Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Sunday, January 24, 2010

Kisah 31 Okt..flashback


Hari ni sudah masuk hari ke-5 mama di hospital rupanya. Tak sangka betul mama terpaksa berumah di hospital lama macam ni. Inilah pertama kali dalam hidup mama rasa bagaimana tinggal di hospital dan pengalaman ni mama harap menjadi pengalaman terakhir juga buat mama. Begitu sukar untuk mama menjalani kehidupan di hospital yang memboringkan dan terpaksa berpisah dengan orang tersayang. Dari sehari ke sehari mama mengaharapkan sesuatu yang menggembirakan. Tiada pe lagi yang lebih menggembirakan selain mengharapkan anak mama supaya cepat2 lahir ke dunia. Semalam, mama memang tak dapat tido dengan lena. Kali ni bukan lagi sebab nyamuk, bukan lagi sebab panas tapi dari paras abdomen mama smpaila ke peha rasa sakit tak terkata seperti direnjut2 dengan ganas. Sakit nya dating tak menentu. Jap2 10 minit sekali, 8 minit sekali, 15 minit. Tapi setiap kali ia dating, setiap kali juga mama mengerengkot kat atas kati menahan kesakitan. Jap2 mama mengiring, jap2 mama duduk. Dari pukul 11 malam, sampaila dah pukul 3 4 pagi mama masih juga macam tu. Mama tengok patient sebelah menyebelah katil mama lena saja tido. Tapi, ada juga 2 3 orang patient masih tak tido berulang alik ke toilet. Agaknya mereka pun rasa seperti pe yang mama rasa jugak.
Apabila setiap 4jam sekali nurse dating buat rutin cakap , die ade juge bertanya keadaan mama. Mama pon bagitaulah pe yang mama rasa. Tapi nurse tu takde pulak menunjukkan apa-apa reaksi. Reaksi simpati ke, reaksi terkejut ke atau reaksi terkejut seolah-olah mama sudah sampai masa hendak bersalin. Tapi mama hampa, nurse tu berlalu pergi macam tu je. Kadang-kadang mama pun jadi takut nak bukak mulut bagitau nurse tu yang mama sakit sangat. Bukan apa, 2 3 hari lepas ade patient berhadapan katil mama baru saje dimasukkan. Malam tu, mama perasan patient tu seperti tak senang duduk. Kadang2 die mengiring, die bangun. Agaknya die dah nak skit bersalin kot, tapi takkan kot sebab pe yang mama tau kandungan die baru 6 bulan. Die dimasukkan ke wad pun sebab keluar cecair daripada kemaluannya, pergi cek doctor baru la die tahu dia dah mengandung 6 bulan dan tidan ape2 risiko terjadi pada kandungan die, doctor terpaksa tahan die kat wad. Masa nurse dating check patient tu, patient tu ade bagitau yang die rase sakit sangat tapi nurse tu marah2 die cakap kandungan die baru 6 bulan, bukan nak bersalin pun. Begitu sekali layanan buruk yang diterima. Selama ni betul la apa yang mama dengar, layanan nurse di hospital kerajaan memang teruk. Kenapa camtu? Mereka semua kan dah dibayar gaji, jd jalankanla tanggungjawab dengan amanah. Lantakla. Mama malas nak piker perangai mereka tu smua tp pe yang mama nak cerita, esoknya subuh2 patient sbelah katil patient yang kena marah tu tiba2 panggil mama & patient yang lain supaya tengok katil patient tu dah penuh dengan darah. Cadar yang putih dah bertuko kaler jd merah. Kiteorang semua dah panic tengok patient tu mcm dah tak sedar yang die mengalami pendarahan. Kiteorang terus mendapatkan nurse untuk bagitau hal tu. That time, barulah mereka semua kalut cari kerusi roda & cepat2 bawak patient tu ke dewan bersalin. Sampai macam tu sekali risiko yang terpkasa patient kat situ kena hadapi. Tengahari tu, mama dapat tau patient tu selamat melahirkan bayi lelaki tetapi terpaksa dimasukkan dalam incubator. Inilah kuasa Allah, kite tak boleh nak memandai2 sendiri seperti yang nurse tu bagitau patient tu yang die belum lagi nak bersalin. Die siapa yang nak tentukan?
Pagi tu, mama mengaharapkan berita gembira daripada doctor. Harap2 bukaan rahim mama dah melebihi 3cm memandangkan sudah satu malam mama menahan kesakitan. Jadi, cepat2 lah mama dibawa ke dewan bersalin. Mama dah tertekan melihat patient sebelah menyebelah katil mama dari sorang ke sorang selamat bersalin padahal mama dulu yang dimasukkan ke wad tapi masih juga tak bersalin. Kalau pun bukaan rahim mama dah mencecah 3cm, belum tentu mama akan terus dibawa ke bilik bersalin kerana ada patient yang bukaan rahimnya sudah mencecah 5cm pun masih dibiarkan kat wad kerana kata nurse tu katil di bilik bersalin sudah penuh dan terpaksa dahulukan mana yang betul2 sudah hamper nak bersalin. Agghhh..seksa kan? Sekarang entah apa nasib mama pulak. Akhirnya, selepas doctor tu check, mama kecewa sangat bile diberitahu bukaan rahim mama baru je mencecah 2 cm. 1cm saje terbuka untuk kesakitan satu hari? Oh tidak…takkan mama harus menanggung kesakitan sampai 4 5 hari lagi untuk tunggu sampai 5cm terbuka? Paling mengecewakan lagi, doctor bagitau dinding rahim tebal sangat dan agak susah untuk terbuka dengan cepat. Apa lagi, lagi satu ubat ke 4 dimasukkan untuk mempercepatkan lagi bukaan tu. Mama dah tau apa akibatnye bile sj ubta tu dimasukkan. Tak sampai 5 minit, ubat tu mula terkesan. Sakit yang ade sudah bertambah 3 kali ganda. Kali ni, mama dah tak tau nak watpe. Nak minta tolong papa, pe ley papa buat. Nak mintak tlg mak bapak mama, pe mereka ley tolong? Hanya pa Yang Maha Kuasa mampu mama pinta pertolongan pada saat tu untuk mempermudahkan segalanya.
Dengan dalam keadaan sakit macam tu, mama terpaksa pulak berbaring elok2 selama sejam untuk menjalani CTG, untuk memantau pergerakan jantung anak mama dalam kandungan. Masa tu, walau sakit macamna pun, mama kene berbaring diam2 & tak boleh bergerak selama sejam kalau tak ujian tu terpaksa diulang sekali lagi. Tak sanggup mama. Rupanya, semasa mama menjalani CTG, papa de datang ke wad nak antakan mama makanan tapi die kol punye kol mama tak berangkat2 jugak telefon mama yang ade kt katil. So papa terpaksa tunggu berjam2 kat luo dengan perasaan risau dan tertanya-tanya kenapa mama tak angkat fon. Selesai je ujian CTG tu, mama terus pegi jumpa papa dan explain kat papa yang mama bukan sengaja taknak angkat fon tapi mama ngah lakukan CTG. Tapi papa dah macam merajuk ngan mama. Mama mintak lah maaf kt papa. Tapi papa mcm dah stress pikirkan keadaan diri mama yang masih juga tak bersalin dan berapa lama lagi mama terpaksa duk kat wad. Bila keadaan papa dah mcm tu, mama jadi serba salah sangat sebab banyak menyusahkan papa. Dalam hati mama ketika tu, mama dah mendesak2 diri mama supaya mama bersalin hari ni jugak walau apa pun yang terjadi. Masa tu mengalir laju air mata mama seolah-olah melepaskan kepritan menanggung beban yg ditanggung selama itu. Papa jadi sedih tgk mama cmtu dan cuba pujuk hati mama balik & menyuruh mama supaya banyak bersabar. Papa janji akan dating lagi waktu melawat tengahari nanti untk teman mama kat wad. Tapi, mama sudah tak dapat nak menaggung lagi kesakitan ni. Sakit sangat..
Kesakitan semakin terasa sampai mama dah tak terkata. Pe mampu mama buat, mengerengkot, sambil genggam besi katil untuk melepaskan kesakitan ini. Airmata mama pond deras je kuo tanpa mama sedo. Mana dah hilang arah dengan kesakitan yang belum penah mama rasa selama mama hidup ni. Tiba-tiba datang sorang nurse menanyakan keadaan mama. Agaknya nurse kat situ pun dah mula perasan keadaan ma sudah semakin teruk. Die bagitau nak check bukaan rahim mama dah berapa cm setelah ubat ke 4 dimasukka pagi td. Hampa tul hati mama bila diberitahu bukaan 2cm juga tak berganjak dari tadi padahal sakitnya mama rasa seperti dah nak bersalin. Akhirnya mama bersuara juga dekat nurse tu dengan penuh simpati yang mama dah tak mampu nak menahan sakit ni. Nurse tu bagitau mama yang die akan maklumkan kes mama ni pd doctor dulu tgk pe yg boleh dibuat. Hati mama dah lega sikit mendengar jawapan nurse tu. Harap2 hari ni mama akan dibawa ke bilik bersalinla. Tunggu punya tunggu dah dekat sejam, nurse tu tak buat pape pun. Mama tengok die masih kat meja die bergelak tawa bersembang dgn rakan2 nurse yang lain padahal tadi die dah bagitau mama akan rujuk kes mama pada doctor tapi rupanya die buat tak tahu je lepas tu…seolah-olah lepas tangan macam tu je. Geram mama dibuatnya, ditambah dengan sakit yang makin menjdai-jadi. Tak tahan dah rasa sakit tu, mama terus msg papa suruh dating hospital waktu tu gak walaupun belum sampai lagi waktu melawat pukul 1-2 ptg. Mama paksa gak papa dating tolong mama suruh bagitau nurse yang mama dah tak tahan sakit. Masa itu, pergi ke toilet. Dah keluar lender jernih dari kemaluan dan mama rasa sikit loya. Mama ingat lagi sebelum ni, nurse selalu pesan kat mama kalau ade rasa loya, pedih ulu hati & mata berpinar supaya cepat2 maklumkan pada mereka kerana penghidap darah tinggi seperti mama yang dalam keadaan mengandung ni boleh membahayakan iaitu menyebabkan sawan dan kematian bayi. Jadi mereka amat berjaga-jaga sekali dengan penghidap darah tinggi seperti mama ni. Masa tu mama cuma rasa csikit je loya. Tiba-tiba mama terpikir satu idea……
Kalau inilah satu-satunya cara dapat membuat mama segera dibawa ke bilik bersalin, mama terpksa cuba cara ni. Mama terus pergi mendapatkan nurse dan maklumkan pada mereka mama rasa seperti loya & mata berpinar ( ni mama reka je). Padahal loya mama takdela terasa sangt masa tu. Mata pun tak berpinar Cuma rasa sakit pada bahgian rahim je hinggakan badan mama terketar2 dan seram sejuk. Mendegar mama bagitau macam tu, cepat-cepat mereka terus beri perhatian kat mama dan menyuruh mama berbaring atas katil sorong. Doktor yang incharge mama terus dating check tekanan darah mama dan macam2 lagi. Mujurlah that time kebetulan bacaan tekanan darah mama tengah tinggi. So, doctor terus buat keputusa untuk terus transfer mama kat bilik gelap. Mama pun mulanya tak tahu ape bilik tu. Sebenanrye bilik tu dipanggil eklampsia room iaitu bilik rawatan rapi untuk keadaan yang mama alami tu untuk memantau tekanan darah mama. Semasa mama disorong ke bilik tu, papa baru je sampai dan terus terkejut tengok keadaan mama dah teruk macam tu. Sambil papa iringi mama ke bilik tu, papa tak habis2 tanya camna keadaan mama. Masa tu mama dah tak mampu nak membalas pertanyaan papa. Nak bukak mata pun mama dah tak larat sampaila mama tiba di bilik yang sejuk air cond nye smpai rasa ke tulang. Di bilik tu. Tangan mama dicucuk sana sini untuk dimasukkan ubat darah tinggi untuk mencairkan darah. Dan sebelah tangan lagi ma pun tataw air apa yang dimasukkan. Ubat darah tinggi yang dimasukkan tu mama dapat rasa panas je bile ia mula mengalir dari pangkal lengan sampaila ke kepala dan badan. Itu tak bercampur lagi ngn sakit pada rahim yang makin menjadi-jadi. Tiba-tiba dating seorang doctor pakar perempuan bagitau mama yang die akan cek bukaan rahim mama, sekiranya dah mencapai 3cm, die akan pecahkan ketuban mama, Masa mama berharap sangat dah terbuka 3cm. Alhamdulillah, doctor terus memecahkan air ketuban mama bile dipastikan bukaan rahim dah pun mencapai 3cm. Doktor tu bagitau mama, “ Puan, selepas saya dah pecahkan ketuban ni, sakit puan ni akan berganda lagi dari sekarang, jadi puan kena tabahkan diri.” Bagai nak tercabut nyawa mama mendengar penjelasan doctor tu. Ingatkan sakitnya berkurang dan bersalin cepat2 tapi pe yang diberitahu doctor tu mula terasa 5minit sekali makin lama makin kuat. Masa tu mama mampu tercungap-cungap dan kadang2 tak tahan sangat mama melepaskan gak suara kesakitan. Nurse kat situ pula asyik suruh mama tarik & hembus nafas je. Mama dah banyak kali buat macam tu, takde mendatangkan pape pun.
Jam dah hamper pukul 2 ptg. Papa tiba-tiba masuk ke bilik itu menjenguk mama. Mama pegang tangan papa cakap mama sakit sangat dan tak tahan dah. Papa hanya mampu suruh mama bersabar. Papa hanya mampu berkata “ Sabarlah mama…dah tak lama dah. Hari ni mama bersalinla…”Mama tanya papa lagi. “Bila pa?”.Papa bagitau mama yang doctor pakar tu bagitau die bukaan rahim mama akan cepat terbuka bile air ketuban dah dipecahkan.Mama tanya papa lagi secepat mana tu? Kata doctor untul kelahiran pertama bukaan akan menjadi 1cm untuk setiap jam. Jadi mama harus menunggu 7 jam lagi untuk terbukan lagi 7cm??? OMG….apakah ini?? 7 jam ketika t dirasakan seperti 700tahun terpaksa menanggung kesakitan. Masa tu, mama dah dipindahkan ke bilik bersalin. Rupanya beginilah rupa bilik bersalin. Takdelah menakutkan sangat. Sakit semakin bertambah dan dalam keadaan macam tu, entah apa nurse2 dan doctor perlakukan kat mama, mama dah cam tak berdaya nak amik taw. Katanya nak pakaikan CTG kat perut mama, tapi tak dapat dtect pulak bacaannya. Terpksa pakai internal CTG dengan memasukkannye ke kemaluan mama. Dahlah kemaluan mama masa tu dah dimasukkan tiub kencing, ini nak masuk wayar entah hape2 lagi. Begitu sakit dan seksanye mama ketika tu. Seolah-olah menunggu nyawa ditarik je. Baru je CTG dimasukkan, doctor tu cabut semula termasuk ngan tiub kencing tu skali. Mama pun tak tau kenapa. Nurse terus bertanyakan mama mana papa untuk dipanggil masuk waktu tu juga kerana bukaan rahim mama tiba-tiba dah jadi 7cm padahal baru je hamper 2jam ketuban mama dipecahkan. Tapi, masa tu memang mama dah terasa nak meneran keluarkan baby. Cepat2 mereka ajar mama cara nak meneran keluarkan baby. Kedua belah kaki mama diletakkan di atas pedal dan dagu mama kena menekan bahgian dada mama ketika proses untuk meneran. Papa dah pun berada sebelah mama tapi mama dah tak dapat nak hirau sangat dah ngan keadaan sekeliling ketika tu disebabkan rasa sakit makin memuncak dan mama seperti berada di dunia mama sendiri dah. Mata mama ketika t hanya tertumpu pada satu potong doa yang tertampal pada dinding wad bersalin tu. Tak putus2 mama membaca doa tu untuk dikurangkan rasa sakit bersalin. Alhamdulillah, 3 kali push je mama akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki mama ke dunia ni tepat pukul 4.08pm. Tiada pe mampu mama jelaskan selain syukur dan lega sangat bile semua kesakitan mama dah berakhir. Tiada lagi rasa sakit macam tadi, yang ade Cuma kegembiraan dan dari jauh sayup2 kedengaran azan asar seolah turut menyambut kelahiran bayi mama yang akan mama dan papa namakan sebagai MUHAMMAD FARIS ISYRAF yang membawa makna yang terpuji pahlawan tertinggi. Dengan keberkatan nama diberi, mama mengharap bayi mama yang ingin mama panggil sebagai Isyraf ini untuk menjadi sebaik-baik manusia kelak.




No comments:

Post a Comment