Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Thursday, January 21, 2010

Kisah 30 Okt..flashback

Hari ni dah masuk hari ke-4 mama kat wad hospital. Tak sangka betul dah 4 hari masa berlalu & 4 hari juga mama terkurung tak tengok dunia terperuk kat wad hospital. Hari ni mama mengharapkan ada berita gembira la mengenai kesihatan mama. Harap2 hari ni mama sudah bersedia untuk bersalin. Rutin biasa mama pada waktu pagi bangun awal2 tercongok tunggu doktor datang untuk cek bukaan rahim mama. Kalau semalam sudah terbuka 1cm, harap2 hari ni terus terbukak 5cm ke. Cepat cikit mama dibawa ke dewan bersalin. Tak sanggup dah mama lama2 kat wad ni. Rasa macam duk penjara je. Patient yang baru masuk duk sebelah menyebelah katil mama pun sorang2 dah dibawa ke dewan bersalin, sampaikan asyik bertukar je kawan sebelah katil mama. Mama jugak yang liat nak bersalin. Agaknya anak mama tak bersedia lagi untuk jumpa mama kat dunia ni. Lagipun, anak mama dipaksa keluar ketika masih berumar 36minggu dalam kandungan. Mungkin masanya belum tiba...
Selepas doktor cek bukaan rahim, mama kecewa bila bukaannya tak berganjak juga seperti semalam. Masih lagi 1cm. Aduhai...Apa lagi, ubat ke-3 terpaksalah dimasukkan sekali lagi. Sakitnya memang mula terasa lepas je 10minit ubat tu dimasukkan. Daripada semalam tak rasa ape2, hari ni dah pekena ubat ke-3, ofcoursela kesannya mula terasa. Sakitnya krem kat bahagian rahim seperti senggugut tapi ianya melarat smpai ke bontot, seterusnya ke peha dan juga pinggang. Mama dah tau memang ini tanda2 orang dah deka nak bersalin daripada bacaan mama kat majalah & internet. Tapi, mama tak angka pulak sakitnya memang sakit tak seperti maa bayangkan. Sejak mula rasa cmtu, mama mula dah takde mood, cuma baring & mengiring skali skala tuk mencari jalan melegakan sedikit kesakitan yang ade. Tapi, tak juga hilang..makin kuat sakitnya adala...
Dah rasa macam tu, papa la jadi mangsa mama. Tak abis2 mama mengadu kat papa kononya untuk melepaskan rasa sakit ni, tapi pe la mampu papa buat. Cuma tunggu waktu melawat jela datang jenguk mama. Petang tu jugak, mak bapak mama datang jenguk mama & bawak barang yang bakal anak mama perlukan. Yela, mama memang tak prepare pape barang anak mama ketika terpaksa dibawa ke hospital. Tak sangka pula mama dipaksa bersalin seawal ini sedangkan masih ade sebulan dari jangkaan. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya...Dan inilah anugerah paling ajaib yang Allah kurniakan pada mama.

No comments:

Post a Comment