi bila ujian menunjukkan paras jaundis Isyraf agak tinggi. Menurut nurse tu, kalau nak diikutkan tahap jaundis tu masih boleh diterima untuk bayi yg berat normal 2.5 kg ke atas tetapi memandangkan Isyraf hanya seberat 1.96kg dan lahir tak cukup matang, nurse tu tidak mahu mengambil sebarang risiko. Jadi, pada hari tu juga Isyraf terpaksa dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Dungun untuk menjalani fototerapi (bawah lampu biru). Kesian papa, sepatutnya hari tu papa dah ingin bergerak pulang ke Shah Alam. Tapi, bila Isyraf & mama terpaksa dimasukkan ke wad balik, papa terpkasa tangguhkan.

Kat wad tu, mama terpaksa uruskan untuk merawat & menjaga Isyraf. Nurse kat situ hanya sibuk nak ambil tekanan darah mama lagi padahal yang sakitnya Isyraf. Pelik mama. Mereka tu takde amek tau langsung keadaan Isyraf. 100% mereka lepaskan pada mama macmana nak uruskan fototerapi Isyraf. Dahlah mama ni penat & letih, tambah2 masih dalam pantang. Mereka tu cuma sesekali datang bagitau kat mama supaya kerap menyusukan Isyraf & biarkan Isyraf lama2 bawah lampu biru tu & jangan selalu diangkat. Tapi, pe mampu mama buat bila Isyraf dah menangis2 bila diletakkan bawah lampu dan dibaringkan atas katil bayi tanpa sebarang alas. Tentulah tidak selesa. Tapi, mama tetap gagahkan diri juga buat seperti yang disuruh. Malam mama tak dapat tido langsung kerana terpaksa memantau keadaan Isyraf.


Esoknya, result keluar malangnya ujian darah menunjukkan tahap jaundis Isyraf semakin naik & doktor terpkasa transfer Isyraf ke Hospital Besar Sultanah Zahirah di Kuala Terengganu. Takkanla sekali lagi mama terpkasa pergi ke hospital tu sedangkan baru beberapa hari mama pulang dari hospital tu. Besarnya dugaan yang tepksa mama & papa lalui demi menjaga Isyraf. Demi keselamatan Isyraf, mama bersetuju saja untuk Isyraf dibawa ke HSNZ. So, hari tu juga mama & Isyraf dibawa ke HSNZ dengan menaiki ambulans. Kali ke-2 dah mama menaiki ambulans. Papa pula ikut dengan kereta dari belakang. Kesian papa dengan penat yang tak hilang lagi terpaksa berulang alik semula ke hospital.

1 comment: