Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Wednesday, January 27, 2010

Kisah 1 November bersama Isyraf di wad


Hampir pukul 6 ptg, baru lah mama akhirnya dibawa ke wad biasa untuk dipertemukan dengan buah hati mama Isyraf. Papa sudah sedia menunggu untuk berjumpa mama & Isyraf dan kebetulan ketika itu waktu melawat. Sesampainya di wad, badan mam penat sangat walaupun sudah dapat berjalan sendiri. Tapi badan rasa lemah sangat. Walaubagaimanapun, hati tak sabar nak berjumpa ngan Isyraf. Mama terus mintak kebenaran nurse untuk mengambil Isyraf untuk dibawa ke katil mama & nurse tu dengan senang hati membenarkan mama berbuat demikian. Mama & papa gembira sangat akhirnya dapat memegang & membelai anak mama. Tak puas2 mama mengucup pipi & dahi Isyraf. Best sangat baunya..ofcosla baunya seperti baby. Masa tu, Isyraf masih nyenyak sangat tido. Langsung tak bukak mata pada mama. Tapi, takpela yang penting kita sudah bersatu. Selepas mandi, badan mama rasa segar sangat tapi malam tu mama tak dapat tido sangat. Isyraf banyak kali terjaga & menangis2. Mama cuba belajar susukan Isyraf walaupun susu mama masih tak banyak yang keluar. Dekat pukul 5pg barulah mama dapat tido bila Isyraf lena tido selepas nurse bagi susu formula & Isyraf tido berpelukan dgn mama. Tapi pengalaman pertama jaga Isyraf betul2 mencabar sekali. Jadi, Isyraf kena sentiasa menghargai kesusahan yg sudah mama lalui ni supaya Isyraf sentiasa taaat pada mama apabila besar kelak.

No comments:

Post a Comment