Momen Terindah Hidup Ini

Momen Terindah Hidup Ini

Wednesday, January 27, 2010

Masih kisah 31 Oktober after delivery


Lepas je Isyraf selamat dilahirkan, doktor & nurse bagi Isyraf kat mama sekejap untuk disusukan tapi tak lame la. Mama pun x puas lagi menatap wajah comel & kemerahan anak mama tu. Bibir Isyraf la anggota pertama yang mama usap dan sentuh dengan penuh syahdu & kasih sayang. Cantik bibir Isyraf, kemerahan & suci. Syukur pada Allah mengurniakan mama seorang anak yang sempurna & sihat. Lepas anak mama dibawa pergi oleh nurse, mama cuba memujuk diri mama supaya bertenang kerana lepas ni pun mama masih boleh jumpa anak mama. Sementara tu, seorang doktor yang juga merangkap kawan lama mama semasa sama2 belajar di kolej matrix dulu yang membersihkan luka2 mama & dia juga yang akan bertanggungjawab menjahit luka mama. Gembira jap hati mama, pertama sebab dia kawan mama & yang ke-2 dia adalah perempuan, so takdela mama segan sangat. Tapi, masa mama nak lahirkan Isyraf tadi, doktor lelaki yang menyambut kelahiran mama. Mula2 segan jugak, tapi time dah datang sakitnya, perasaan segan sudah hilang entah ke mana. Masa doktor jahit luka mama, sakit juga terasa daging dicucuk & ditarik2 walaupun dah diberi suntikan bius. Tapi bila ingat sakit nak bersalin lagi sakit, jadi sakit dijahit bagaikan tiada apa2 kesan pada mama. Lagipun luka mama menurut doktor takdela panjang sangat memandangkan anak mama lahir cuma seberat 1.96kg saja. Tiga kali push je Isyraf dah terus keluar, memang senang je bagi mama time nak push, cuma rase sakit nak menunggu bukaan rahim dari 2cm ke 3cm tula yang menyakitkan. Doktor pun terkejut cmna mama sng sangat push terus je keluar baby. Doktor tu tnya samada mama ade amek air selusuh tak sebelum bersalin, mama cakap lah takde coz mama takde amik pun sebarang ubat selain vitamin yang hospital bagi dan mengambil salindah. Yang penting vitamin tuh kena amik tiap2 hari dan penuh disiplin. Selepas siap luka mama dijahit, hati mama lega & gembira sangat coz nnt dah boleh jumpe Isyraf kat wad, tapi mama kecewa sangat bila diberitahu yang mama tidak boleh dihantar ke wad lagi dan terpaksa kembali ke bilik gelap a.k.a bilik eklampsia iaitu untuk pemantaun khas selama 24jam. Kecewa..sedih, semua ade. Bila la mama dapat belai2 anak mama. Kesian Isyraf terpaksa duk sorang2 kat sana tanpa. Cmna la Isyraf nak rasa susu mama. Siapa yang nak beri kasih sayang kat Isyraf dalam masa 24 jam ni. Pilu sangat hati mama. Camna pun, mama terpkasala tabahkan hati juga dan terpaksalah bermalam di bilik khas tu. Mama dibawa masuk ke bilik tu pukul 5ptg, nampaknya 5ptg esok baru mama dipindahkan ke wad biasa. Di bilik tu, hanya terdapat 2 saja pesakit & dijaga khas oleh seorang nurse. Memng special sikitla layanan kat situ sebab patient nye 2 org je tamsuk mama. Lepas je mama dibawa ke bilik tu, nurse yg ditugaskan jaga mama kt bilik tu menyapa mama mesra & bertanyakan kalau mama nak minum milo & die buatkan siap tlg mama minum lagi. Memang bagus sangt layanan nurse tu, x sperti nurse yang ade di wad sebelum bersalin tu. Kat bilik tu, mama hanya baring je. Mama terpaksa pakai tiub kencing balik & tekanan darah dipantau sejam sekali. Mama betul2 nak jg tekanan darah mama coz kalau tak, mama tak dibenarkan dipindahkan ke wad esok. Tapi, malam tu mama betul2 tak dapat lelapkan mata sebab rindukan anak mama. Mujur malam tu, nurse bawa Isyraf jumpe mama sekejap unuk disusukan tapi Isyraf langsung taknak buka mata. Nyeyak tido smpai nurse tu geletek kaki, basuh muka Isyraf pun Isyraf tetap takmo bangun. So mama cuma peluk & cium Isyraf puas2 jela. Cuba untuk tido, tapi masih tak dapat juga memandangkan bilik itu bersebelahan dengan dewan bersalin. Setiap saat & ketika, asyik kedegaran teriakan orang yang menahan kesakitan hendak bersalin. Ngeri & kesian juga mama dengar rintihan mereka yang melalui tu. Mujurla mama dah lepas. Ade gak mama dengar patient2 tu kene marah dgn nurse & doktor sbb tak lepas nak meneran baby keluo sampaikan kedengaran teriakan doktor & nurse lg kuat dari teriakan patient tu sendiri. Nak wat cmna, mngkin tu la sj cre nk mnyelamatkan anak & patient tu sdiri. Tapi, bnyak la pengalaman yang mama lalui sepanjang malam tu.

No comments:

Post a Comment